Saturday, February 28, 2015

Tempat Makan Best di Kedah

Hai.

Masa cuti awal bulan Februari haritu, cuti hari wilayah dan Thaipusam aku balik kampung kat Kuala Nerang. Bestla kan dapat cuti 4 hari..
Berjalan sakan la makan itu ini sampai berat aku dah naik sekilo.. Fuhhh..
Bab makan memang laju je aku..

Balik hari Sabtu gerak dah tengahari sebab hasben gi servis kereta dulu..
Servis kali ni banyak la sebab dah major servis yang 40k km tu..
Nasibla ada rezeki bulan ni pasal hasben dapat gaji revised .. Alhamdulillah..
Rezeki anak mungkin..
Melayang la RM500++ untuk servis kereta sahaja..
Belum masuk kos nak balik Kedah lagi..
Kira kira dalam RM350++ untuk petrol dan tol..
Jalan jalan cari makan belum masuk dalam bajet lagi tu.. Fuhh.. Lap peluh dulu..

Sampai tol Alor Setar(U) dalam pukul 7 petang then sambung lagi perjalanan ke Kuala Nerang ambil masa sejam.
So pukul 8 malam baru sampai rumah..
Penatnya la tak tau nak habaq.. haha..
tu nasib la jalan clear dalam 7 jam dah bole sampai.

Paling best bila balik kampung ni dapat rasa masakan mak..
Hari Ahad tu mak masak nasik ayam..
Makan sampai tambah 3 pinggan aku..
Haa mana tak naik badan..
Pagi tu aku dah keluar gi Alor Setar cari hadiah untuk baby adik..
Cari sampai ke Giant sebelah Masjid Al-Bukhary tu..
Kebetulan ada sales raya cina tengok baju budak murah2 je..
Rembat la dua tiga pasang baju tido Adam..
Jenama Disney tu baru RM14.90 sepasang.. Murah tuuu...

Lepas tu gi makan cucoq udang kat Jalan Sultanah depan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar..
Deret kedai banyak2 tu apa nama kedai ni lupa dah.. Ikhwan Corner kot..
Tapi memang setiap kali balik Kedah aku akan singgah makan kat situ..
Kedai Melayu yang first sekali sebelah Pasaraya Jelapang rasanya..
Yang aku tengok macam bisnes family..
Ada jual nasik campur lauk semua nampak sedap..
Menu lain macam moi sup, cendol, cucoq udang, nasik ayam..
Aku makan cucoq udang 2 set dengan cendol..




Kuah kacang dia memang terbaek!

Aku suka cucoq udang dia sebab banyak udang dan rangup kat luar tapi dalam lembut ja..
Kuah kacang dia pun sedap..
Memang kena la dengan tekak aku..
Harga sepinggan RM2.50.. Cendol pulak RM3.00..
Balik tu baru makan nasik ayam yang mak masak..
Makan jela keje aku..

Petang tu pulak bawak mak gi makan kat medan selera FAMA depan taman permainan dekat mahkamah.. Gerai yang best kat situ Gerai Isa..
Ada jual pasembor, mee rebus, mee goreng, macam2 lagi la..
Aku makan pasembor, hasben makan chapati (kedai sebelah), mak pun sama makan chapati, pastu dengan ABC..
Chapati pun aku rasa sedap, cicah dengan sardin..
First time aku makan chapati cicah sardin..
Lagi sedaaappp niii..
Siyes memang sedap..
Pasembor harga RM3.50, chapati sekeping RM1.50, ABC special ada aiskrim RM2.50..
Memang berbaloi..

Esoknya, hari Isnin malam tu gi cari makan lagi.. Kali ni bawak family aku pulak. Nasib baik semua ON je kecuali adik aku yang no 2 dia tak balik sebab takde cuti..
Yang adik aku kecik skali tu siap bawak baby lagi baru 2 bulan.. Aku dulu mana ada bawak Adam kecik2 gi keluar.. Dia dengan bini dia ok je.. Kalau nak tahu adik aku yang bongsu tu baru umo 19 tahun tapi dah kawen dah ada baby pun.. Hurmmm.. takpe la.. Janji rumah tangga bahagia.. Jangan gaduh2 sudah..

Kitorang gi makan kat pekan Kuala Nerang tu.. Makan charkuetiaw je.. dengan satay sikit.. Hasben dengan abah aku cakap kureng sikit macam tak kena.. dia kata laaa.. Aku makan ok je sedap..haha..






Aku dengan hasben memang hantu charkuetiaw..tapi aku lagi suka kuetiaw kerang sebenarnya.. apa-apa jela..janji perut kenyang..

Sekian saja cerita makan2 di Kuala Nerang.. hehe..

Saturday, February 21, 2015

Zoo Melaka

Entah yang ke berapa kali pegi. Biasa la mak2 ada anak kecik macam jadi tempat wajib dah.. Padahal apa yang best tak taula..Anak-anak suka la kan animal ni..Kita ni yang penat pusing satu zoo. Berpeluh keti oiii nak bagi anak belajar apa itu animal..kahkah

Ok harini jum belajar mengenal haiwan ye anak-anak.

Zirafah. Bila tengok dekat2 aku kagum dengan corak kulit badan dia tu. Betol cantik kejadian Allah ni kan.

Badak sumbu. Kesian kulit kering merekah pasal kena panas. Patutla badak suka berendam kan.

Tapir. Lalat banyak hurung dia aku tak tau pasal apa. Malas mandi kot. Haha

Adam konfius ni donkey ka horse.. 2x jawab baru dia kata horse.

Ni tak sure seladang ka kerbau. Lupa dah haiwan apakah ini.

Kesian tengok budak 'bandar' ni, tengok lembu macam kagum semacam. Mak dulu relax je berkubang dengan kebau lembu kat bendang. Haha.. Boleh pecaya tak?

Dear or deer? Semua berehat je taknak kena panas.

Olive The Ostrich? Sama kan ummi? Ye nak. Tu la kartun yang mak dah boleh hafal lagu tema dia.

Harimau. Tak nampak pun dicelahan pokok. Semua hibernasi.

Ni memerang ke apa namanya. Tak ingat.

Gemuk macam gajah. Tapi pandai2 la gajah ni semua. Ikut arahan. Suruh duduk dia duduk, suruh kenyit mata pun pandai.


Cukup la tu belajar kenal haiwan ye. Panas terik ya amat tak tahan oii. Nak keluar cari coconut shake pulak.

Thursday, February 19, 2015

#ResepiAzanna : Siakap Masak Kari

Hai.

Resepi datang laaagiiii.. *ketuk2 periuk belanga* kihkih...

Aku ni masak ikut musim..Ni dah lama teringin nak makan kari ikan masak sendiri. Nah jadi jugak haritu. Encik suami kemain suka dia tu hantu gulai.. Orang kedah panggil kari tu gulai. Tapi tak mengapa dalam ni kita panggil Kari Ikan Dah Hancur Kaplanya..kehkeh..

Bahan-bahan :
Ikan siakap - 1/2 ekor ambil bahagian kepala
1 kotak santan - brand M&S
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Baba's
2 biji tomato - belah 4
2 pelepah daun kari
Garam gula - perasa

Bahan kisar :
5 sudu makan serbuk cili - Baba's 
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara masak :
Panaskan minyak sedikit untuk menumis bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan dan daun kari.
Kacau rata dan tambah secawan air. Biarkan mendidih.
Masukkan santan kotak dan biarkan mendidih sekali lagi.
Masukkan ikan siakap. Jangan masak terlalu lama sebab ikan siakap sangat lembut dan mudah hancur.
Hanya membalikkan 2-3 kali supaya tak hancur.
Masak dalam 6-8 minit.
Masukkan garam gula secukupnya.
Masuk tomato dan tengok agak santan dah pekat dan naik minyak tutup api.
Siap!

Daun kari takde tapi takpe masakan masih berbau kari. 

Alahai tengah menaip ni pun rasa meleleh ailio jugak.. Waaa lapar pulak..hihi.. Selamat Mencuba.

Wednesday, February 18, 2015

Tahun Kambing

Hai.

Lemau betol datang keje harini. iyela esok da cuti.. 4 hari stret pulak tu.. Aku dalam kepala ni teringat la satay kat Muar tu.. Lagi mee bandung, laksa johor, rojak petis, cendol..alahaiiii...cepatla nak balik Muar esok ni..Tak menyabo..haha..

Dulu masa mula2 kawen aku heran bila balik kampung mentua laki ku bawak gi makan satay pagi2..brekfes..alahaiii takleh terima tekak aku makan satay pagi2..




Padahal aku orang Kedah okay je makan berat pagi2..kehkeh.. Mungkin sebab aku dah set dalam palotak ni satay tu orang makan petang or malam.. bila dah dapat gaji ke, masa nak sambut birthday ke.. Eh bole pulak camtu.. hihi.. Inikan pulak buat brekfes.. hayyyaa...

Lama2 dah jadi biasa suka pulak aku makan satay pagi2.. Asal balik Muar je mesti aku ngajak laki gi makan satay.. Kemaruk pulak.. Tambah2 satay kambing.. terliurnya...

Gambar Google

Ni nak balik esok aku dah google siap2 tempat makan best yang aku tak pernah try lagi..
Tengok kat fanpage Jalan Jalan Cari Makan TV3 yang diorang buat kat Muar dulu tu.. perghhh... perghhh... sedapnya tengok..

Antara tempat makan best aku nak gi nanti..

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
694, jalan Abdullah, 84000 muar johor
0122642720

Ban Satay
G-18 kompleks hentian bas dan teksi maharani, jalan maharani 84000 muar johor
0133030900

Restoran Hj. Othman Koming
Gerai 10 tanjung emas, 84000 muar johor.
0176054855
Sebelum ni pernah try satay kat deret kedai mee bandung area situ.. sedap jugak.. banyak kedai satay sebenarnya kat Muar tu tengok yang ramai orang je kita singgah la.. mesti sedap..

Untuk area Batu Pahat ada jugak makanan best.. 

Nasi Ayam Rengit
No.1 Taman Rengit Jaya,
Rengit 83100 Batu Pahat Johor.

Restoran Beriani Power
18, Jalan tukas 2, Taman Soga,83000 Batu Pahat johor

Mee Racun Batu Pahat
No.2, Jln. Timah Sari, Kg. Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat,Johor.
Cuti ni alang2 da balik Muar nak bawak Adam gi Zoo Melaka.. Dia kan suka sangat dengan animal.. Bila dah gi Melaka tu nak pekena coconut shake kat Batu Berendam pulak.. Kat Klebang pernah dah rasa..







Kat ofis ni pun dah tinggal berapa kerat je yang datang.. Mood cuti semua daa... Hari2 melantak limau kat ofis sampai pagi2 asyik memerut je..hihi.. bau limau da satu ofis.. Tahun Baru Cina tahun ni tahun kambing.. so boleh la nak makan satay kambing banyak2.. kot2 ada 'Ong' ke... Makan bole percaya jangan..haha..
" Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Chai!" mmbekk..mmbekkk... 

Tuesday, February 17, 2015

#ResepiAzanna : Siakap Sweet Sour Laki Bini

Salam..

Hai bekfes apa pagi ni??.. Aku malam tadi dah kedaung kenyang makan nasik sampai 2 pinggan.. Laki ku pun sama bantai 2 pinggan haa pagi ni muak dah tengok nasik..hihi.. Aku bekfes mihun putih singapore tu je.. Alhamdulillah kenyang jugak..
Haritu tetiba mood rajin masak datang.. selalu mood datang sepoi sepoi bahasa je.. eceahh..macam angin pulak ye.. tu yang selalu lenyap je mood tu.. haha..

Kebetulan pulak rakan sekerja jual murah murah je hasil tangkapan memancing dia.. Aku rembat la sekor ikan siakap buat makan bertiga kat rumah tu.. Beli sepuloh hengget je siap siang semua senang la keje aku balik basuh bagi bersih dah boleh terus masak kennn... Aku memang suka keje keje senang camni.. Tak kuasa aku balik keje nak mengadap ikan tu lelama.. Lotih mak!

Mula pikir nak buat masak stim tapi pepaham la bahannya tak cukup.. Malas pulak aku nak gi beli kat kedai runcit bawah tu. Pakai jela apa yang ada kat dapur tu.. Nak suruh encik suami beli kang bawak balik benda lain pulak.. Macam haritu aku suh gi beli sardin dalam tin dia gi beli tuna sapu roti bawak balik..haih..pening.. Orang laki biasa la.. Kalau aku bebel nanti ngajuk pulak tak nak tolong aku gi beli barang dah..

Korek korek apa yang ada kat dapur tu jadila masakan "Ikan Siakap Sweet Sour So Sweetnya Percintaan Laki Bini" .. Haaa kemain panjang tajuk resepi aku..
Tapi jangan risau nak masak dia simple je.. betol ni aku cakap.. Aku yang tak berapa nak hebat kat dapur bagi aku memang simple sangat.. zap zap tung tang tung tang siap la.. hehe..

Ni haa resepi dia.. Kalau tak paham tanya..Eh?..

Siakap Sweet Sour So Sweetnya Percintaan Laki Bini 

Bahan-bahan :
Ikan siakap - digoreng dengan garam dan kunyit, tambah tepung jagung sikit nak bagi lebih rangup
Halia - 2 inci
Bawang putih - 3 ulas
Sos cili
Sos tiram - 1 sudu teh
Gula
Garam
Tomato - 4 biji (2 biji potong dadu, 2 biji potong halus)
Bawang besar - 1 biji potong bulat
Nenas - potong dadu sebagai hiasan
Timun - potong dadu sebagai hiasan

Cara masak :
Tumis bawang putih, halia.
Masuk sos cili (sukatan agak sampai jadi berkuah), sos tiram sikit.
Masuk secawan air (ikut citarasa masing2 nak pekat or cair).
Dah mendidih masuk tomato yang potong halus, gula, garam. Masa ni dah jadi berkuah dari air tomato tu..
Last sekali masuk bahan hiasan seperti tomato yang dipotong dadu,bawang besar, timun, nenas.
Jangan biar lama terus angkat.
Kuah sos tu curah atas 'hero' kita tu si Siakap yang dah goreng rangup.
Siap!



Makan dengan nasik panas2 perghhh sedap sampai terangkat la..haha.. Selamat mencuba ye.