Friday, November 4, 2016

Pemergian yang diredhai





Malam tadi mak mertua call hasben, "Suhaimi dah meninggal"... Hasben terkedu terdiam tak balas apa2.. Lama lepas tu baru keluar ayat dari mulut dia "Innalillahiwainnailaihiroji'un....

Perginya seorang abang ipar yang banyak membantu kami dulu.. Perginya seorang suami kepada akak iparku (kakak no-3 belah hasben) yang tabah dan cekal hatinya menjaga dia sejak 3 tahun lalu.. Perginya seorang ayah kepada tujuh orang anak-anak yang masih memerlukan kasihnya.. 

Harap mereka tabah dan kuat menghadapi hari2 mendatang.. Aku tahu sejak ayah diorang sakit stroke, mereka dah belajar berdikari.. Belajar sambil bekerja.. Allah.. Sedih tak tertanggung.. Luaskan rezeki anak2 buah ku dan berikan mereka kesihatan yang baik.. 

Tahun ini aku kehilangan dua orang ahli keluarga yang paling dekat.. Bulan Ogos yang lalu, kakak iparku (kakak no-2 belah hasben) Nurul Asyikin juga pergi mengadap Ilahi kerana sakit kanser. 5 tahun berjuang melawan sakitnya.. Pergi meninggalkan enam orang anak. 

Pemergian mereka adalah satu ketetapan Ilahi.. Sesungguhnya kehidupan akhirat lebih baik bagi mereka.. 

Sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang diredhai Allah Ta'ala.




Thursday, November 3, 2016

Bayar Lawyer Fee (SPA & Loan Bank)

Setelah lama tinggalkan tulisan perjalanan membeli rumah baru, sekarang nak update lagi ye step seterusnya.

Banyak halangan sebelum loan nak approve ni - nanti I cerita kenapa.
Ok lepas loan dah approved, lawyer SPA (pemaju) dan lawyer bank (BSN) akan keluarkan invoice untuk kita bayar lawyer fee.

Kenapa kena bayar lawyer ?
Iyela dia dah sediakan dan uruskan dokumen perjanjian jual beli hartanah untuk kita, lagi uruskan pinjaman bank ikut undang-undang yang ditetapkan so kena la bayar. 
Tugas diorang bukan setakat admin je tetapi dari segi legal jugak.

Bila dah dapat invoice tu harap check betul2 relevan atau tak setiap amount yang dia caj tu. 
Boleh terus tanya setiap caj tu untuk bayar apa kalau kita tak jelas. 
Dah setuju baru sign dan bayar ke akaun bank yang lawyer bagi.

Bayaran lawyer fee - kami guna EPF akaun 2 :
Lawyer SPA - RM2,033.58
Lawyer Bank - RM3,669.84
Total : RM5,703.42

Banyak kan? Sayangnya la duit. Apa boleh buat demi rumah syurgaku.. Pejam mata bayor jela.

Cara-cara nak buat pengeluaran EPF akaun 2 boleh refer link di bawah.


Setiap transaction mesti ada resit bayaran kan, so harap simpan untuk rujukan kita. 
Lepas payment dah clear mintak lawyer keluarkan resit bayaran yang kita dah buat.

Ok ni nak cerita sikit halangan yang terpaksa kami lalui sebelum loan approve. 
Semuanya silap si isteri sebab tak bayar PTPTN.. hehe.. 
Tak bayar tu sebab pernah menganggur lama 2 tahun lepas so tak dapat la teruskan bayar bulanan PTPTN. 
Jadi rekod bayaran tu tak cantik dan keluar dalam CCRIS.

So please please make sure sesape yang pinjam PTPTN ni wajib bayar cantik2 jika nak apply apa2 loan pun.

Apa yang aku buat untuk cantikkan balik rekod CCRIS ni - Keluarkan EPF akaun 2 bayar separuh hutang PTPTN dan mintak PTPTN strukturkan balik bayaran bulanan. 
Kan dah pernah cerita sebelum ni, ini adalah rumah pertama so EPF dapat la keluarkan semua akaun 2. 
Duit tu aku bahagikan utk bayar PTPTN dan lawyer fee. 
EPF hasben pun dapat keluarkan semua, membantu sikit kewangan kami.

Tak susah pun nak deal dengan PTPTN, just call pegawai cawangan yang berdekatan dengan kita. Amik kat website PTPTN je nanti dia akan uruskan semua. 
Aku deal dengan cawangan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab dekat je dengan rumah. Anytime boleh jumpa dia.. Memang membantu sangat. 
Boleh deal melalui whatsapp jugak. Yang penting kita simpan surat tawaran PTPTN masa apply dulu dan ada lagi dokumen lain (tak ingat dah).

Isi borang kat EPF, dia akan guide kita just cakap je nak keluarkan EPF untuk bayaran PTPTN.
EPF amik masa dalam 1 minggu je untuk release bayaran PTPTN aku. 
Ni akan direct terus ke akaun PTPTN. 
Selepas payment dah clear dalam akaun PTPTN, barulah apply sekali lagi untuk keluarkan balance EPF tu. 
Yang ni baru akan masuk ke akaun bank kita (ikut amount yang kita apply). 
Staff EPF cakap better keluarkan habes sebab for this time je (beli rumah pertama) dapat keluarkan akaun 2 terus ke akaun bank kita, nanti memang tak dapat dah peluang ni.  

Payment for PTPTN dah clear tadi kan, so kena buat penstrukturan PTPTN pulak. 
Penstrukturan ni supaya fix kan monthly installment yang perlu kita bayar. 
Then PTPTN akan keluarkan surat pelepasan untuk kita bagi dengan bank pinjaman (BSN). 
Barulah BSN approve loan kitorang. 
Huh semua tu amik masa sebulan untuk settle tau! Lega rasanya lepas dah approve. 
Boleh tido lena hehe..

Berbalik pasal lawyer fee pulak, lepas seminggu loan approve, lawyer SPA (KF Low) akan hantar invoice dan collect SPA skali. 
Tak lama lepas tu lawyer bank (Zailan & Co) pula mintak kami ke office dia di Kompleks PKNS untuk sign dokumen dan bagi invoice skali.

Settle bab bayaran lawyer fee.. 
Masa ni tak pening kepala dah.. Tunggu je rumah siap.. 
Kitorang ada group komuniti Villa Kesuma so senang la nak tahu progress rumah.

Definisi : 
SPA - Sales & Purchase Agreement
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
BSN - Bank Simpanan Nasional
CCRIS - Central Credit Reference Information System