01 December, 2016

#throwback Bajet Perkahwinan Tahun 2010

Assalamualaikum.


Rajin sikit harini belek2 fail lama dahulu kala terjumpa la perancangan aku masa nak kawen dulu..kehkeh..
Tengok balik nak tergelak je.. Tak sangka aku begitu teliti buat semua tu..haha..

Sekarang ni nak plan apepun aku jadi malas da.. Tengok mood. Even nak beli barang dapur pun aku hentam keromo je pegi beli, mana yang terlintas dalam kepala. Pernah la buat list tapi sampai kat sana aku lupa yang aku bawak list.. haha..

Sudahnya barang yang perlu beli tu aku tak beli pun.. Barang lain yang bawak balik.. Tu yang husband selalu membebel je..

Nak share la jugak list bajet perkahwinan tahun 2010 dulu.. Aku tunang 2009 pun ada jugak la sikit termasuk list.. hehe..

Semua ni bukan beli sekaligus tau.. Beli sikit2 kumpul.. Memang sebelum tunang lagi dah start kumpul duit.. Aku dan husband jimat giler sampai bab makan kitorang pernah makan nasik dengan telur mata je.. berhari2.. Lagi2 aku baru je keje, lepas grad tahun 2009 tu jugak aku start keje. Husband masa tu dah 2 tahun bekerja.. Boleh la menampung sikit duit belanja..

Ok aku mula dengan bajet pertunangan dulu.. cekidaut!


WANG HANTARAN – RM6,000.00 

MAS KAHWIN – RM2,564.00

TARIKH TUNANG : 26.12.09 (TENGAHARI)

TARIKH NIKAH : 05.06.10 (PAGI)

TARIKH MAJLIS SEBELAH PEREMPUAN (KEDAH) : 05.06.10 (TENGAHARI)

TARIKH MAJLIS SEBELAH LELAKI (JOHOR) : 12.06.10 

TEMA WARNA SEBELAH PEREMPUAN - WHITE BLUE 

TEMA WARNA SEBELAH LELAKI - GOLD YELLOW




SENARAI BARANG MAJLIS PERTUNANGAN

BIL
LELAKI (4 DULANG)
(BAJET RM600) 
(TEMA GOLD)
PEREMPUAN (5 DULANG)
(BAJET RM227)
(TEMA WHITE & GOLD)
1.
CINCIN TUNANG
- RM250 POH KONG
KEMEJA/SLACK
- RM40/RM46
2.
BAJU KURUNG MODEN/TUDUNG
- RM110/RM40
PERFUME TITANIUM
- RM51
3.
TELEKUNG & SEJADAH
- RM150
CADBURY GOLD
- RM20
4.
PERFUME WOMEN OF EARTH
- RM54
KEK COKLAT
- RM20
5.

BAKUL BUAH
- RM50

 Tambahan : 
·        Baju tunang + tudung + veil = RM155
·        Kasut lelaki = RM30





SENARAI BARANG HANTARAN MAJLIS PERNIKAHAN


BIL
LELAKI (7 DULANG)
(BAJET RM10224)
(TEMA GOLD)
PEREMPUAN (9 DULANG)
(BAJET RM1140)
(TEMA WHITE BLUE)
1.
SIREH JUNJUNG
- RM50
SIREH JUNJUNG
- RM50
2.
WANG HANTARAN & MASKAWIN
- RM6000/RM2564
 KAMERA DIGITAL
-RM500
3.
GELANG NIKAH & CINCIN NIKAH
- RM480/RM400
GAMES PS3
- RM150
4.
JAM TANGAN
-RM125 CASIO
JAM TANGAN
- RM125 CASIO
5.
KASUT
- RM50
KASUT
- RM100
6.
PERFUME
- RM150
WALLET/TALI PINGGANG
- RM75
7.
TELEKUNG/SEJADAH
- RM100
BUKU PANDUAN AGAMA

8.
HANDBAG
-RM50
KEMEJA
- RM40
9.
KEK VANILLA
- RM100 SECRET RECIPE
PERFUME
- RM50
10.
AL QURAN
KEK COKLAT
- RM50
11.
BAJU KURUNG/TUDUNG
-RM130/RM25





Checklist persiapan (6 bulan) 

1.             KURSUS KAWEN – RM80 X 2 = RM160
2.         TEST HIV
3.             PERMOHONAN DAFTAR NIKAH – JOHOR & KEDAH
4.         KAD KAHWIN + BUNTING = RM650
5.             KATERING – CANOPY + MEJA MKN = RM3500  *1000 JEMPUTAN
6.         PAKEJ KAWEN – SET MEJA PENGANTIN + MAKEUP 2X + FOTOGRAFI/ALBUM + PELAMIN +     
                        2 PERSALINAN L/P + BILIK = RM2200
7.            HANTARAN - KOTAK HANTARAN/LAPIK DULANG (TEMA CREAM)
8.            BAJU NIKAH L/P = RM500
9.         KOS TAMBANG KE JOHOR & KEDAH


Checklist persiapan masuk rumah (selepas kawen)

BARANG ELEKTRIK

1. TV - LCD SONY = RM1479
2. PEMAIN DVD - SONY = RM100
3. MESIN BASUH - TOSHIBA AUTO 7KG = RM700
4. PETI SEJUK - TOSHIBA = RM700
5. HEATER/THERMOS - Hadiah
6. PEMBAKAR ROTI - Hadiah
7. PENGISAR - Hadiah
8. PERIUK NASI - Hadiah
9. DAPUR GAS - Hadiah
10. SETERIKA - PHILIPS DIVA RM75 - ADA sebelum kawen
11. KIPAS MEJA - ADA sebelum kawen
12. PEMBERSIH HAMPAGAS Electrolux - Redeem Point          
13. MULTICOOKER - ADA sebelum kawen

LIVING ROOM

1. JAM DINDING
2. TV KABINET
3. CARPET
4. SOFA/KERUSI

BEDROOM

1. SET BILIK - KATIL, ALMARI BAJU, MEJA SOLEK
2. PS3 - LCD, MEJA - Husband punya (kaki games)

BATHROOM

1. CERMIN
2. BEKAS TOILETRIES

DINING

1. MEJA MAKAN


Bila tengok balik list ni baru aku ingat balik susah payah menempuh dugaan nak ke alam perkahwinan tu. Sebab aku dan husband bukan orang kaya2.. Semua dari usaha gigih kumpul duit taknak susahkan mak abah walaupun tahu diorang la yang jadi tulang belakang nak menjayakan majlis tu.. Sekurangnya kita dapat ringankan beban kan elok tu.. 

Sedar tak sedar dah 6 tahun usia perkahwinan kami.. Harap perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.. Aminnn...