Wednesday, December 27, 2017

Jenis parking sukahati ni otak letak mana?



Terpaksa aku up entry ni supaya ada yang sedar orang yang jenis parking sesuka hati tu otak letak mana. Aku memang pantang dengan orang jenis ni. Aku tau kadang nak cepat dan pikir park dulu-setel kerja-cepat jalan. NO! Singkat sangat pemikiran camni. Selfish namanya. 

Jangan nak senangkan kerja sendiri sampai susahkan hidup orang lain. Mana tau dalam masa ko nak setelkan kerja tu terkandas jadi lama. Tak ke menyusahkan. Apa yang ko rancang tak semestinya jadi. So jangan nak letak otak kat lutut. Huh. 

Ni kejadian masa aku balik naik bas haritu. Hazab ya amat nak sampai rumah yang hanya sekangkang kucing dari stesen lrt tu. 

Aku berkejar dari Salak Selatan naik tren ke BTS (berkejar okeyyy). Sampai BTS pukul 6.45 macam tu. Ada bas dah siap tunggu. Orang pun dah separuh penuh (tempat duduk full) dan aku berdiri. Dalam kepenatan, aku memandang keluar tingkap dan nampak jalan mulai sesak akibat ada satu kereta yang parking di laluan utama keluar dari stesen BTS ke jalan besar. 

Dalam bas juga semakin sesak dek driver bas yang masih menunggu basnya betul2 padat (seperti sardin dalam tin) dan driver pun menyuruh orang ke belakang lagi supaya bagi laluan kepada orang lain yang turut gigih naik bas. Aku masih bersabar. 

Saat bas nak mula bergerak, driver baru perasan yang jalan keluar sudah sesak akibat dari perbuatan orang bod** &%%^%$#%^ yang block jalan sehingga kenderaan besar seperti bas tak boleh melalui. (Aku dah lama perasan pasal tu). Dan driver pun turun sekali untuk membantu bas paling depan yang tak dapat lalu (mungkin driver tu yang tak pandai amik side atau dia amatur driver). Entahlah aku dah mula naik angin. Kesabaran berkurang.

Setelah setengah jam menunggu kesatuan driver menolong bas yang tak dapat lalu tu (total menunggu adalah sejam okey), aku dah mencarut (dalam hati) diikuti jeritan (juga dalam hati), akhirnya bas tersebut dapat melepasi kereta bod** yang parking di laluan tu. Menyumpah habes aku (masih dalam hati). Punya la sabarrrr. Kehkeh. Iyela kalau tak sabar dah lama aku turun bas tu meroyan kat tengah2 laluan tu, jadi gila sekejap. Stress ya amat.

Sampai ke sudah owner kereta tak sampai pun untuk alihkan kereta dia. How dare you! Bila bas dah gerak menuju ke laluan pulang ke rumah, sampai je dah pukul 7.45mlm. Apa lagi emosi tak stabil aku diam je sampai rumah. Hasben dan anak pun pelik apesal la aku diam je.

Aku jenis takleh start buka mulut meluahkan stress aku masa tu, kalau tak aku akan rasa marah rasa nak nangis yang teramat. Haha. Jadi tunggu aku mandi, solat, minum air kejap, duduk bertenang dan baru aku cerita apa yang terjadi tadi. Masa tu aku pun dah relax and tak stress dah. Jadi penceritaan adalah dalam nada tenang dan bersahaja. Kahkah.

Tapi apepun aku tetap ingat perbuatan bod** kereta tu yang parking block laluan utama tu adalah satu jenayah. Aku takleh terima. Kalau owner kereta tu sampai untuk alihkan kereta masa tu mungkin aku akan turun meroyan depan dia. Ko memang takde hati perut!




Monday, December 25, 2017

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY


- sticky post sampai tamat giveaway -

Assalamualaikum wbt,


It's GIVEAWAY time! {setelah sekian lama}



Tema planner tahun 2018 kali ni ialah - Cantik dan MURAH..!!



Tapi kalau nak FREE, jom join giveaway ni. ;D








Wednesday, December 13, 2017

Cari Pengasuh Anak


Dilema mak mak bekerja ni ape tau... Nak cari pengasuh anak yang terbaik. Aku dulu pun macam tu. Benda paling aku banyak pikir inilah.

"Boleh ke dia jaga anak aku macam aku jaga?"
"Dia ada jaga anak orang lain jugak ke? Ke anak aku sorang.."
"Kalau dia nak cuti, sape nak jaga anak aku? Ke kena ada back up pengasuh?"

Itulah antara soalan soalan yang bermain di fikiran aku.

Iyela tu anak aku, bersusah payah aku kandung 9 bulan (eh tak sampai rasanya), anak yang aku tunggu selama nak dekat 2 tahun mestilah aku nak yang terbaik. Mana ada parents yang taknak terbaik untuk anak-anak dia.

Tapi, lagi banyak aku pikir lagi jiwa aku tak tenteram. Hasben cakap dengan aku, kita usaha dulu cari selebihnya kita berdoa bagi Allah mudahkan urusan kita.

Ya, aku tenang sikit. Dan terus tanya kawan-kawan yang tahu kalau ada pengasuh yang diorang dah biasa. Aku tanya jiran-jiran dekat rumah tu jugak. Alhamdulillah, akak serumah dengan aku dulu masa bujang dia suggestkan pengasuh anak dia.

Aku dan hasben terus call dan dia okay minta datang rumah sejurus selepas call tu. Maksudnya dia takde tunggu esok lusa ke baru datang, terus jemput datang rumah hari yang sama tu. Masa tu mak aku ada sini jaga aku dalam pantang jadi Adam 2 bulan bawak sekali ke rumah pengasuh tu.

Sampai sana, aku tengok mata mak aku melilau scan keliling rumah tu sambil berbual dengan pengasuh. Suami pengasuh pun ada. Biasa la, atoknya pun risau sape yang akan jaga cucu dia nanti. Cucu sulung tu.

Antara tips dan kriteria yang aku rasa perlu ambil kira;

Rumah dan persekitaran bersih.
Memang rumah dia bersih dan kemas. Takde bela kucing atau haiwan peliharaan lain. Susunan perabot rumah dia mesra kanak-kanak dan selamat. Takde hiasan yang sarat mengganggu pemandangan aku. Lulus.

Suami pengasuh tak merokok
Ya, aku tak gemar perokok dekat dengan anak aku. Walaupun perokok merokok kat luar rumah tapi bau masih melekat pada badan dan pakaian, jadi kesan tu tetap ada pada anak-anak. Sedangkan ayah dia sendiri pun tak merokok, wajib aku ambil kira hal ni jugak pada pengasuh. Lulus.

Cuti dan hal kecemasan.
Bincang dengan pengasuh perlu atau tak aku ada backup pengasuh kalau dia amik cuti dan ada hal emergency. Perjanjian dibuat, dia boleh cuti mengikut Public Holiday dan kalau aku cuti takkan tolak gaji dia. Kalau dia nak cuti perlu inform aku 3 hari awal supaya aku boleh apply cuti dengan company pulak. Win-Win situation. Melainkan emergency la. Untuk emergency case aku akan tolak dari gaji hari untuk dibayar kepada pengasuh backup. Tapi selalunya aku bayar penuh jugak, tak sampai hati. Huhu.

Kesihatan pengasuh dan keluarga. 
Pastikan kesihatan mereka baik sebab nak jaga anak kita mesti dalam keadaan yang terbaik. Kalau ada penyakit kronik tu takut kita pulak yang susah akan datang nanti.

Waktu jagaan dan bayaran upah.
Mesti bincang elok-elok pasal ni. Contoh, waktu kerja kita 8am-6pm. Jadi waktu jagaan dia adalah 7am-7pm. Kena bagitau dia nak hantar pukul berapa dan amik pukul berapa.Tanya juga bayaran ot start dikira pukul berapa supaya tak bermasam muka di masa akan datang. Haha.

Jaga anak asuhan lain.
Pengasuh Adam ada jaga 5 orang budak lain. 3 orang sebaya Adam masa tu dan 2 lagi dah besar sikit. Mula aku risau jugak boleh ke dia jaga ramai ni tapi aku bagi peluang dulu then aku puas hati. Jadi teruskan bagi dia jaga sebab dia boleh handle dengan baik. Lagi baik kalau korang dapat yang jaga anak ko sorang je sebab dia boleh bagi perhatian lebih. Terpulang.

Handle susu ibu.
Dia boleh handle susu ibu tapi dengan syarat aku buat nota dan susun siap2 untuk dia. Memang aku nak mudahkan kerja dia jugak. Botol2 semua takpe tak payah basuh, aku bawak balik rumah basuh. Warmer pun aku nak bagi dia tapi dia selesa rendamkan cara biasa dalam air suam je. Lega kat situ. Adam sempat fully BF sampai umur setahun gitu je. Aku dah tak terkejar nak pam sebab penat kerja. Akhirnya campur FM dan malam je dia direct BF.

Tips dan kriteria di atas adalah mengikut pengalaman aku cari pengasuh dulu. Apapun kena banyak tolak ansur dengan pengasuh. Jaga hubungan sebab dia juga ibarat ibu kepada anak kita. Ada yang tak puas hati terus terang dengan dia dan bincang elok-elok.

*Bonus point : Hari kitorang melawat tu, anak dia keluarkan puting dari mulut dan jatuh ke lantai. Aku tengok ayahnya amik basuh kat dapur dan bagi semula. Ada dalam beberapa kali buat macam tu. Sampai dia tak bagi lagi anak dia hisap puting dan ajak anak dia bermain.




Thursday, December 7, 2017

Nak bagi hadiah ape untuk pengantin ni?






Musim orang kawen dah mai. Bulan December @ hujung tahun memang waktu yang sesuai buat majlis kawen. Dengan cuti sekolahnya yang panjang dan musim 'sejuk'. Ingat Malaysia takde musim sejuk ke. Tu hujan sepanjang hari siap pakej banjir lagi. Sejuk la tu. Pakai kipas pun dah menggigil. Cuma tak keluar asap je ikut mulut. Hihi. 

Kad kawen pun mesti penuh digantung kat dinding. Bukan ape kalau disimpan dalam laci nanti terlupa. So gantung la kat tempat yang selalu lalu supaya kita ingat. Eh tapi orang sekarang jemput pakai Facebook Event je. Going - Not Going - Maybe. Kalau yang 'Going' tu lagi sehari tarikh majlis Facebook reminds dah. 

Dan bila nak pegi majlis kawen haruslah pikir nak bagi hadiah ape eh. Tu soalan yang selalu membelenggu diri aku jugak. Melalui pengalaman dapat hadiah kawen dulu dan bagi hadiah kawen orang so aku ada beberapa idea hadiah yang sangat berguna. 

Ok. Mari tengok ape list hadiah tu. 

Periuk Nasi
Salah satu barang elektrik paling penting kat dapur. Dulu aku dapat 2 biji periuk nasi. Lepas kawen mesti nak masak untuk suami, jadi pakai yang dapat tu. Jimat dah duit ko. Satu tu bertahan 5 tahun je aku pakai tapi takpe ada satu lagi tu. Jimat berganda. Rasanya 10 tahun ko tak payah beli periuk nasi. Brand yang okay aku penah pakai Midea dan Panasonic. Beli yang saiz sederhana je, agak cukup untuk 4 orang makan.

Dapur gas
Ni hadiah kawen paling banyak aku dapat. 4 ketul terus. Sampai sekarang tukar pakai tak habes lagi. Yang biasa tu tahan lama, tak payah beli yang jenis kaca tu senang pecah kalau tak pandai handle. 

Cerek / pemanas air
Nak buatkan air panas macam air kopi ke teh kena la pakai cerek kan. Takkan nak masak air dalam periuk nasi pulak. Ada 2 jenis, yang pakai lektrik atau masak atas dapur gas. Aku lagi suka pakai gas sebab kalau takde letrik pun bole jerang air. Sesetengah cerek pakai letrik agak kuat. Bagus ni jadikan hadiah. Lepas 5 tahun kawen boleh la nak tukar pakai Kowei ke Kukoo, lagi senang. 

Vacuum Cleaner
Penyapu tak relevan dengan aku sebab duduk rumah bertingkat ni angin kuat dari luar. Letih nak menyapu. Jadi vacuum cleaner adalah yang terbaik. Selain tu boleh sedut habuk karpet, sedut sawang kat siling dan sedut rambut yang bersepah. Maklumlah dah beranak ni rambut banyak gugur.

Iron 
Iron biasa pun dah ok. Tak perlu yang steam tu. Janji baju tak kedut kira ok la. 

Blender / lesung batu
Mak mertua datang nak makan sambal belacan wajib la tumbuk pakai lesung batu. Haa berguna tau hadiah ni. Tak caya try ler beli bagi pengantin. Nak tumbuk cabai hari-hari pun takpe eh. Biar bergegar rumah baru orang tahu ko masak. Kahkah. Blender pun sama je fungsinya. Boleh mana-mana satu nak belikan. 

Set Pinggan Mangkuk atau Cawan atau Sudu Garfu
Senangkan keje pengantin, masuk rumah nanti dah ada set pinggan mangkuk. Tinggal nak hidangkan aje. Tapi biasa orang banyak hadiahkan set cawan kan. Takpe la tu pun ok. Boleh tukar-tukar harini kaler biru esok hijau seterusnya kuning takde la boring minum air cawan sama.

Pembakar roti
Sarapan pagi makan roti bakar sapu planta letak kaya umphh sedapnya.

Microwave Oven
Nak panaskan lauk senang pakai ni. Nak bakar kek pun boleh. Setiap kali birthday boleh la tunjuk skill kat suami suprise kek buat sendiri. Ye dok.

Frame gambar
Ni last choice kalau dah taknak beli barang letrik. Boleh la pengantin hias rumah letak gambar dalam frame ni. Kan berguna tu.


Tu aje yang aku rasa sesuai. Harap membantu!


Wednesday, December 6, 2017

Satu hari nanti aku akan compile video Adam dari kecik sampai besar





Photograph
Loving can hurt, loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard, you know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive
We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still
So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone, wait for me to come home
Loving can heal, loving can mend your soul
And it's the only thing that I know, know
I swear it will get easier,
Remember that with every piece of you
Hm, and it's the only thing we take with us when we die
Hm, we keep this love in this photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts were never broken
And time's forever frozen still
So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone
And if you hurt me
That's okay baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home
You can fit me
Inside the necklace you got when you were sixteen
Next to your heartbeat where I should be
Keep it deep within your soul
And if you hurt me
Well, that's okay baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go
When I'm away, I will remember how you kissed me
Under the lamppost back on Sixth street
Hearing you whisper through the phone,
"Wait for me to come home."
Songwriters: Ed Sheeran / Johnny Mcdaid
Photograph lyrics © Kobalt Music Publishing Ltd., Sony/ATV Music Publishing LLC, Imagem Music Inc

Tuesday, December 5, 2017

Daging yang sudah diproses adalah punca kanser




Dah ada kajian yang membuktikan daging yang sudah diproses adalah punca kanser. Terkejut aku masa baca ni kat satu page Facebook. Root Of Science. 

Nak baca artikel penuh boleh visit link ni >>> daging-yang-sudah-diproses-adalah-punca-kanser


Antara kandungan dalam artikel tersebut : 


"Berapa banyakkah daging yang boleh dimakan dalam sehari?
Ini adalah soalan yang susah untuk dijawab kerana kajian sebelum ini tidak memberi konklusi berapa banyak daging yang boleh dimakan. Apa yang boleh dikatakan adalah mereka yang mengurangkan pengambilan daging merah dan daging terproses mempunyai risiko yang kurang untuk terkena kanser.
Oleh itu, jika anda seorang yang mengamalkan diet yang mempunyai banyak daging dan ingin mengelakkan kanser, anda mungkin perlu fikir untuk mengurangkan kuantiti daging tersebut. Anda juga boleh menukarkan daging tersebut dengan daging ‘putih’ seperti ayam dan ikan. Seperti yang kami katakan di atas, tiada kajian yang menunjukkan pengambilan ayam dan ikan menjadi penyebab kepada kanser.
Jadi nasihat kami di sini
1) Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan
2) Kurangkan pengambilan daging merah terutamanya DAGING TERPROSES
3) Ambillah secara sederhana

Jika pengambilan sederhana, badan akan sihat dan akan mengelakkan diri kita daripada terkena kanser.
Kecuali merokok. Merokok memang tidak baik untuk anda walaupun pada kuantiti yang sedikit. "


Thursday, November 30, 2017

Angan-Angan atau Azam untuk tahun baru ni?


Image result for 2018




Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru 2018 ye. Biasala tiap-tiap tahun aku ni ada je wishlist yang tak dapat lagi..huhu.. Agak2 azam tahun lepas dah tercapai ke?hihi (gelakkan diri sendiri). Bukan takat yang tahun lepas, tahun tahun tahun lepas punya lepas pun tak tercapai lagi. (tongkat dagu pulak).

Nak flashback jap ke tahun tahun lepas. 

2010
Back to tahun pertama kawen. Belum pening pikir pasal hutang. Cuma bayar sewa rumah, PTPTN dan expenses kecik2 macam tambang LRT, duit makan, barang dapur, bil utiliti. Dapat gaji asing simpanan dulu, bagi mak abah di kampung. Bagi adik2 jugak. Hasben pun sama tak banyak yang kena bayar. Dia cuma ada personal loan. Masa tu pakai kereta 2nd hand Wira (dah habes bayar). Gaji kecik je masing2 so cukup la untuk hidup sederhana.

2011
Plan nak beli rumah. Tahun ni jugak start pakai kredit kad sebab Maybank bagi. Tahun yang sama kereta pun buat hal. Asyik meragam je sepanjang tahun tu. Banyak la duit yang keluar untuk repair kereta. Sampaikan terpaksa swipe kredit kad untuk repair kereta. Cash tak cukup. Sedih betol. Mana taknya parking tepi jalan, kereta berhujan panas tak terjaga. Nak balik kampung memang susah sebab kereta problem tak habes2. Kalau nak balik Kedah tu kena naik bas. Takpe masih berdua. Doanya cepat dapat beli kereta baru je masa tu. 

2012
Awal tahun expecting pregnant. Masih pakai kereta lama. Gaji hasben pun semakin okay dari dulu. Rezeki nak dapat baby. Bulan 8 tukar kereta baru sebab tak tahan dah me'repair' dia. Balik raya Kedah merasa la kereta baru. Hehe.. Kereta lama trade in - 3K saja dia amik. Haha.. Dua bulan lepas tu bersalinkan Adam. Hasben start bayar loan kereta. Hutang bertambah. Hehe..

2013
Aku tukar kerja. Masalah peribadi. Dapat yang dekat rumah sebab dah ada anak ni.Tapi gaji sikit dari yang dulu. Tambah tolak semua memang tak cukup tapi kerja jugak. Hujung tahun bulan November dapat kerja bank lagi. Gaji offer memang triple dari dulu. Alhamdulillah..

2014
Tak mampu bertahan kerja bank. Selalu stress balik lambat dan lambakan kerja. Ditambah stress dengan boss yang tak memahami. Nak cuti pun susah. Resign awal bulan February. Sebulan menganggur. Bulan March dapat kerja baru. Dengan harapan bertahan lama kalini. Gaji menurun sikit dari kerja bank tapi takpe teruskan mencari rezeki. Ofis aku dekat dengan ofis hasben. Pergi kerja sama2. Jimat. Dia sorang keluar duit minyak. kehkeh.

2015
Permulaan mencari rumah untuk dibeli. Menyewa dah lama. Masuk ni dah 5 tahun. 

2016
Sign S&P rumah bulan Feb 2016. Alhamdulillah tercapai azam nak beli rumah sebelum usia 30tahun (lagi setahun je pun nak 30).

2017
Anak dah masuk tadika. 5 tahun. Mula bayar yuran sekolah dan keperluan sekolah anak. Tadika wilayah ni masih dalam kemampuan kitorang. 

5 tahun perkahwinan macam2 dugaan dah lalui. Gaduh tu biasa la. Lepas tu baik balik. Dah lama2 ni benda remeh temeh malas nak gaduh2 dah. Banyak lagi nak kena pikir. Jadi matang sikit. 

Okeh! Nak selit wishlist kat sini supaya usaha tu ada. Hasilnya jangan kisah yang penting kita buat dulu. 

  1. Simpanan Tabung Haji sendiri mesti capai setahun 1.2k. Lagi 9 tahun akan datang semoga simpanan dah cukup untuk mohon pergi Haji. InsyaAllah. 📆
  2. Simpanan Tabung Haji Adam nak bagi cecah 10k sehingga dia berumur 18 tahun. InsyaAllah. 📆
  3. Simpanan kecemasan untuk 6 bulan gaji. 📆
  4. Nak pastikan tiada hutang mikro, yang ada hanyalah hutang loan rumah. 📆
  5. Solat awal waktu (ini azam sepanjang hidup). 📆
  6. Renovate rumah dan deko dengan bajet minima tapi ohsem. 📆
  7. Beli rumah satu lagi untuk disewakan (5 tahun akan datang). 📆
  8. Tambah anak lagi 2 orang cukup la. Eh. 📆
  9. Nak turunkan berat badan secara sihat. Kawal pemakanan dan senaman. (Dah mulakan ni). 📆
  10. Apa lagi eh. Oh ye nak rajin masak kat rumah, kurangkan makan di kedai. Hikhik. 📆


Apa wishlist korang pulak? 








Wednesday, November 29, 2017

Random Pics



Cer teka di mana gambar ni diambil...


















Majlis Bertandang Naim & Myra

20.03.2017, Sabtu.
Entry majlis bertandang dimulai dengan gambar pengantin. Hehe.. Ok ni majlis sebelah lelaki pulak (rumah aku lerr tu). Ingatkan dah habes post pasal wedding Naim. Sekali tertengok gambar, eh ada la majlis bertandang haritu. So up dulu la yang ni. 


Tema color baju family kalini kuning kehijauan. Tapi biasa la cacamerba jugak. Pakai jer mana yang ada. Cuaca haritu memang panas terik ya amat. Berdesing kepala dengan berlengas nya hari kenduri tu. Kulit muka pulak tengah fasa breakout. Pedih ya ampun. 

Khemah lelaki kat depan, khemah pempuan belakang

Aku jaga bahagian doorgift. Dah siap2 tu tunggu jemputan datang. Paling takde mood sebab muka tengah teruk. Nak jumpa orang pun segan. Mak pulak suruh jaga sini. Terpaksa la. 


Abah jadi penyambut tetamu.


Rombongan pengantin pempuan sampai pukul 12 lebih. Mak dah cakap jangan siap lambat sangat ramai nak tengok pengantin nanti. Ye la pukul 12 tu memang lunch hour so dah ramai la tengah makan. 





Tengah2 jalan boleh pulak telur jatuh tergolek. Haha. Bunga telur sekarang tak macam dulu. Yang adik Iman kawen ni pun aku siapkan bunga telur boleh kata lebih 10 yang tak lekat elok. Sarung telur tu mudah tercabut sampai kan kena selotep balik lekat kat pokok dia. Leceh. Masa aku kawen dulu, telur letak dalam sarang burung, senang. Tak payah nak ikat2 sarung telur ke ape. Pandai2 la ko pegang jangan bagi tergolek. Kihkih. 

Rombongan pengantin pempuan dari Batang Kali.

Terus ke meja makan beradap. 





Boleh pulak takde orang layan rombongan masa ni. Sepatutnya orang katering tu yang kena sendukkan nasi ape semua. Ini diorang menghilang ke mana. Aku kat meja doorgift terjerit2 mana orang nak layan diorang makan ni. Sakit hati rasa. 

Dah la speaker kuat kat tepi tu, terpekik2 aku panggil. Lantak la orang nak cakap ape. Dah ko patutnya jaga situ, buat la elok2. Sampai aku mintak tolong makcik sedara sendukkan nasik. Masing2 dah diberi kerja so takkan kita nak berlari sana sini. Betol2 menyirap haritu. Mak aku tak tau ni masa kejadian ni, lepas dah habes kenduri baru aku cerita. Sebab masa tu mak pun busy melayan tetamu. 

Rupanya orang katering tu pegi belakang siapkan lauk lagi. Ya ampun. Orang dah sampai ko belum siap hidang lagi. Ape benda la. 

Dah lama menunggu nak makan, kesian diorang.

Bekas nasi je ada, nasi nya takde. Kalau tak dah layan diri je. Takkan tetamu nak masuk dalam amik nasi pulak kan.


Pose paling mengancam. Auwww!


Hasben dah awal2 tukar baju. Panas melekit katanya. Tu yang berkain pelikat aje. Beranginnn.. 


Malam esoknya buat makan2 family kat rumah. BBQ n steambot. Satay tu beli kat kedai pastu panaskan. Hehe. Bahan2 steambot tu pun beli jugak yang dalam peket. Kuah tomyam je mak buat. Memang sedap. 



Budak dua orang ni memang mak tok selalu beli baju sama. Maklum lah cucu laki dua orang tu je baru. 

Cubaan nak buat 'peace'. Kemain lama menunggu nak snap. Kihkih. 

Finally, satu jari ke yang keluar. Pun boleee...

Zill Firas & Adam Rizqi. Cucu kesayangan tok dan tokwan. 

Sekian saja cerita majlis bertandang. Officially, aku dah ada 2 orang adik ipar. Sorang lagi bakal menyusul. 

Monday, November 27, 2017

Wedding Naim & Myra



Tahun ni saja ada dua big wedding dalam family aku. Adik Naim bulan 3 haritu. Adik Iman bulan 11 ni. Penat mengulang KL-Kedah. Setahun pat kali balik campur raya puasa haritu. Pheww (lap peluh). Cuti aku dah habes start August haritu lagi. Kira unpaid dah ni. Demi adik2 yang nak berumah tangga ku gagahi jua.

Adik Naim dapat orang Batang Kali, Selangor. Kenal masa dia kerja part time kat 7 Eleven Rawang lepas SPM dulu. Dok rumah cousin (sebelah abah) sebab nak kerja sana. Jauh no jodoh sampai ke sana. Kehkeh.

Menunggu saat jadi isteri Naim.

Nikah 11.12.2016, Ahad. Rombongan family aku dah sampai dari Kedah sehari sebelum tu. Stay kat homestay area rumah Myra jugak. Aku gerak ke sana pagi Ahad tu terus ke masjid. Dah la sampai lambat kelam kabut tak sempat tukar baju. Baju nak pakai masa nikah tu ada kat mak aku, bawak dari Kedah nun sebab jahit kat sana. Sekali tak sempat tukar. Hurmm.. Merasa la pakai blaus dengan seluar je. Pun boleee.

Pandai mak aku pilih background gambo. Inilah baju yang tak sempat dipakai tu. 

Dengan sekali lafaz, sah jadi suami isteri.

Tak sangka dah kawen hang Im. Sob sob.. Adik aku belum dapat posting mana2 lagi masa ni. Lepas habes study tu, kerja temporary kat UUM. Jaga stor sukan. Myra dok umah mak aku. Nak dekat tarikh kawen tu dia resign dari Ar Rahnu Pos Malaysia. Tapi rasanya dia ada kerja butik kot sambil2 tu. Bulan 3 baru Naim dapat posting kat HKL sebagai MA.

Left-Right : Adik Iman. Husband. Adik Nazmi. Adik Naim. Myra. Mak. Aku. Syifak.

Selesai akad nikah, semua rombongan lelaki ke rumah Myra ada jamuan makan. Then kitorang ke homestay rehat. Esoknya ke rumah Myra untuk majlis persandingan pulak. Jalan kaki je ke sana tak jauh.

Lepak2 homestay pun boring jugak. Tunggu petang sikit keluar jalan2 area Batang Kali. Pegi pasar malam je. Takde ape pun yang best. Kat area situ ada la Econsave tapi malas nak ke sana. Balik homestay tido.

Eh sebelum keluar ke pasar malam tu singgah rumah Myra. Diorang masak soto. Sedapnya makan time hujan2 tu. Pagi esoknya siap2 ke majlis sanding.

Begambo depan homestay dulu.

Rombongan lelaki ramai dari sedara sebelah abah sebab diorang tinggal area Rawang tu je. Kawan2 Naim pun ramai yang datang dari Kedah nun. Sama2 berarak ke rumah Myra. Syok rasa.



Menunggu pengantin Myra bersiap lama. Hehe.. Touch up tak habes lagi so beratur dulu. Cuaca redup je tak berbahang sangat.

Pelamin agak meriah jugak bagi aku. Lawa la. Secantik pengantinnya. Eceh.

Bagai pinang dibelah dua.

Adik beradik. 

Menyelit nak begambo. 

Lepas makan2 amik gambo semua, aku n mak terus balik homestay. Nak berbaring sebab dah kenyang. Haha. Tunggu petang sikit aku gerak balik KL sebab Selasa dah kerja. Mak dengan adik2 masih stay situ lagi satu malam. Hari Selasa baru diorang gerak balik Kedah. Sempat lagi menyinggah Zoo Taiping. Ada anak adik aku tu, Firas syok la boleh pi zoo.

Tu saja cerita wedding adik aku, Naim. Next entry wedding adik Iman pulak.

Thursday, November 2, 2017

Sembang Anak Beranak.

Semalam lepas maghrib, berbual bual dengan Adam dan hasben. Macam biasa aku suka jadikan rutin untuk berbual sekejap dengan diorang walau badan penat sekalipun. Tak kisah la cerita pasal apa pun asalkan berbual.

Adam macam biasa akan cerita hal kat tadika, hal kat rumah pengasuh, hal mainan dia dan apa2 la yang dia nak cerita. Hasben pulak memang takkan cerita pasal kerja sebab dia taknak bawak hal office ke rumah. Itu stail dia. Biar habes kat office saje. Apa yang selalu dia cerita hal gadget, hal games takpun hal family. Stail aku pulak melangkah keluar office tak sampai 10 langkah aku dah membebel dengan dia stress apa yang dah lalui haritu. Haha. 

Antara intipati cerita berbual semalam; aku nak berbowling dengan kawan2 office.

Ummi : Kawan office ummi ajak main bowling minggu depan. Adam nak ikut ke? Atau nak duduk dengan daddy?
Adam : Ummi wakil Sukan SEA ke?
(Kembang kempis hidung laki bini menahan gelak)
Ummi : Takla, ni wakil office je. Nak ikut tak?
Adam : Nak ikut la ummi. Daddy takpe dah besar boleh jaga diri, Adam kecik lagi kan ummi.
( Tak boleh tahan terus tergelak besar)
Ummi : Yela tu. So nak ikut la ni. Nanti jangan buat perangai pulak.
Adam : Ok ummi, Adam kan good boy.


Hasben aku okay je. Tak nak pulak dia mengikut ke sana. i tak kisah asalkan u hantar and amik kitorang ye. Hihi..  



Wednesday, October 18, 2017

Tips Pilih Bank Terbaik untuk Pinjaman Rumah


Aku share kat sini sebab senang nak refer balik nanti.


Credit: FB Harith Faisal

Kalau kau kali pertama nak beli rumah, normal-lah kau tak tahu pasal hal ehwal bank kan. Soalan yang selalu ada dalam kepala kau, "Bank apa yang bagi interest paling rendah ye?"

Kalau kau nak tau, orang pilih pembiayaan dan pinjaman rumah bukan tengok kadar interest yang paling rendah semata-mata. Banyak lagi benda lain yang kau kena tau.

Nah! Saya belanja 6 benda yang perlu kau tengok masa nak pilih pakej pembiayaan yang sesuai untuk rumah kau. Ada lagi beberapa poin lain, tapi kalau dapat 6 ni dah kira cukuplah.
.
.
#1_Tempoh_pembiayaan_maksimum

Kalau muda-muda lagi, boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. Pilih yang maksimum supaya bayar balik bulanan jadi rendah.

Kadar sewa nanti boleh menampung bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif.

Inilah salah satu sebab yang bagi saya motivasi untuk beli rumah banyak-banyak masa muda. Kau apa tau? Haha.

Kalau umur 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. Cara kiranya macam ni, 70 – 40 = 30.
.
.
#2_Kadar_untung_bank_rendah

Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar balik bulanan mestilah lagi rendah.

Ada bank yang pakai kiraan “lagi mahal harga rumah, lagi rendah keuntungan bank”. Tapi masih ambil kira skoring dari banker.

Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank tu akan tinggi jugak. Jadi, pastikan jaga profail kewangan kau betul-betul kalau nak rate rendah.

Bagi saya, selagi bayaran bulanannya dapat cover ansuran bulanan rumah tu, saya sebat je walaupun kadar keuntungan bank agak tinggi.

Iyalah, bukan kita yang bayar pun kan. Penyewa yang bayarkan. Janji, lulus cepat.
.
.
#3_Tiada_lock_in_period

Biasanya pembiayaan Islamik memang takda lock in period. Jadi, takda halangan daripada pihak bank untuk kita jual semula rumah kita tu bila-bila masa yang kita nak.

Contohnya kalau kita ambil pakej yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank.

Pakej yang takda lock in period sesuai untuk flipper. Maksudnya dia beli rumah harga murah, biasanya daripada pasaran lelong. Kemudian, dia cantikkan rumah tu. Beberapa bulan lepas tu, dia jual balik pada harga market value.

Tapi, kalau kau nak duduk sendiri rumah tu, tak payah kisah sangatlah pasal lock in period ni. Kau memang nak duduk sampai habis nyawa kan.
.
.
#4_Fleksibel

Ada jenis term, semi fleksibel dan fleksibel. Fleksibel yang paling best!! Sebab kalau kita ada duit lebih tak tau nak buat apa dah, kita boleh bayar lebih kepada bank untuk tolak prinsipal. Lagi cepatlah kau dapat habiskan hutang tu.

Tapi, kalau kau takda tunai yang banyak, tak guna pun kau beriya nak yang jenis fleksibel ni. Memang tak guna.
.
.
#5_Margin_maksimum

Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan bagi 90% margin of financing (MOF). Baki lagi 10% kena sediakan sendirilah. Tapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita.

Kalau kita high risk applicant, komitmen sedia ada pun dah tinggi, nak beli rumah yang mahal tak sesuai dengan kelayakan, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan kena tolak.

Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum.

Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk dapatkan 100% MOF.

Jangan lupa, cari juga bank yang boleh bagi tambahan pembiayaan 5% untuk kos yuran guaman, yuran penilaian hartanah dan MRTT.

Jadi, tak payahlah kau guna modal yang tinggi untuk beli rumah tu nanti.
.
.
#6_Pembiayaan_islamik

WAJIB!!

Tak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam MESTI ambil pembiayaan Islamik lah berbanding pinjaman konvensional tu. Dah sah-sah riba'.

Sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, kalau ada pilihan, kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah, kan. Wajib tau.
.
.
Pilih yang terbaik.

Sejujurnya memang susah nak dapat pakej yang menepati semua 6 poin di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah.
.
.
#Tip_BONUS

Saya akan mohon pembiayaan kat 2-3 bank yang lain-lain. Risau juga kalau berharap sangat kat satu bank je. Kalau tak lepas bank tu, at least ada back up daripada bank yang lain.

Selain tu, tujuannya supaya saya dapat pilih bank yang boleh bagi pakej terbaik ikut citarasa dan matlamat pelaburan saya.

Benda ni tak terpakai untuk kau cari pasangan hidup ya. Jangan kau dating sampai 2-3 orang sekaligus. Alasan, sebab nak cari yang terbaik. Terbaiklah sangat.

Tak baik tau mainkan hati dan perasaan orang lain. Kalau dah suka kat seseorang tu, teruslah masuk meminang. Be gentleman sikit.

Bercinta lama-lama, habis duit dating kat KFC 500 kali, tengok movie sama-sama 200 kali, travel 50 kali, rupa-rupanya kau tolong jaga jodoh orang lain.

Haha! - HF


Tuesday, October 17, 2017

Farm In The City

Memikir la mana nak bawak Adam jalan2 hujung tahun lepas. Zoo dah boring. Pusing shoping mall pun takde faedah. Cakap je nak window shoping tapi mesti terbeli jugak lah. Niat tu nak bawak Adam tengok haiwan camne pun. Dia pun suka layan pasal haiwan2 ni kat youtube.
Macam kucing tu suka tapi jenis tak berani dekat. Berani acah2 kucing tu je. Hehe. 


Trip paling dekat dan berfaedah. Bagus jugak ni. Boleh bagi makan haiwan secara dekat. Zoo tak boleh kan. 

Mula2 takut nak bagi makanan, main hulur je dari jauh. Selepas 10 minit, baru okay. Mood membuas dah mai. 

Tu menunggu ikan ye, bukan menangkap ikan. Sampai ke sudah tak dapat kalau camtu. 

''Tak best la ummi ikan ni..kita tengok yang lain pulak la..''


Ni haiwan ape tak ingat. 


Tengok, berani tak daddy. Haha. 

Iguana ke tu ummi?...



The owl..


Ini pun aku tak tau nama ape. Kat situ ada la dia labelkan setiap haiwan tu. Anak2 sila baca dan hafal. Mak tak larat eh nak hafal. Kehkeh. 


Kelinci..atau bole disebut arnab atau englishnya rabbit. Haha..

Nah makan sampai kenyang. 

Susah nak jumpa yang saiz kecik. Semua besar gedabak. Terlebih makan sudah.


Ni bukan kambing. Tak dapat dikenal pasti haiwan ape. Muahaha..

Nah makan lagi.. Biar obesiti terus. 

Mak tak puas hati lagi bagi lagi makan.. Pandai2 la korang bersenam nanti..




Adam tanya, boleh duduk atas dia ke ummi? Jangan macam2 Adam, tu haiwan terpelihara kang pupus nanti. 

Nak keluar dari situ bagi lagi diorang ni makan. Nasib laaa.. 


Pegi time krismas, deko pun krismas la. Kat luar dah ni. 


Tamat la sudah pengembaraan bersama haiwan2. Hehe.. Budak-budak seronok la dapat explore benda2 baru camtu. Yela dok di bandar ni celah mana nak rasa pegang haiwan jinak camtu. Dalam masa yang sama kita dah develop keberanian dalam diri diorang. Eceh. 

Siap dapat sijil ko...

Harap bersabar tengok gambar ni. Aku pun tak tau kenapa dia taknak rotate. Lantak situ.