Daisypath - Anniversary

Lilypie - Fourth Birthday

AR Beauty & Health

21 May, 2014

Perkara paling aku fobia...

Hai.


Dulu dulu aku tak pernah ada penyakit fobia yang melampau.. sejak dah ada anak ni tetiba lekat satu penyakit.. 

ape tau penyakit tu..
*

*

*

*

*

Potong rambut Adam..

Hahaha.. ni memang fobia bagi aku..sebab ape? sebab aku tak menahan nengok si Adam nangis melampau bila aku bawak gi potong rambut kat kedai..

Siyes hati aku tak menahan.. sekali dengan aku menangis.. haha..

Masa ni first time potong rambut.. kat kedai mamak je..

Nasib baik daddy ada tolong pegang Adam

Mamak ni memang cepat betol buat keje.. zap zap zap..zasss terus siap.. Tapi jambul kat depan memang tak sempat la nak potong.. biar je.. haha.. 

Rambut Adam memang cepat panjang tapi rambut dia bukan jenis lebat.. panjang nipis nipis gitu haa... ikut rambut daddy la ni.. jarang jarang tapi panjang.. 

Kali kedua potong rambut aku bagi babysitter je yang potong.. tak sanggup aku.. Adam kalau dengan babysitter dia behave sket.. duk diam je tak nangis.. kontrol macho gitu.. hehe..



Budak kontrol macho...

Lawak sangat potong rambut stail gitu.. Adam kan banyak rambut halus kat depan tu yang bila potong jadi gitu.. tarah sket sket sampai licin kat depan.. dah macam Abu Bakar Elah.. haha..

Takpe lah janji kemas.. kepala dah tak berpeluh lagi..


Tak lama lepas tu panjang balik rambutnya..

Tengok TV pun muka serius

Time kontrol macho okay la kan.. cuba tengok time bangun tido..


Ha amik. anak sape la ni..


Hilang ke'machoan'.. haha..







Keep calm and SMILE!

19 May, 2014

Kisah Adam kena jaundis masa baru lahir

Hai.


**Awas! Entri agak panjang..Sila sediakan jajan bole kunyah2 sambil membaca..  +_+



Adam da masuk setahun setengah baru la aku nak up entri pasal ni.. Sebenarnya tetiba teringat pengalaman dok wad Hospital Kuala Nerang masa Adam umur 3hari sebabkan kena jaundis. Kesian Adam...

Aku bersalin 24.10.12 lagi 2 hari nak raya haji. EDD aku 05.11.12 tapi dah bersalin awal kan. so Adam jadi anak KL la..  Bersalin malam pukul 8.49pm esoknya baru mak aku dari Kedah sampai dengan adik Iman. Asben amik mak kat Puduraya terus melawat aku kat HUKM sebab petang tu dah discharge. 

Ingat lagi masa discharge tu dengan hujan lebat betol sekali dgn ribut petir kat luar HUKM, aku dengan pakai kain batik berjalan terkepit2 plak tu.. haha.. seriau punye pasal.. Kenangan betol masa tu.. memang takkan dilupakan..

Lepas discharge terus balik rumah kat Tasik Selatan tido situ satu malam pagi raya haji tu baru gerak balik Kedah. Fuh mencabar betol.. Taktau la ada orang penah buat macam ni ke tak..Hari ke-3 bersalin dah balik Kedah..huhu.. Aku dah la bersalin secara episotomi normal, jahit banyak jugak rasanya memang seriau dok dalam kereta lama2. 7jam tu nak balik Kedah..

Dalam perjalanan tu, mak dok belakang pegang Adam, aku dok depan. Nak bergerak regangkan badan pon aku seriau. serius takut. Berhenti rehat kejap kat RnR Tapah sekali pastu terus je gerak sampai Kuala Nerang.

Sampai je kat rumah mak, aku tak habes2 cakap kat mak ''Mak, cheq risau la jahitan ni okay ke tak tak taula, lama sangat ni dok dalam keta?'' mak cakap insyaAllah okay tu esok mak panggil misi klinik tu mai cek tengok.. huhu..

Esok hari plak tengok Adam asyik tido jer, nyusu kurang pastu kat mata dia nampak mcm kuning sket.. Mak pon bawak Adam g klinik kesihatan sekali cek bacaan dah 284. Bacaan ni kira tinggi sebab dah dekat 300.. Terus kena admitted kat Hospital Kuala Nerang. Mak g hospital dulu bawak Adam asben pulak call aku suh siap2 nak kena duk ward. Adeh belum pon lagi hilang penat duk dalam kereta sekali kena masuk ward pulak..

Aku dah siap2 mandi terus sarung pakai seluar yang masa peknen dulu. senang. tak payah nak berkain batik la kan.. Siapkan barang keperluan Adam sket pampers, toilietries, baju Adam, *baju aku nanti suh asben jela balik umah amik*, termos, biskut kering sume masuk dalam bakul. Asben sampai je umah terus gerak ke hospital.

Sampai je hospital tengok Adam dah kat dalam bekas tu *ape ke namanye taktau*..alaa yg ada lampu biru kat atas tu..hihi.. kesian Adam kena duk dalam tu..

Hari pertama kat hospital malam tu aku dah cuak nak duk berdua je dengan Adam. Mak dengan hasben kena balik sebab tak boleh tunggu situ.. Aku sedih sebenarnya sebab hospital kerajaan macam tu la nak tak nak aku kena jugak duk berdua dengan Adam. ko bayangkan la aku dah la takde pengalaman jaga baby, tak sempat pon nak belajar dengan mak. semuanya berlaku dengan pantas. Aku memang dah give up malam tu sebab terpaksa buat semua sorang2..

Dugaan demi dugaan aku kena hadap, bila susu badan keluar sikit, Adam dah nangis2 sebab aku tak pandai nak pegang dia masa nak susukan. serius aku tak reti langsung.. Dengan nak jaga luka jahitan lagi, aku dah la turun naik katil hospital yang tinggi tu.. bayangkan betapa seksanya aku rasa.. Dengan nurse kat situ yang marah2 aku sebab aku mengadu kat dia Adam asyik nangis je tak henti macam mana aku nak buat.. aku tak tahu! aku dah cuba dukung Adam dodoikan dia bagi dia tidur tapi tak jugak berhasil.. Aku kecewa..

Ok tak sanggup dah nak ingat kisah lama yang perit tu..haha..




Adam bawah lampu biru


Kesian mata kena tutup dengan ‘spek’ kertas..
Tak sanggup rasanya bila tengok anak yang kita kandung selama 9bulan lebih kena macam ni..
alah bukan sakit pon kena jaundis.. over sangat mak ko ni..
iye.. memang la tak sakit tapi yang kena amik darah cucuk kat kaki budak tecik ni ko cakap tak sakit.. nangis dalam hati aku tau..sebak
tak sanggup nak bagi doktor cucuk setiap pagi sebab nak amik darah..
yela kalau tak taktau pulak bacaan dah okay ke belum

Tapi tu lah setiap pagi aku berdoa dan berharap Adam akan cepat baik..aku berharap sangat bacaan tu turun..
Lagipun aku dah tak larat nak duk sepital ni lelama..
Bosan weiii..

Aku dah la dalam pantang.. emosi selalu terganggu..nak la jugak tengok dunia luar..
Amik angin kan…

Alhamdulillah setelah 5hari kat sepital akhirnya Adam dah bole balik rumah..
Yeay..legaaaa…

Tapi lepas ni kena pegi klinik 3hari sekali untuk amik bacaan jugak..
Biar kuning tu terus dah takde.. biar betol2 baik..
  


Nanti bersalin anak kedua dan seterusnya aku nak pantang kat rumah aku sendiri la..
InsyaAllah…
Biar dekat dengan hasben aku.. susah duk jauh ni.. aku tak suke..
Tiap tiap malam aku nangis rindukan hasben aku yang dah balik KL sebab dah masuk keje..
Seminggu je dia teman aku kat Kedah..
Demi mencari rezeki ku pasrah..eceehhhh…

Eh, bukan ke aku dah ada anak? nak rasa rindu apenya..
Iye dengan hasben pun aku rindu.. yela sebelum ni dah biasa bersama dengan hasben..
Susah senang bersama.. ececeh…

Perasaan tu tak sama bila hasben ada disisi masa kita pantang lagi memberi semangat dan aku dah mengalaminya.. Penyakit “baby blues”..

Betol aku dah rasa..kadang kadang tu.. aku akan rasa down sangat.. aku takde tempat nak luah perasaan.. dah biasa bercerita dengan hasben so aku rasa kekurangan bila dia berjauhan dengan aku..huhu..

Terpanjang pulak cerita.. nak cerita pasal Adam kena jaundis sekali melalut sampai ke rindu rinduan la pulak..hehe.. ampun..

Tapi takpe walau apapun aku dah berjaya jadi ibu yang berjaya mengharungi kepayahan dalam mendidik dan mengasuh anak.. semoga aku diberi kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan perjuangan ini.. Aminnn ya robbal alaminnn...



Daddy buatkan rambut pacak..hehe..






Thank you for reading this entry.. Keep calm and SMILE!