2015-02-28

Tempat Makan Best di Kedah

Hai.



Masa cuti awal bulan Februari haritu, cuti hari wilayah dan Thaipusam aku balik kampung kat Kuala Nerang. Bestla kan dapat cuti 4 hari..
Berjalan sakan la makan itu ini sampai berat aku dah naik sekilo.. Fuhhh..
Bab makan memang laju je aku..

Balik hari Sabtu gerak dah tengahari sebab hasben gi servis kereta dulu..
Servis kali ni banyak la sebab dah major servis yang 40k km tu..
Nasibla ada rezeki bulan ni pasal hasben dapat gaji revised .. Alhamdulillah..
Rezeki anak mungkin..
Melayang la RM500++ untuk servis kereta sahaja..
Belum masuk kos nak balik Kedah lagi..
Kira kira dalam RM350++ untuk petrol dan tol..
Jalan jalan cari makan belum masuk dalam bajet lagi tu.. Fuhh.. Lap peluh dulu..

Sampai tol Alor Setar(U) dalam pukul 7 petang then sambung lagi perjalanan ke Kuala Nerang ambil masa sejam.
So pukul 8 malam baru sampai rumah..
Penatnya la tak tau nak habaq.. haha..
tu nasib la jalan clear dalam 7 jam dah bole sampai.

Paling best bila balik kampung ni dapat rasa masakan mak..
Hari Ahad tu mak masak nasik ayam..
Makan sampai tambah 3 pinggan aku..
Haa mana tak naik badan..
Pagi tu aku dah keluar gi Alor Setar cari hadiah untuk baby adik..
Cari sampai ke Giant sebelah Masjid Al-Bukhary tu..
Kebetulan ada sales raya cina tengok baju budak murah2 je..
Rembat la dua tiga pasang baju tido Adam..
Jenama Disney tu baru RM14.90 sepasang.. Murah tuuu...

Lepas tu gi makan cucoq udang kat Jalan Sultanah depan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar..
Deret kedai banyak2 tu apa nama kedai ni lupa dah.. Ikhwan Corner kot..
Tapi memang setiap kali balik Kedah aku akan singgah makan kat situ..
Kedai Melayu yang first sekali sebelah Pasaraya Jelapang rasanya..
Yang aku tengok macam bisnes family..
Ada jual nasik campur lauk semua nampak sedap..
Menu lain macam moi sup, cendol, cucoq udang, nasik ayam..
Aku makan cucoq udang 2 set dengan cendol..




Kuah kacang dia memang terbaek!



Aku suka cucoq udang dia sebab banyak udang dan rangup kat luar tapi dalam lembut ja..
Kuah kacang dia pun sedap..
Memang kena la dengan tekak aku..
Harga sepinggan RM2.50.. Cendol pulak RM3.00..
Balik tu baru makan nasik ayam yang mak masak..
Makan jela keje aku..

Petang tu pulak bawak mak gi makan kat medan selera FAMA depan taman permainan dekat mahkamah.. Gerai yang best kat situ Gerai Isa..
Ada jual pasembor, mee rebus, mee goreng, macam2 lagi la..
Aku makan pasembor, hasben makan chapati (kedai sebelah), mak pun sama makan chapati, pastu dengan ABC..
Chapati pun aku rasa sedap, cicah dengan sardin..
First time aku makan chapati cicah sardin..
Lagi sedaaappp niii..
Siyes memang sedap..
Pasembor harga RM3.50, chapati sekeping RM1.50, ABC special ada aiskrim RM2.50..
Memang berbaloi..

Esoknya, hari Isnin malam tu gi cari makan lagi.. Kali ni bawak family aku pulak. Nasib baik semua ON je kecuali adik aku yang no 2 dia tak balik sebab takde cuti..
Yang adik aku kecik skali tu siap bawak baby lagi baru 2 bulan.. Aku dulu mana ada bawak Adam kecik2 gi keluar.. Dia dengan bini dia ok je.. Kalau nak tahu adik aku yang bongsu tu baru umo 19 tahun tapi dah kawen dah ada baby pun.. Hurmmm.. takpe la.. Janji rumah tangga bahagia.. Jangan gaduh2 sudah..

Kitorang gi makan kat pekan Kuala Nerang tu.. Makan charkuetiaw je.. dengan satay sikit.. Hasben dengan abah aku cakap kureng sikit macam tak kena.. dia kata laaa.. Aku makan ok je sedap..haha..






Aku dengan hasben memang hantu charkuetiaw..tapi aku lagi suka kuetiaw kerang sebenarnya.. apa-apa jela..janji perut kenyang..

Sekian saja cerita makan2 di Kuala Nerang.. hehe..

...................................................................................................



No comments:

Post a Comment