29 January, 2016

Wanita dan Perhiasan



Assalamualaikum.




Perhiasan dan wanita memang tak bole dipisahkan..Sape yang tak suke pakai perhiasan kan. Baru2 ni tengok satu rancangan di TV Alhijrah.. Tak ingat ape rancangan nya.. Tapi topik tu pasal perhiasan wanita.

Wanita muslimah nak pakai rantai ke anting-anting ke bole. Tapi pakai kat rumah jela. Jangan smpai nak tunjuk rantai kat leher sanggup pendekkan tudung untuk bagi nampak rantai tu.

Takpun pakai tudung dan rantai pulak pakai kat luar tu pun tak bole. Anting-anting pun sama. Semata nak tunjuk sanggup tak pakai tudung.

Boleh nak tunjuk tapi hias untuk suami kat dalam rumah jela. Hihi.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. Kadang2 kita lupa.. Bila nafsu jahat dalam diri cakap " Eh, ko pakai macam tu kat luar cantik la..Terserlah keanggunan..Gituuu..

Cer pakai cantik2 depan suami dalam rumah, confirm dia puji cantikkkk.. Apa lagi kembang sampai meletup.. Haha.. Mesti lepas tu dah tak pakai yang menarik perhatian orang kat luar kan.

Tapi tak maksud kat luar tak perlu cantik2, pakai selekeh pulak.. Asal bersih, kemas dan menutup aurat kira ok dah tu..

Sama-sama jadi wanita muslimah yang diredhai Allah. Peace (",)




26 January, 2016

Permohonan Rumah Selangorku


Assalamualaikum.



Bulan Oktober tahun lepas, kawan ofis hasben suruh kitorang apply Rumah Selangorku.. Ada banyak projek rumah baru kat area Selangor.. Harga dari 45 ribu.. Memang mampu milik.. Disebabkan dah tahu target area dan kelayakan pinjaman, kami tengok ada rumah area Semenyih yang memang menarik hati..

Nak tengok projek rumah selangorku yang lain bole refer SINI

Tapi kena tengok dulu syarat-syarat kelayakan. Kalau ok semua then baru sediakan dokumen.

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku :



  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; 
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan; Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan; 
  3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. 
  4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon 
  5. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa. 
  6. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan 
  7. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU 


Dokumen yang diperlukan : 

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan; 
  2. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan; 
  3. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan; 
  4. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin; 
  5. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; 
  6. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; 
  7. Penyata KWSP
  8. Salinan bil air atau bil elektrik

Pastikan dokumen semua lengkap dan hantar kat HQ Lembaga Perumahan Selangor atau bole pegi hantar sendiri kat show gallery rumah yang kita nak apply. Kami pegi terus show gallery Villa Kesuma dekat Semenyih. Orang tu akan check dokumen semua dah lengkap nanti tunggu je result dari LPHS dalam masa sebulan. 

Masa ni bedebar je tunggu message dari LPHS. Selepas sebulan, jeng jeng jeng... dapat message macam ni.. 



" RM0.00 Dimaklumkan Penawaran Terus bagi Rumah Bandar - Villa Kesuma
akan diadakan di Sunway Giza, Kota Damansara pada 06-08 November 2015

@ dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Sila bawa bersama Cek/Draf Bank

sebanyak RM1,000 atas nama AGENDA ISTIMEWA SDN BHD untuk pemilihan

unit Villa Kesuma sekiranya mendapat kelulusan Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS). Sila hubungi 03-78460992/3 atau
03-87271755/88 untuk keterangan lebih lanjut."


" RM0.00 Tempat: Sunway Giza mall, Centre Management Office, LG Block D,
Sunway Giza, No.2, Jalan PJU 5/14, PJU 5 Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor.
Untuk pinjaman perumahan Kerajaan, sila bawa surat kelayakan
pinjaman/surat pengesahan jawatan tetap dan berpencen. Untuk pinjaman
bank, sila bawa bersama 3 bulan penyata akaun bank gaji."



Aku dan hasben tertanya tanya dapat ke tak ni.. takpe la pegi jela sana tengok ape jadi.. Bawak sekali bank draf dan dokumen standby (slip gaji, penyata KWSP, bank statement) mana tahu dia nak ke kan..
Sampai sana je, alhamdulillah kami dapat penawaran tu.. Bayar deposit 1K dan pilih unit.. 

Untuk rumah jenis townhouse ni, unit atas orang lain bawah orang lain. Ok la kan, masih land house seperti yang kitorang nak. Masa tu tinggal unit atas je..bawah sold out..huaaa... atas pun atas la.. tengok list siapa jiran2  then book unit tu.. Lega setel satu hal.. 

Next entry aku share pasal loan bank pulak ye.. 

Bye!

25 January, 2016

Permulaan mencari dan membeli rumah

Assalamualaikum.



Amboi lamanya menyepi.. Sibuk sangat ke??...hehe.. Biasa la urusan dunia yang takkan pernah habis.. gitu la..

Banyak cabaran sebenarnya nak kongsi pasal beli rumah baru. Syukur sangat dapat beli rumah sebelum umur 30tahun.. Itu antara azam aku bila start bekerja. Walaupun banyak dugaan tapi just follow the flow jela orang cakap..Dugaan tu yang mematangkan kita sebenarnya..Sabar dan terus sabar sejak 5tahun yang lalu.. Sekarang Allah dah makbulkan doa.. Syukur alhamdulillah..

Taktau gi mana nak mulakan ni.. Cerita step by step lagi senang paham kan..hehe..


Ukur baju di badan sendiri

Mestila kena tengok bajet sendiri kan.. kena tahu komitmen semua dan simpanan yang ada. Kitorang pegi bank untuk check kelayakan pinjaman untuk join 2 nama laki bini.. kalau sorang tau dah memang tak lepas.. So kitorang layak buat hingga 300K..  Tapi boleh jugak nak google cara pengiraan kelayakan pinjaman ada banyak je info kan.. terus bole estimate berapa.. lagi senang.. Lepas dah tahu kelayakan then boleh la hunting rumah ikut bajet..


Jenis rumah pilihan hati

Aspek penting yang perlu kita ambil kira untuk pilih rumah jenis ape..


  1. Parking - sebab pernah merasa duduk flat yang parking tersangat la sesak,
  2. Kawasan beriadah - anak2 boleh main dengan selamat dan ada kawasan riadah keluarga. At least dah penat bekerja balik rumah ada tempat yang kita boleh hilangkan stress tu..dapat hirup udara segar ke ok jugak..
  3. Lokasi - dekat dengan tempat kerja, ada pasaraya, pasar basah, klinik/hospital, pengangkutan awam bas/lrt..kalau pilih untuk naik kereta/motorsikal mesti ada highway yang terdekat atau jalan biasa shortcut ..


So selepas ambil kira semua tu kami decide untuk cari land house single storey atau townhouse area Semenyih/Kajang.


Rajin jenguk iklan jual rumah

Kitorang selalu pegi Warta Bangi dan shopping mall yang ada agent jual rumah..selalu jugak bukak website mudah.my..tapi takde yang berkenan dihati..Mungkin rezeki kami, dapat tahu pasal rumah baru ni dari kawan ofis hasben. Terima kasih.


Rumah Baru atau Rumah Subsale

In this case,kitorang cari rumah baru lingkungan harga 200K - 250K sebabnya :


  1. Simpanan dan akaun 2 EPF tak mencukupi, rumah subsale perlukan deposit 10% contohnya harga rumah 220K perlukan 22K untuk deposit, kebanyakan agent taknak terima deposit 1K. Dah pernah dapat rumah tu (berkenan dah) tapi agent taknak terima deposit 1K, dia nak deposit 3% dari harga rumah. So melepas. Lagi satu, dah pernah pegi view rumah ni tapi tak berkenan pun, agent pulak push kitorang kalau minat letak deposit 1K..adehhh..
  2. Proses yang agak rumit dan kos tinggi untuk tukar nama dan bayar lawyer (kitorang jenis yang malas nak follow up dan taknak pening kepala so go for rumah baru).
  3. Pilih untuk apply for 100% loan bank. sebab seperti point yang first tu jugak. Rasanya rumah baru dan rumah pertama senang dapat 100% loan macam ape yang diberitahu pemaju masa proses loan kami haritu.


Tau jela harga rumah sekarang kan..mampu tengok je.. Flat yang aku duduk ni pun dah cecah 140K, keluasan 650sqft jer..parking pun susah.. rumah teres 2 tingkat kat perumahan sebelah ni pun dah 500K..alahai..

Ni baru step pertama nak beli rumah..Sambung lagi next entry macam mana kitorang bole apply Rumah Selangorku..

Bye!