Posts

Showing posts from April, 2016

Bersantai di Glory Beach Resort, PD

Image
Rasa pelik sikit bila hasben menyuarakan hasrat nak pergi bercuti. Katanya nak mandi pantai. Dah lama tak merasa air laut. Si isteri ni ON je bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".. Rezeki la tu bila si suami ajak bercuti kannn..


Boleh la tenangkan fikiran relax2 sikit. Musim panas pulak tu sekarang ni. Dapat tido tilam empuk, ada aircond, pemandangan pantai dan matahari terbenam, mandi pool, makan kenyang2. Hurmm...nikmat betol kan.


So pagi Sabtu baru kemas beg dan gerak ke PD pukul 12.30 tengahari.. 2 jam perjalanan dah sampai PD. Untung dapat check-in awal sikit tak payah tunggu lama. Untung lagi bila dapat unit yang 3 bilik means unit yang besar sikit padahal book unit yang 2 bilik je. TQ Glory.























Keluar makan tengahari kat kedai makan dekat2 situ je. Malas nak pegi jauh. Petang sikit berjalan kat tepi pantai. Syok.

Nak mandi swimming pool budak tu taknak pulak. Jalan tengok penyu jela. Eh kat situ ada tempat penyu menetas rupanya. Sebelum ni masa …