19 February, 2015

#ResepiAzanna : Siakap Masak Kari

Hai.

Resepi datangggg lagiiii.. *ketuk2 periuk belanga* kihkih...

Aku ni masak ikut musim..
Ni dah lama teringin nak makan kari yikan masak sendiri.
Nah jadi jugak haritu.

Encik suami kemain suka dia tu hantu gulai..
Orang kedah panggil kari tu gulai.
Tapi tak mengapa dalam ni kita panggil Kari Yikan Kan Dah Hancur Kaplanya..kehkeh..


Kari Yikan Siakap Kan Dah Hancur Kaplanya

Bahan-bahan :

Ikan siakap - 1/2 ekor ambil bahagian kepala
1 kotak santan - brand M&S
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Baba's
2 biji tomato - belah 4
2 pelepah daun kari
Garam gula - perasa

Bahan kisar :

5 sudu makan serbuk cili - Baba's 
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara masak :

Panaskan minyak sedikit untuk menumis bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan dan daun kari.
Kacau rata dan tambah secawan air. Biarkan mendidih.
Masukkan santan kotak dan biarkan mendidih sekali lagi.
Masukkan ikan siakap. Jangan masak terlalu lama sebab ikan siakap sangat lembut dan mudah hancur.
Hanya membalikkan 2-3 kali supaya tak hancur.
Masak dalam 6-8 minit.
Masukkan garam gula secukupnya.
Masuk tomato dan tengok agak santan dah pekat dan naik minyak tutup api.
Siap!

Ni daun kari lupa letak..tapi masih sedap ada bau kari lagi..



Alahai tengah menaip ni pun rasa meleleh ailio jugak.. Waaa lapar pulak..hihi..

Selamat Mencuba.













No comments:

Post a Comment