2015-02-17

#ResepiAzanna : Siakap Sweet Sour Laki Bini

Salam..

Hai bekfes apa pagi ni??..
Aku malam tadi dah kedaung kenyang makan nasik sampai 2 pinggan..
Laki ku pun sama bantai 2 pinggan haa pagi ni muak dah tengok nasik..hihi..
Aku bekfes mihun putih singapore tu je..
Alhamdulillah kenyang jugak..

Haritu tetiba mood rajin masak datang..
selalu mood datang sepoi sepoi bahasa je..
eceahh..macam angin pulak ye..
tu yang selalu lenyap je mood tu.. haha..

Kebetulan pulak rakan sekerja jual murah murah je hasil tangkapan memancing dia..
Aku rembat la sekor ikan siakap buat makan bertiga kat rumah tu..
Beli sepuloh hengget je siap siang semua senang la keje aku balik basuh bagi bersih dah boleh terus masak kennn...
Aku memang suka keje keje senang camni..
Tak kuasa aku balik keje nak mengadap ikan tu lelama.. Lotih mak!

Mula pikir nak buat masak stim tapi pepaham la bahannya tak cukup..
Malas pulak aku nak gi beli kat kedai runcit bawah tu.
Pakai jela apa yang ada kat dapur tu..
Nak suruh encik suami beli kang bawak balik benda lain pulak..
Macam haritu aku suh gi beli sardin dalam tin dia gi beli tuna sapu roti bawak balik..haih..pening..
Orang laki biasa la..
Kalau aku bebel nanti ngajuk pulak tak nak tolong aku gi beli barang dah..

Korek korek apa yang ada kat dapur tu jadila masakan "Ikan Siakap Sweet Sour So Sweetnya Percintaan Laki Bini" ..
Haaa kemain panjang tajuk resepi aku..

Tapi jangan risau nak masak dia simple je..
betol ni aku cakap..
Aku yang tak berapa nak hebat kat dapur bagi aku memang simple sangat..
zap zap tung tang tung tang siap la.. hehe..

Ni haa resepi dia.. Kalau tak paham tanya..Eh?..


Siakap Sweet Sour So Sweetnya Percintaan Laki Bini 

Bahan-bahan :

Ikan siakap - digoreng dengan garam dan kunyit, tambah tepung jagung sikit nak bagi lebih rangup
Halia - 2 inci
Bawang putih - 3 ulas
Sos cili
Sos tiram - 1 sudu teh
Gula
Garam
Tomato - 4 biji (2 biji potong dadu, 2 biji potong halus)
Bawang besar - 1 biji potong bulat
Nenas - potong dadu sebagai hiasan
Timun - potong dadu sebagai hiasan


Cara masak :

Tumis bawang putih, halia.
Masuk sos cili (sukatan agak sampai jadi berkuah), sos tiram sikit.
Masuk secawan air (ikut citarasa masing2 nak pekat or cair).
Dah mendidih masuk tomato yang potong halus, gula, garam. Masa ni dah jadi berkuah dari air tomato tu..
Last sekali masuk bahan hiasan seperti tomato yang dipotong dadu,bawang besar, timun, nenas.
Jangan biar lama terus angkat.
Kuah sos tu curah atas 'hero' kita tu si Siakap yang dah goreng rangup.
Siap!






Makan dengan nasik panas2 perghhh sedap sampai terangkat la..haha..

Selamat mencuba ye.







2 comments:

  1. wahhh sedap ni .... tp sbb kami tak suka mkn ikan besar2 .. nk try buat kat ayam je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna ayam pon bole jugak kan.. sama je sedapnya.. hihi..

      Delete