Friday, July 25, 2014

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2014

Hai.



Tinggal 2 hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya.. mesti ramai yang dah balik kampung kan.. aku tahun ni raya kat Muar, kampung hasben.. raya haji baru turn beraya kat Kedah pulak.. huhu..

Baju raya biasa2 je tahun ni.. banyak lebihkan Adam je.. mak paknye malas nak pikir sangat.. pakai je la baju yang ada..

Baju melayu hasben memang dah ada kaler ikut tema tahun ni.. emerald green & gold.. so dah save kat situ..tinggal nak beli t-shirt kolar dengan jeans je..

Aku jela yang nak beli sepasang baju baru, ingat nak beli dress/jubah je.. ko tengok baju raya pun tak beli2 lagi.. esok baru nak cari kat Muar.. hahaha.. shoping last minit.. lagi sepasang baju raya recycle baju lama.. jubah jugak tapi masih elok.. so save lagi kat situ..

Baju Adam tinggal nak beli baju melayu johor, songkok, sampin, kasut nak tambah lagi sepasang, t-shirt kolar, seluar jeans, color pants. ok dah tu je.. Adam dah ade satu jubah da, tokwan belikan masa gi umrah tahun lepas..tak pernah pakai lagi..

Barang pon tak packing lagi.. adehh.. part ni yang malas.. harini aku kerja lagi, minggu depan baru start cuti seminggu terus.. balik ni la baru nak packing semua, kemas rumah siap2 sebab nak tinggal lama..

Ok la nak buat ucapan raya sikit.. Buat sesiapa saje yang mengenali blog ini, tengah membaca ke ape ke aku nak ucapkan,


'' Selamat Hari Raya Aidilfitri ye.. Maaf zahir dan batin.. Berhati-hati balik kampung, ingatlah orang tersayang..*eh da macam iklan kempen jalan raya pulak*...Jangan makan terlampau banyak sangat masa raya, nanti perut ko jugak yang merana kena kejutan makanan.. hehe.. kosong-kosong lah ye..''


Dari kami sekeluarga...






Harap2 jalan clear la pagi esok nak balik Muar.. balik lepas sahur katanya.. tengok la menjadi ke idak..hihi..


No comments:

Post a Comment