12 August, 2016

Proses Permohonan Pinjaman Perumahan Melalui Bank

Assalamualaikum...



Punya la lama nak update blog.. haha.. jangan marah eh..

Entry lepas aku ada share pasal permohonan Rumah Selangorku ..

Selesai bayar booking fee dan pilih unit, kami diberi S&P - Proforma Invoice dan pre-sign dokumen S&P - dokumen akan disiapkan oleh lawyer S&P lepas loan approved. Lepas dah sign, pemaju bagi satu salinan S&P-Proforma Invoice dan dokumen pre-sign tadi diberi kepada lawyer S&P iaitu KF Low & Co.

**S&P = Sales & Purchase Agreement

Pemaju projek Villa Kesuma ni ialah Agenda Istimewa (syarikat bawah kerajaan negeri Selangor).
Check dengan teliti harga rumah dan spesisfikasi. Boleh pilih nak rumah basic atau upgrade pakej.
Pakej basic ni harga RM220,000 dan pakej upgrade RM250,000.

Disebabkan kitorang tak cukup simpanan dan nak apply 100% loan so salesperson tu cadangkan kitorang amik pakej basic sahaja.

Panel bank yang join road show masa penawaran tu ada 3 bank.. Bank Rakyat, BSN, dan Public Bank. Then kami pilih untuk apply loan dengan BSN setelah berbincang dengan salesperson tu.

Reason :

1) Ada Skim Perumahan Belia (SPB). Kerajaan bagi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual. Tak silap kerajaan hanya bagi skim ni pada BSN sahaja.

2) Hasben dah ada akaun dengan BSN, iaitu BSN Giro so tak payah buka akaun lagi.

Ciri-ciri & Kelebihan (SPB) 

» 50% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan.

Harga Hartanah

» Minimum: RM 100,000.
» Maksimum: RM 500,000.

Margin Hartanah

» Hartanah - Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
» MRTA - Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).

Tempoh Pinjaman

» Minimum : 5 tahun.
» Maksimum: 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar Faedah

» Antara BR + 0.45% sehingga BR + 2.85% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.

» Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.


Nota:

» BR semasa adalah 4.10% setahun.




Syarat Kelayakan SPB

» Warganegara Malaysia berumur 25 hingga 40 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
» Telah Berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
» Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
» Permohonan secara perseorangan atau bersama.
» Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
» Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.


Dokumen yang bank perlukan : (untuk join loan)

1) I/C suami & isteri
2) Sijil perkahwinan yang sah (bukti pertalian peminjam bersama)
3) EPF statement suami & isteri
4) Penyata akaun bank (akaun gaji) suami & isteri
5) Slip gaji suami & isteri
6) Borang akaun sumpah 2 copy utk disahkan oleh pesuruhjaya sumpah (syarat layak SPB).
Kitorang pegi kat pesuruhjaya sumpah tingkat 1 bangunan KWSP. Bayar RM10 kot sorang.


** Pastikan kita buat lebih satu salinan untuk simpanan kita dan minta bank acknowledge received. So nanti senang nak refer balik kalau bank request dokumen tambahan. Yang penting apapun yang kita submit pastikan kita buat satu salinan untuk simpanan kita.


Okay sampai sini dulu pasal permohonan loan bank. Harap coretan perjalanan beli rumah ni dapat jadi panduan masa akan datang ke kan.. hehe..

Bye!












1 comment:

  1. Nak tnya..apa beza basis dgn upgrade?

    ReplyDelete