Monday, January 25, 2016

Permulaan mencari dan membeli rumah

Assalamualaikum semua!

Amboi lamanya menyepi.. Sibuk sangat ke?? Haha.. Biasa la urusan dunia yang takkan pernah habis.. gitu la..

Banyak cabaran nak kongsi sebenarnya sebelum beli rumah ni.
Apapun bersyukur sangat dapat beli rumah sebelum umur 30tahun (alah lagi setahun je nak cukup 30).
Itu antara azam aku bila start bekerja dulu.
Walaupun banyak dugaan tapi just follow the flow jela orang cakap.
Dugaan tu yang mematangkan diri kita sebenarnya.
Sabar dan terus sabar sejak 5 tahun yang lalu.
Sekarang Allah dah makbulkan doa.. Syukur alhamdulillah..

Taktau mana nak mulakan ni. Baca jela ye.

Ukur baju di badan sendiri
Mestila kena tengok bajet sendiri kan. Takkan nak tengok bajet orang lain pulak.
Kena tahu komitmen semua dan simpanan yang ada.
Komitmen yang bank ambil kira adalah yang masuk dalam CCRIS report. Contohnya, loan kereta, loan personal, hutang mikro, PTPTN.
Bayaran rumah sewa tak diambil kira.
Tapi kena la fikir kemampuan sendiri selepas tolak rumah sewa tu.

Kitorang pegi bank untuk check kelayakan pinjaman untuk join loan.
Kalau sorang tau dah memang tak lepas.. So kitorang layak buat hingga 300K.
Tapi boleh jugak nak google cara pengiraan kelayakan pinjaman ada banyak je info kan.
Terus boleh estimate berapa.. Lagi senang.
Lepas dah tahu kelayakan then boleh la hunting rumah ikut bajet..

Kemudahan dan kriteria lain yang perlu ada dalam memilih rumah
Parking - sebab pernah merasa duduk flat yang parking tersangat la sesak.

Kawasan beriadah/ rekreasi - anak2 boleh main dengan selamat dan ada kawasan riadah keluarga. At least dah penat bekerja balik rumah ada tempat yang kita boleh hilangkan stress tu. Dapat hirup udara segar ke ok jugak kan.

Lokasi - dekat dengan tempat kerja, ada pasaraya, pasar basah, klinik/hospital, pengangkutan awam bas/LRT. Kalau pilih untuk naik kereta/motorsikal mesti ada highway yang terdekat atau jalan utama yang senang access.

So selepas ambil kira semua tu kami decided untuk cari land house single storey atau townhouse area Semenyih/Kajang.
Ini saje pilihan yang ada sebenarnya.
Kalau ikutkan jarak Semenyih-KL tu dalam 30km, jauh tu. Tapi terima jela.

Rajin jenguk iklan jual rumah
Kitorang selalu pegi Warta Bangi dan shopping mall yang ada agent jual rumah.
Selalu jugak bukak website Mudah.my tapi takde yang berkenan dihati.
Mungkin rezeki kami, dapat tahu pasal rumah baru ni dari kawan ofis hasben.

Rumah Dalam Pembinaan vs Rumah Subsale
Kitorang cari rumah baru lingkungan harga 200K - 250K sebabnya :

Ikut bajet yang ada dalam simpanan dan akaun 2 EPF - Rumah subsale perlukan deposit 10% contohnya harga rumah 220K perlukan 22K untuk deposit. Kebanyakan agent taknak terima deposit 1K.
Dah pernah dapat rumah tu (berkenan dah) tapi agent taknak terima deposit 1K, dia nak deposit 3% dari harga rumah.
So melepas. Lagi satu, dah pernah pegi view rumah ni tapi tak berkenan pun, agent pulak push kitorang kalau minat letak deposit 1K. Adehhh.
Bajet yang ada kena simpan untuk bayar lawyer fee dan progress payment nanti.
So buatlah kira2 ye.

Ikut fahaman aku beli rumah subsale ni proses yang agak rumit dan kos tinggi - untuk tukar nama dan bayar lawyer. Kitorang jenis yang malas nak follow up dan taknak pening kepala so go for rumah baru.

Nak apply 100% loan bank - sebab seperti point yang first tu jugak. Rasanya rumah baru dan rumah pertama senang dapat 100% loan macam ape yang diberitahu pemaju masa proses loan kami haritu.

Tau jela kan harga rumah sekarang.
Bukan mampu milik tapi mampu tengok saje.

Flat yang aku duduk ni pun dah cecah 140K, keluasan baru 650sqft.
Parking pun susah.
Rumah teres 2 tingkat kat perumahan sebelah ni pun dah 500K. Alahai.
Kalau tunggu lagi entah bila dapat beli. Gaji naik 10% je setahun.

Ni baru permulaan nak cari rumah.
Sambung lagi next entry macam mana kitorang boleh apply Rumah Selangorku..

Bye!

No comments:

Post a Comment