#Family Vacation : Legoland Malaysia Resort


Assalamualaikum.



Cerita dah basi ni.. Bulan Disember tahun lepas pegi sekarang baru nak update..kihkih..

Pikir2 nak pegi jalan mana ye bulan 12 tu.. Kebetulan company bagi cuti panjang start Maulidur Rasul 24/12/2015 sampai 4/1/2016 (12 hari tu).. Adam pulak asyik dok cakap nak gi Legoland la ummi.. tengok kat tv ler tu iklan Legoland hari2.. lepas tu minat jugak la collect Lego dengan daddy dia pun suka membeli.. so decide pegi Legoland je cuti tu..

Cari date yang sesuai tak dapat pulak tiket murah.. nasib la ada akak ni nak jual tiket dia murah2 untuk theme park sahaja sebab anak saudara dia tak jadi pegi apalagi terus deal dengan akak tu.. baik hati akak, ada rezeki kami dapat tiket murah. tapi date tu 25 dec time krismas..waaa confirm ramai orang.. takpe la kami redha jela pegi..

Sehari sebelum pegi tu balik Muar dulu tido situ (rumah mentua) then pagi esoknya gerak ke JB terus..takde la penat sangat.. gerak pagi pukul 8 sampai sana dalam pukul 10.. agak lambat sebab ramai dah start masuk dan tempat main kat dalam dah agak full.. awal betol diorang ni.. ingatkan kitorang dah awal..

Jom ler layan gambar.. tulis panjang2 pun bukan rajin baca..hehe..




Sebelum masuk harusla wefie dulu..Adam tak sabar dah tu..




First Lego yang nampak kena ambik gambar dulu..kehkeh

Belum explore dalam park dah nampak kedai. ummi cakap tunggu balik nanti baru singgah.


Masa kat dalam park memang panas betol. Cuaca elok je haritu cuma panas terik la.. Dah standby siap2 air mineral botol besar dengan roti.. buat alas perut..

Ingat nak ke Rescue Academy dulu, yang ada fire engine tu Adam suka la.. tapi ramai sangat yang beratur. So cari la tempat berteduh yang redup sikit. sambil tu tengok showtime kat Lego City Stage untuk Ninjago Shadows Live pukul 1.00pm, showtime kedua haritu.. ok ada lagi setengah jam then kitorang pegi main susun susun lego dulu..



Snap from website Legoland






Muka serius je susun lego..





Haa buat macam ni..sampai muncung2 mulut ummi..hehe




Lagi 10minit pukul 1.00pm terus lari ke Lego City Stage nak tengok Ninjago pulak..


Fullhouse 

Best sejuk ada aircond..kat luar panas betol..

Dah start show





Sebelum gelap wefie lagi..hehe







Boleh rasa angin dari helikopter tu.. Live show kannn..



Show dah habis pegi ke Lego City Airport pulak naik kapal terbang.. nasib tak ramai beratur..takde la tunggu lama..


Mengada ummi pun naik dok sorang kat belakang..haha..Adam muka takut je padahal bukan tinggi pun terbang..


Lepas tu jenguk jap kat train Legoland Express yang pusing satu park tapi ramai sangat beratur.. ummi frust tak dapat bawak Adam naik.. Adam kan tak suka tunggu lama2 nanti dia mengamuk nak keluar.. baik pegi tempat yang tak ramai sangat orang.. Rugi tau datang time cuti sekolah/public holiday sebab kena beratur lama nak main satu tempat tu..

So marila ke Lego Miniland pulak..


Masjid Putrajaya



Semua lori tu bergerak..Adam kagum..hehe



Angkor Wat
Additional Info : Angkor Wat is a temple complex in Angkor, Cambodia. It was built by King Suryavarnam II in the 12th century. By area, it is the largest religious building in the world!


Daddy suka la yang ni..Stadium Larkin..siap ada lagu JDT lagi..





Rumah Mini kat Malaysia


Ambulan tu pun bergerak..




Nak hujan masa ni..mendung









Putrajaya
Additional Info : Putrajaya is a planned city, located 25km south of Kuala Lumpur that serves as the federal administrative centre of Malaysia. The seat of government was shifted in 1999 from Kuala Lumpur to Putrajaya, due to the overcrowding and congestion in the Kuala Lumpur areas. Nevertheless, Kuala Lumpur remains Malaysia's national capital, being the seat of the King and Parliament, as well as the country's commercial and financial centre.



Laos
Additional Info : Patuxai is a monument to victory in the center of Vientiane, Laos. It was built between 1957 and 1968. It is made of cement that was originally meant for building an airport!


Vietnam
Additional Info : Hoi An is a city in Vietnam on the coast of the South China Sea. It is a UNESCO World Heritage Site. In the 16th and 17th centuries, it was a major trading town for Chinese, Japanese, Dutch and Indian merchants. In modern times, tourists come to see the historic buildings, and visit the shops and restaurants along the water.




Singapore
Additional Info : Singapore, officially the Republic of Singapore, is a Southeast Asian city-state off the southern tip of the Malay Peninsula, 137 kilometres (85 mi) north of the equator. An island country made up of 63 islands, it is separated from Malaysia by the Straits of Johor to its north and from Indonesia's Riau Islands by the Singapore Strait to its south. The country is highly urbanised with very little primary rainforest remaining, although more land is being created for development through land reclamation.











KLIA
Additional Info : KLIA is the largest airport in Malaysia and the seventh busiest in Asia handling over 35 million passengers yearly. The iconic control tower is 130 meters high – the second highest in the world. The 2 runways, each 4000 meters long can collectively operate 120 flights per hour.


Johor Bahru



China
Additional Info : The Forbidden City was the emperor’s palace of the Ming and Qing dynasties – that’s more than 500 years! The entire palace has more than 980 buildings and covers 720,000 square meters!

























Johor Bahru
Additional Info : Johor Bahru is the state capital of Johor in southern peninsular Malaysia, just across the causeway from Singapore. A bustling city but one with little of interest for the casual tourist, it is a significant regional transport and manufacturing hub.









Port Tanjung Pelepas
Additional Info : The Port of Tanjung Pelepas is a port for container ships located on the eastern mouth of the Pulai River in south-western Johor, Malaysia. Receiving its maiden vessel on 10 October 1999 on a three-month trial operation, it set a world record as the fastest growing port with 1 million twenty-foot equivalent units (TEU) of containers handled after 571 days of operations.











Taj Mahal, India
Additional Info : The Taj Mahal was built by the Mughal emperor Shah jahan in memory of wife. It is considered a masterpeiece of Mughal architecture. It took thousands of workers more than twenty years to build!










Elok2 lepas jalan2 kat Miniland hujan lebat sekejap.. Lari berteduh kat bawah pondok kat tepi2 tu.. Hujan dah reda pegi ke playground (Duplo Playtown) pulak..yang ni sesuai untuk budak2 bawah 4tahun.. relaks je main lego..





Takde orang main sama


Sounds of animals







Boleh start enjin dan keluar bunyi macam kereta betol

Kepala dah basah lencun peluh














Sebelum balik tengok Lego 4D Movie dulu. ni lagi best Adam okay je pakai spec 3D tu then bila ada spider ke apa2 yang dia nampak macam datang betul2 kat dia terus menjerit kuat sampai tercampak spec tu..terkejut..hehe..best experience ever..

LEGO Studio 4D


Ok dah penat sangat ni jum la kita balik.. dalam perjalanan keluar tu sempat jengah2 tempat yang tak masuk lagi..nak main tak larat da..

Pharaoh's Revenge. Tak masuk pun sebab tengok game adventure je..











Dino Island. Lalu je tak masuk jugak sebab dah penat pikir nak balik je time tu..














Singgah kedai souvenirs Lego kejap cari mainan untuk Adam. Harga Lego kat sini memang mahal giler..baik beli kat Toys r Us lagi berbaloi.. Aku sempat grab lanyard Legoland.. hehe..



Adam grab Star Wars lego





Sedikit tips ke Legoland : 
- bawak air mineral banyak..kalau boleh botol besar..nak beli kat dalam ni mahal.
- bawak makanan ringan macam roti atau sandwich ke untuk alas perut.kat dalam makanan mahal sangat.
- bawak stroller even anak da besar.. tak larat nak dukung oiii..
- bawak baju spare kalau theme park pun ada tempat main air. kitorang tak masuk situ..baju basah kena hujan je tapi cepat kering sendiri..hehe..
- pakai sunblock.panas ni.
- pakai topi atau sunglass
- datang awal sikit. bole main semua tempat.
- ATM Maybank ada kat entrance. so jangan risau nak keluarkan duit..
- solat/rehat dulu segarkan badan kat surau. lepas tu sambung balik main.


Itu saja trip kitorang ke Legoland.. Bye!

Comments

  1. teringin giler nak pergi..dekat kampung asben.. tapi dok tunggu adik nya si kecik ni boleh jalan dulu.. dan pandai main sikit.. baru besh..dah janji ngan si abang..kalau adik dah boleh jalan jer..kite pergi men lego.. hehe..amiiinnn..semoga sampai kami ke sana..;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ResepiAzanna : Mari buat Homemade French Fries ala-ala McD...

Permohonan Rumah Selangorku

SusunAtur Ruang Rumah : Tips sembunyikan wayar TV...