Tuesday, April 29, 2014

Farewell Lunch di Restoran Bumbu Desa, KLCC

Salam.

Dah lama perap entry ni. Tak sempat nak transfer gambar tu yang lambat update.
14.04.14 (cun tarikh ni kan) aritu p makan kat Restoran Bumbu Desa, KLCC.. Makan2 sempena farewell En.Rashid.


Makan kat sini aku bagi 4 per 5 lah.. Kesedapan makanan nye tu memang torbaeekkk..
Restoran ni ala indonesian punye style.. Kne layan diri time nak pilih lauk.. ada bermacam2 lauk pauk.. (tak snap gambar lauknye sbb lighting yang romantik gitu) padahal henpon aku yang cabuk.. haha..

Romantik ler sangat...

Ada sup ekor, tilapia bakar, sotong besar dan udang besar * ikut selera kita nak dia masak stail ape, ko cakap je nanti orang tu masakkan..hehe*..lagiiii ayam bakar, ayam kicap, ape lagi eh dah lupe sebab banyak sangat la lauknye.. bermacam jenis.. rambang mata dibuatnye..

Dessert ada pulut durian, pengat pisang, cekodok jagung, begerdil dan macam2 lagi..
Tapi yang aku recommend adalah gado-gado yang mabeles sangat..
Wajib makan.

Gado gado

Janna yang kiut miut

En.Rashid ni our Sales Manager kat dz ni... Tak sempat nak kenal lebih rapat lagi tapi En.Rashid dah resign. Early retired katanya..sob sob..


Mr.Farewell yang baju putih sebelah abg baju hijau tu


Tengah menanti makanan sedang dimasak..Makan salad je dulu..haha



Dengan kak wawa yang comel.. Harusla bergambar kat depan restoran dulu..

Perut pun dah full marilah kita pulang ke pangkal ofis.
Price untuk kitorang makan dalam 18orang adalah RM1000++ gitu la.. ok la kann.. Berbaloi dengan kesedapannya..

Lagipon dapat melantak sampai kenyang terbahak2.. eh eh eh..

Notasukahatiaku : kalau sendiri nak makan tempat2 macam ni memang tak la kan.. kena tunggu anniversary ke birthday ke boleh la.. itupun kalau den mampu.. haha..

Friday, April 25, 2014

Husband vs Wife : Husband mithali...

Salam.
Bukan nak berbangga ke riak ke ape ke tapi ni lah perkara yang berlaku depan mata aku sehari2.. 
Tak pernah mintak atau merayu tapi semuanya lahir dari hati dia sendiri untuk tolong buat kerja rumah tanpa disuruh. cuma berdoa tiap kali lepas solat supaya Allah lembutkan hati dia jadi contoh yang terbaik untuk anak2.. 
itu je.. 
Dulu sebelum ada anak tak pernah langsung pegang mesin basuh apatah lagi nak basuh baju sidai baju, pinggan pun makan sebiji tinggalkan je dlm sinki, tak pernah kisah pasal hal kemas rumah.. Tapi lepas dah ada anak, semuanya berubah. terus jadi pandai buat kerja rumah.. hehe.. 
Sekarang dah nampak hasilnya.. Terima kasih suami.. Semoga terus istiqamah ye kita bersama.. saling tolong menolong gituuu.. hihi...
Ni aku copy paste dari facebook Cony Kimora
*

*

*
[BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ]
::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA.

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing.
BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak betul? betul?

Tahukah anda::
(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat
peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Suamiku seorang Pereka. Eewahh sangat.

Wednesday, April 23, 2014

Nyanyuk ke??

Hai.

Baru2 ni cakap dengan hasben, lebih kurang macam membebel la cite itu ini hal duniawi yang tak sudah.. haha

Aku : Nak cite ni.. takleh nak pendam2 nanti meletop..

Hasben : Cite jerla.. (mode malas nak layan).. lagipon tengah drive ni.. bole dengar je..

Aku : Dah kenapa la ada sorang akak ni asyikkkk laa dok cite ulang cite yang sama..bukan berkali tapi dah berpuluh kali cite yang sama.. nyanyuk ke akak tu.. tapi cam muda lagi takdela tahap dah tua sangat.. dia lupa ke yang sebelum ni dia dah penah cite benda yang sama.. adehh tak larat nak dengar tau..

Hasben : Tak payah cakap orang, ayang pon sama.

Aku : Gulp.. (kecik hati tau)

Dalam hati aku ''ada ke aku penah cite benda yang sama eh?? ntah.. nyanyuk jugak agaknye.."




Friday, April 11, 2014

Perkara sunat dan adab hari Jumaat

Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat.. Hari yang penuh berkat bagi kita semua.. Insya Allah...

Kadang-kadang hidup ni kena muhasabah diri selalu.. Setiap hari ada dugaan dan cabaran..

Aku pon hidup macam tu.. kadang-kadang rasa sedih, rasa gembira la rasa disayangi la rasa 'down' la.. kalau dah banyak sangat seronok tu mesti ada hari yang sedih..

Tapi aku selalu cakap dengan diri aku.. Aku mesti kuat, tabah dan sentiasa sabar walaupun ada je hari-hari yang stress.. stress dengan orang la stress dengan jalan jammed lagi.. time nak cepat tu la ada je halangan yang jadi lambat..

Alhamdulillah.. bersyukur sangat sekarang dah kerja kat tempat yang best, staff ok, kerja ok, flexible sangat. kalau ada keje tu buat la dah siap bole online.. teehee..

Pasal story kat tempat keje sebelum ni lain entry la aku buat.. hehe..

Okay harini Jumaat kan.. Jom baca surah al-Kahfi..



p/s : aku suke tengok rancangan kat tv al hijrah yang nak dekat maghrib tu....banyak moral nye..

Thursday, April 10, 2014

Baju raya 2014..warna ape ek??

Hai

Dah lama pikir ni nak tema ape raya tahun ni.. uisshh ape ke payah bebeno nak pilih tema..
Raya je pon..eh eh..kan raya tu menyambut kemenangan kite semua berpuasa sebulan..kan kan.. heh..
Puasa pun belum lagi.. yela skang ni banyak tailor dah tak nak amik..

Hurmm setelah dibincang2 satu family sepakat nak tema gold sebab hasben dah ada baju melayu gold time nikah dulu.. hihu.. kte rotate jer la ye..

Checklist :

1. Baju kurung moden yg ada beads sket2..

2. Baju melayu Adam + sampin kaler gelap

3. Sampin asben kaler gelap

4. Kopiah Adam

5. Baju melayu asben 

6. Tudung kaler gelap



Bekenan yg mcm ni..
Sumber cik google