21 February, 2015

Zoo Melaka


Entah yang ke berapa kali pegi. Biasa la mak2 ada anak kecik macam jadi tempat wajib dah..
Padahal apa yang best tak taula..Anak-anak suka la kan animal ni..Kita ni yang penat pusing satu zoo.Berpeluh keti oiii nak bagi anak belajar apa itu animal..kahkah

Ok harini jum belajar mengenal haiwan ye anak-anak.






Zirafah. Bila tengok dekat2 aku kagum dengan corak kulit badan dia tu. Betol cantik kejadian tuhan ni kan.




Badak sumbu. Kesian kulit kering merekah pasal kena panas. Patutla badak suka berendam kan.




Tapir. Lalat banyak hurung dia aku tak tau pasal apa. Malas mandi kot. Haha




Adam konfius ni donkey ka horse.. 2x jawab baru dia kata horse.




Ni tak sure seladang ka kerbau. Lupa dah haiwan apakah ini.




Kesian tengok budak 'bandar' ni, tengok lembu macam kagum semacam. Mak dulu relax je berkubang dengan kebau lembu kat bendang. Haha.. Boleh pecaya tak?





Dear or deer? Semua berehat je taknak kena panas.




Olive The Ostrich? Sama kan ummi? Ye nak. Tu la kartun yang mak dah boleh hafal lagu tema dia.




Harimau. Tak nampak pun dicelahan pokok. Semua hibernasi.




Ni memerang ke apa namanya. Tak ingat.




Gemuk macam gajah. Pandai2 la gajah ni semua. Ikut arahan. Suruh duduk dia duduk, suruh kenyit mata pun pandai.




Cukup la tu belajar kenal haiwan ye. Panas terik ya amat tak tahan oii. Nak keluar cari coconut shake pulak.

No comments:

Post a Comment