Saturday, September 21, 2013

Luahan rasa seorang ibu yang bekerja

Ianya sekadar berkongsi rasa dan pendapat sahaja.

Tanpa aku sedari, Adam Rizqi yang sudah nak masuk 11 bulan dah banyak benda yang dia tahu sendiri tanpa diajar. Mungkin dia memerhati dan adapt dengan persekitaran kot.

Sebenarnya dah lama perhati tapi mungkin penat bekerja dan balik rumah sibuk pulak dengan kerja rumah jadinya aku simpan dulu perasaan ni.

Setiap kali sampai rumah *selepas amik Adam dari rumah babysitter* sedang leka layan kerenah dia tiba-tiba dia bermain tepuk amai-amai *sambil tangan buat gaya tepuk* dengan aku.
Sungguh rasa nak terkejut atau nak gembira semua bercampur perasaan tu. Bagi orang lain mungkin rasa biasa tapi bagi aku itu dah cukup membuat hati rasa gembira.

Situasi lain pulak bila aku nak pakaikan baju dia selepas mandi,tetiba dia bermain 'aucak'..dia ambik baju dan tutup muka tapi suara keluar eh eh eh je..yela tak pandai cakap lagi kan..bila aku cakap aucak banyak kali then baru dia tersengih. ok dah faham.dia nak bermain aucak la tu kan.. sekali lagi rasa gembira tu datang..

Tapi persoalannya macam mana dia belajar semua tu? mungkin dari rumah babysitter kottt. Aku tak banyak luangkan masa dengan Adam..yela kerja office hour kan. setakat abc 123 alif ba ta ada la sikit sempat ajar kan.. memang tak sangka Adam cepat belajar.. Alhamdulillah..


Okay bersambung nanti.....
posted from Bloggeroid

Friday, September 20, 2013

AL-QURAN RAINBOW FALISYA














RM125 FREE POSTAGE


BERMINAT??





COD UITM SHAH ALAM ONLY


Dimuatkan dengan:
-> Menggunakan Resm Uthmani

-> Size 11.5 x 17 cm (Medium)
-> Al-Quran Lengkap 30 juzu'
-> 30 warna kertas yang menarik (Setiap juzu' berbeza warna)
-> Ringkasan ilmu tajwid
-> Doa khatam Quran
-> Panduan tanda baca
-> Cover Baldu

Ukuran : 11.5 cm x 17 cm
Bahan Cover : Full baldu

Wednesday, September 11, 2013

Sunday, September 8, 2013

Mood weekend

Salam..

Mood weekend ni memang kelaut..masak pon ala kadar je..Nasik dengan sambal ikan merah + telur mata. tu je yang mampu masak..hehe.

Kalau da ada rumah sendiri bole la nak masak yang best je setiap hari..haha..kemain angan2 nak masak tu..ntah jadi ke tak nanti ye..tunggu jela..apepun bersyukur dengan dapur yang ada ni..dapat la jugak masak kan..

Anak tengah tido lagi so bole la nak update blog kejap.. Ehem ehem nak buat SALE kejap..sesape nak beli barang baby atau untuk anak2 bole la singgah blog aku ni House Of Little Manja dan kat Facebook House Of Little Manja..ada apa2 pertanyaan bole pm atau whatsapp eh..

Ok bai..






Monday, August 19, 2013

Cerita raya 2013 di Kuala Nerang, Kedah

Salam..

Raya kan sebulan so bole la nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kannn..Alhamdulillah, tahun ni beraya bertiga..

Tahun 2010 dan 2011 raya berdua, 2012 raya berdua setengah *eh bole plak setengah kan*, 2013 raya bertiga..yeay!! seronok sebab Adam Rizqi da nak masuk 10 bulan..cepat je masa berlalu kan..rasa macam baru semalam beranak. *eh tetiba*..

Takde ape yang nak cerita sangat pun pasal raya ni..sama je macam semua orang..*eh tadi kemain excited nak cerita pasal raya skali ko taknak cite pulak kann..apehal..kehkehkeh..
takpe la kite tepek gambar raya jela ye..

Rasanya tahun ni tema raya sama dengan Aaron Aziz and Amy Search..pheww..*tetiba nak cite jugak*


ROYAL BLUEEEKKK


Ok la nak sambung keje..tengah Monday Blues semangat ni..haha..tsk..tsk..
bye~

Tuesday, May 21, 2013

Chase and Crawl

Salam and hi all,

Lama tak berblogging kan. Mood kelaut je.. Ok just nak update perkembangan si kecik Adam Rizqi ni je.

Genap 6 bulan 3 minggu da bole merangkak n memanjat. Tapi duduk tak bole lagi..asal duduk je mesti terhoyong hayang..

Bab selsema tak baik lagi sampai skang. Da masuk 2 minggu da. Melasak tu da tak bole nak buat ape da..pasrah je untuk dipanjat..

Apepun go adam go. membesar dengan sihat dan kuat ok!
posted from Bloggeroid

Sunday, February 17, 2013

Kata orang tua-tua#1


Apakah kaitannya ek bila anak hisap jari kaki dengan nak dapat adik? Eh..pikir jap.

Sejak dua hari lepas Adamrizqi adalah >>>>>>> Mkn kaki je keje dia...

Sampai basah sock tu. Pastu da pandai tarik sock then cabut sock tu. Apalagi kemain sedap la nyonyot jari kaki. Aduyai nak oiii. Sedap sgt ke kaki awak tu...

Apepun biarla dia menikmati skill baru tu..hahaha..



Oh tidak, my baby tecik lagi...

Sunday, January 13, 2013

First entry in 2013

Lamanya x update blog kn.. ni first entry in 2013..bz benar sejak dapat baby ni tak nyempat nak buat apepun..hehe..

Ok nak tunjuk my baby love ni je..da 2 bulan lebih da pun.

^
^
^
^
^
^
^
^
^



Tadaaa.....



Love :-)