2014-04-25

Husband vs Wife : ''Houseband'' ku yang mithali...

Salam.

Bukan nak berbangga ke riak ke ape ke tapi ni lah perkara yang berlaku depan mata aku sehari2.. 
Tak pernah mintak atau merayu tapi semuanya lahir dari hati dia sendiri untuk tolong buat kerja rumah tanpa disuruh. 

cume berdoa tiap kali lepas solat supaya Allah lembutkan hati dia jadi contoh yang terbaik untuk anak2.. 
itu je.. 
Dulu sebelum ada anak tak pernah langsung pegang mesin basuh apatah lagi nak basuh baju sidai baju, pinggan pun makan sebiji tinggalkan je dlm sinki, tak pernah kisah pasal hal kemas rumah..
Tapi lepas dah ada anak, semuanya berubah. 
terus jadi pandai buat kerja rumah.. hehe.. 
Sekarang dah nampak hasilnya.. 
Terima kasih suami.. 

Semoga terus istiqamah ye kita bersama.. 
saling tolong menolong gituuu.. hihi...


Ni aku copy paste dari facebook Cony Kimora


*

*

*


[BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ]

::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah 

kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak 

anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI 

SEPERTI SUAMI ANDA.


Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita 

menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik 


oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji 

dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. 

BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG 

NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji 

suami orang lain, kang jadi kes plak  betul? betul?


tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana

takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.



(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan 
pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana 

takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada 

isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba 

romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.


(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur 

kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat 

peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.




Suamiku seorang Pereka..ewahh sangat..


No comments:

Post a Comment