Friday, January 29, 2016

Wanita dan Perhiasan

Assalamualaikum.

Perhiasan dan wanita memang tak boleh dipisahkan.
Sape yang tak suka pakai perhiasan kan. 
Baru2 ni tengok satu rancangan di TV Alhijrah. 
Tak ingat ape tajuk rancangan nya. 
Tapi topik tu pasal perhiasan wanita.

Wanita muslimah nak pakai rantai ke anting-anting ke boleh. 
Tapi pakai kat rumah jela. 
Jangan smpai nak tunjuk rantai kat leher sanggup pendekkan tudung untuk bagi nampak rantai tu.

Takpun pakai tudung dan rantai pulak pakai kat luar tu pun tak boleh. 
Anting-anting pun sama. 
Semata nak tunjuk sanggup dedahkan leher dan belit tudung terangkat sana sini.

Boleh nak tunjuk tapi hias untuk suami kat dalam rumah jela. Hihi.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak. 
Kadang2 kita lupa. 
Bila nafsu jahat dalam diri cakap " Eh, ko pakai macam tu kat luar cantik la. Terserlah keanggunan. Gituuu."

Cer pakai cantik2 depan suami dalam rumah, confirm dia puji cantikkkk. 
Apa lagi kembang sampai meletup seluar. Haha. 
Mesti lepas tu dah tak pakai yang menarik perhatian orang kat luar kan.

Tapi tak maksud kat luar tak perlu cantik2, pakai selekeh pulak. 
Asal bersih, kemas dan menutup aurat kira ok dah tu.

Sama-sama jadi wanita muslimah yang diredhai Allah. Peace (",)

Tuesday, January 26, 2016

Permohonan Rumah Selangorku

Assalamualaikum.

Bulan Oktober tahun lepas, kawan ofis hasben suruh kitorang apply Rumah Selangorku.. Ada banyak projek rumah baru kat area Selangor.. Harga dari RM45K.. Memang mampu milik.. Disebabkan dah tahu target area dan kelayakan pinjaman, kami tengok ada rumah area Semenyih yang memang menarik hati..

Nak tengok projek rumah selangorku yang lain boleh KLIK SINI

Tapi kena tengok dulu syarat-syarat kelayakan. Kalau ok semua then baru sediakan dokumen.

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku :

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; 
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan; Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan; 
  3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. 
  4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon 
  5. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa. 
  6. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan 
  7. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU 
Dokumen yang diperlukan : 
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak-anak (yang masih dalam tanggungan)
  3. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  4. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  5. Salinan penyata gaji terkini pemohon atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  6. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja 
  7. Salinan penyata KWSP pemohon 
  8. Salinan bil air/elektrik/telefon sekiranya menyewa
Pastikan dokumen semua lengkap dan hantar kat HQ Lembaga Perumahan Selangor atau boleh pegi hantar sendiri kat show gallery rumah yang kita nak apply. Kami pegi terus ke show gallery dan staff developer akan check dokumen semua dah lengkap nanti tunggu je result dari LPHS dalam masa sebulan. 

Masa ni bedebar je tunggu message dari LPHS. Selepas sebulan, jeng jeng jeng... dapat message macam ni.. 


" RM0.00 Dimaklumkan Penawaran Terus bagi Rumah Bandar - Villa Kesuma
akan diadakan di Sunway Giza, Kota Damansara pada 06-08 November 2015
@ dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Sila bawa bersama Cek/Draf Bank
sebanyak RM1,000 atas nama -pemaju- untuk pemilihan
unit Villa Kesuma sekiranya mendapat kelulusan Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS). Sila hubungi 03-78460992/3 atau
03-87271755/88 untuk keterangan lebih lanjut."


" RM0.00 Tempat: Sunway Giza mall, Centre Management Office, LG Block D,
Sunway Giza, No.2, Jalan PJU 5/14, PJU 5 Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor. 
Untuk pinjaman perumahan Kerajaan, sila bawa surat kelayakan 
pinjaman/surat pengesahan jawatan tetap dan berpencen. Untuk pinjaman 
bank, sila bawa bersama 3 bulan penyata akaun bank gaji." 


Aku dan hasben tertanya tanya dapat ke tak ni.. Call HQ LPHS dulu confirmkan pasal penawaran ni.. Dia cakap memang akan dapat tawaran tu dan boleh apply loan sekali sebab ada panel bank join.

Bawak sekali bank draft (booking fee) dan dokumen standby (slip gaji, penyata KWSP, bank statement) untuk urusan apply loan.. Bayar pakai bank draft atas nama company pemaju lebih selamat dari nak bawak cash banyak2 kan. Nak buat bank draft senang je, pergi bank, isi form, bayar cash atau boleh tolak akaun kita (dan ada caj tambahan RM5). Terus siap. 
Sampai sana je, alhamdulillah kami dapat penawaran tu.. Bayar booking dan pilih unit.. 

Next entry aku share pasal loan bank pulak ye.. 

Bye!



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Updated info 3/10/2017 : 











Monday, January 25, 2016

Permulaan mencari dan membeli rumah

Assalamualaikum semua!

Amboi lamanya menyepi.. Sibuk sangat ke?? Haha.. Biasa la urusan dunia yang takkan pernah habis.. gitu la..

Banyak cabaran nak kongsi sebenarnya sebelum beli rumah ni.
Apapun bersyukur sangat dapat beli rumah sebelum umur 30tahun (alah lagi setahun je nak cukup 30).
Itu antara azam aku bila start bekerja dulu.
Walaupun banyak dugaan tapi just follow the flow jela orang cakap.
Dugaan tu yang mematangkan diri kita sebenarnya.
Sabar dan terus sabar sejak 5 tahun yang lalu.
Sekarang Allah dah makbulkan doa.. Syukur alhamdulillah..

Taktau mana nak mulakan ni. Baca jela ye.

Ukur baju di badan sendiri
Mestila kena tengok bajet sendiri kan. Takkan nak tengok bajet orang lain pulak.
Kena tahu komitmen semua dan simpanan yang ada.
Komitmen yang bank ambil kira adalah yang masuk dalam CCRIS report. Contohnya, loan kereta, loan personal, hutang mikro, PTPTN.
Bayaran rumah sewa tak diambil kira.
Tapi kena la fikir kemampuan sendiri selepas tolak rumah sewa tu.

Kitorang pegi bank untuk check kelayakan pinjaman untuk join loan.
Kalau sorang tau dah memang tak lepas.. So kitorang layak buat hingga 300K.
Tapi boleh jugak nak google cara pengiraan kelayakan pinjaman ada banyak je info kan.
Terus boleh estimate berapa.. Lagi senang.
Lepas dah tahu kelayakan then boleh la hunting rumah ikut bajet..

Kemudahan dan kriteria lain yang perlu ada dalam memilih rumah
Parking - sebab pernah merasa duduk flat yang parking tersangat la sesak.

Kawasan beriadah/ rekreasi - anak2 boleh main dengan selamat dan ada kawasan riadah keluarga. At least dah penat bekerja balik rumah ada tempat yang kita boleh hilangkan stress tu. Dapat hirup udara segar ke ok jugak kan.

Lokasi - dekat dengan tempat kerja, ada pasaraya, pasar basah, klinik/hospital, pengangkutan awam bas/LRT. Kalau pilih untuk naik kereta/motorsikal mesti ada highway yang terdekat atau jalan utama yang senang access.

So selepas ambil kira semua tu kami decided untuk cari land house single storey atau townhouse area Semenyih/Kajang.
Ini saje pilihan yang ada sebenarnya.
Kalau ikutkan jarak Semenyih-KL tu dalam 30km, jauh tu. Tapi terima jela.

Rajin jenguk iklan jual rumah
Kitorang selalu pegi Warta Bangi dan shopping mall yang ada agent jual rumah.
Selalu jugak bukak website Mudah.my tapi takde yang berkenan dihati.
Mungkin rezeki kami, dapat tahu pasal rumah baru ni dari kawan ofis hasben.

Rumah Dalam Pembinaan vs Rumah Subsale
Kitorang cari rumah baru lingkungan harga 200K - 250K sebabnya :

Ikut bajet yang ada dalam simpanan dan akaun 2 EPF - Rumah subsale perlukan deposit 10% contohnya harga rumah 220K perlukan 22K untuk deposit. Kebanyakan agent taknak terima deposit 1K.
Dah pernah dapat rumah tu (berkenan dah) tapi agent taknak terima deposit 1K, dia nak deposit 3% dari harga rumah.
So melepas. Lagi satu, dah pernah pegi view rumah ni tapi tak berkenan pun, agent pulak push kitorang kalau minat letak deposit 1K. Adehhh.
Bajet yang ada kena simpan untuk bayar lawyer fee dan progress payment nanti.
So buatlah kira2 ye.

Ikut fahaman aku beli rumah subsale ni proses yang agak rumit dan kos tinggi - untuk tukar nama dan bayar lawyer. Kitorang jenis yang malas nak follow up dan taknak pening kepala so go for rumah baru.

Nak apply 100% loan bank - sebab seperti point yang first tu jugak. Rasanya rumah baru dan rumah pertama senang dapat 100% loan macam ape yang diberitahu pemaju masa proses loan kami haritu.

Tau jela kan harga rumah sekarang.
Bukan mampu milik tapi mampu tengok saje.

Flat yang aku duduk ni pun dah cecah 140K, keluasan baru 650sqft.
Parking pun susah.
Rumah teres 2 tingkat kat perumahan sebelah ni pun dah 500K. Alahai.
Kalau tunggu lagi entah bila dapat beli. Gaji naik 10% je setahun.

Ni baru permulaan nak cari rumah.
Sambung lagi next entry macam mana kitorang boleh apply Rumah Selangorku..

Bye!