2013-09-21

Luahan rasa seorang ibu yg bekerja

Ianya sekadar berkongsi rasa dan pendapat sahaja.



Tanpa saya sedari, Adam Rizqi yg sudah nak masuk 11 bln dah banyak benda yg dia tahu sendiri tanpa diajar oleh saya.

Sebenarnya dah lama perhati tapi mungkin penat bekerja dan balik rumah sibuk pula dgn kerja rumah jadinya saya simpan dulu apa yg saya rasa ni.

Setiap kali sampai rumah *selepas amik anak dari rumah babysitter* sedang leka layan kerenah dia tiba-tiba dia bermain tepuk amai-amai *sambil tgn buat gaya tepuk* dengan saya. sungguh rasa nak terkejut atau nak gembira semua bercampur perasaan tu. Bg org lain mungkin rasa biasa tapi bagi saya itu dah cukup membuat hati rasa gembira.

Situasi lain pula bila saya nak pakaikan baju dia selepas mandi,tetiba dia bermain *auchak* eh cmna eja ye.. tapi faham kan..hehe..dia ambik baju dan tutup muka tapi suara keluar eh eh eh je..yela tak pandai ckp lg kan..bila saya ckp auchak byk kali then baru dia tersengih. ok dah faham.dia nak bermain auchak la tu kan.. sekali lagi rasa gembira tu datang..

Tapi persoalannya macam mana dia belajar semua tu? saya tidak lah rajin mampu sangat dan ada banyak masa untuk ajar semua tu..setakat abc 123 alif ba ta ada la sikit kan.. memang tak sangka Adam akan cepat belajar.. Alhamdulillah..



Okay bersambung ke part seterusnya nanti.....
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment