Friday, August 25, 2017

Jangan banyak complain.




Dulu awal 20an aku banyak membebel. Ada je benda tak kena kat mata aku.

Anak sepahkan ruang tamu tak kemas balik, aku membebel.

Anak makan bersepah, aku membebel.  


Laki tolong basuhkan baju tapi tak asing baju seluar main campak semua skali, aku membebel. 


Laki sidai baju tapi lengan baju tak dikeluarnya bergulung kat dalam, aku membebel.


Laki tolong basuhkan pinggan tapi pinggan masih ada kesan minyak, aku membebel.


Laki lepas makan pinggan tak bawak ke sinki, aku membebel. 


And the list goes on...

Ko tengok, memang tak reti bersyukur aku ni. Bila dah makin berumur, eh tukar sikit.. Bila dah makin berpengalaman ni aku cuba buka mata hati luas2. Belajar terima hakikat yang kita ni pun tak sempurna mana.

Lagi banyak ko pikir, lagi banyak la yang tak kena kat mata ko. Buat apa susah2 buang masa ko membebel je. Baik la ko pegi berzikir ke pegi amik wuduk baca Quran tu. Dapat la pahala. Hati pun sejuk tenang.

Aku dah belajar terima semua tu.
Sekurangnya bila husband ada effort nak tolong kita buat kerja rumah, kita bersyukur. Masih lagi dia nak buat boleh la kurangkan penat kita.
Tapi bila ko asyik membebel lagi bertambah penat.

Bersyukur ada anak depan mata kita, jadi peneman. Tu tengok orang lain yang belum rezeki anak, sunyi je rumah teringin nak ada anak. Kita ni ada anak tapi masih membebel tak habes2. Dengar suara ko je tau kat flat tu.

Takpe biarkan. Jangan complain.


Sekarang masuk 3 series ni.. Aku dah makin cool. Belajar bersabar dan belajar tolak ansur.

Anak sepahkan ruang tamu tak kemas balik -----> Takpe, cakap ulang2 sampai dia bole kemas sendiri lepas main. Cakap main point saje tak payah meleret ke topik lain. Anak tak paham.

Anak makan bersepah ----->  Ni pun sama cakap ulang2 jugak. Main point sahaja.


Laki tolong basuhkan baju tapi tak asing baju seluar main campak semua skali -----> Takpe, asalkan aku ada baju nak dipakai esok hari cukup dah. 


Laki sidai baju tapi lengan baju tak dikeluarnya bergulung kat dalam -----> Takpe, janji baju tu kering tak berbau hapak jadila. Nak pakai nanti iron je. 


Laki tolong basuhkan pinggan tapi pinggan masih ada kesan minyak -----> Takpe, amik nak makan nanti aku basuhkan balik. Setel. Janji sinki kosong tak berlonggok pinggan mangkuk sudah.

Laki lepas makan pinggan tak bawak ke sinki -----> Sekarang kita tak membebel tau pulak bawak ke dapur. Haha..





Kadang terpikir tak penat ke dulu asyik membebel mengalahkan makcik2. Masa tu memang ko takkan ingat ape dah, janji boleh melepas amarah kat orang lain, puas la hati ko kan. Tak gitu?

Wednesday, August 23, 2017

Air Terjun legend kat Kuala Nerang




Balik Kedah raya puasa haritu sempat singgah kat sini. Seingat aku last datang sini adalah 10 tahun lepas rasanya. Memang dah lama pun.

Time kecik2 ni la port melepak hujung minggu dengan family. Mak masak bihun goreng, sandwich, nasi panas2, ayam masak kicap.. uiiii standard lauk piknik la beb 😝😝

Sekarang ni tengok macam dah jadi tempat tinggalan je. Masih bersih tapi tak semeriah dulu.



Tempat legend ~ Puncak Janing






Keindahan alam





Tuesday, August 22, 2017

Family Day ~ PNB Ilham Resort PD

Entah kenapa tetiba teringat kawan2 lama masa bekerja di Maybank dulu. Kenangan dan ikatan persahabatan yang tak akan dilupakan sampai bila2.

Masa ni Adam baru 7 bulan.  Gerak pagi dari rumah, sarapan di tepi jalan area PD je. Check-in pukul 3pm, dapat unit yang 3 bilik. Stay dengan family Kak Yus dan Kak Anira.

Sempat relax2 dulu sebelum acara bermula. Pool pun bersih je.


Adam suka air sampai tertido la dalam pool tu


Sabar ye Adam satgi kita terjun

Aktiviti buat kat tepi pantai. Macam biasa aku pemalas nak join. Haha.. Yang penting sorak dari jauh tau. Ok la tu 😇

Family Kak Farah

Orang berpeluh2 main games ko boleh sedap mengipas. Kemain sangat

Eh Adam tu tak payah la mengipas, biar lemak2 cair sikit. Haha


Yeah it's my turn, ummi!

Tuuu jela koje si Adam. Lapo memanjang. 

Games dah habes balik bilik tukar baju nak terjun pool pulak. yeehaaa.. 

Naik ikan jaws la cepat sikit sampai ummi

Malam tu ada BBQ and exchange gift. Lepas makan kejap terus balik bilik tak tunggu habes pun mata dah rabak giller. Yang dalam paper bag tu doorgift family day. Satu lagi dari exchange gift.

Next day takde aktiviti dah. Boleh la nak repeat berendam pool lagi.. Makanan kat sini so far ok la.. Macam biasa sedap dan tempat pun bersih. 



Breakfast dulu sebelum berendam

Dah aim nak makan ape.

Ermmm dapnye..Sejenis suka simpan makanan kat pipi. 

Nak check-out sudah. sob sob.. bila lagi dapat gather macam ni.. Aku baru resign kot masa ni. Tak ingat dah.

From left : Kak Anira, Kak Wan, Me and Adam, Kak Farah and Tiara

Daddy, Adam, Ummi

Geng2 otai ofis yang plan ni semua. Best sangat momen gathering ni. Beruntung dapat kawan2 ofis yang baik dan 'satu kepala'. Tapi rezeki dapat kerja sebumbung untuk 3 tahun saje.

Tarikh : 24 May - 25 May 2013
Lokasi : PNB Ilham Resort
Batu 10, Tanjung Biru,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia 

Much Love 💗💗💗

Monday, August 21, 2017

Photoday

Hai semua.

Harini takdak pa nak tulih. Nak share gambaq saja. Hangpa tengok jela 😄

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Suka sangat melentok kat daddy. Dulu bambam sekarang kurus sudaaa 😂


Kat hospital masa ni, Adam cirit birit muntah.

Daddy paling garang nak compare dengan ummi, tapi ape2 Adam cari daddy dulu..hehe..Kalau daddy outstation, mengigau la tido malam.

Thursday, August 17, 2017

Adik Naim & Myra Bertunang

Salam.

Entry dah lama dalam draft tapi baru siap mengarang. Adik aku Naim bertunang dengan orang Batang Kali, Selangor (2 May 2015).









Gerak dari rumah pukul 9 pagi then jumpa dengan family aku dari Kedah di meet up point tol Rawang. Kitorang singgah masjid sebelum sampai Batang Kali untuk rehat sekejap - makan bekal mak bawa bihun goreng, kek coklat (mak2 memang suka bawa bekal kalau jalan jauh) macam pegi picnic tu, solat Jamak dan berkumpul dengan sedara sebelah abah yang duduk Rawang.





Sambil menunggu semua berkumpul haruslah selfie dulu kennn...

Sampai je rumah Myra, terus berkumpul dalam rumah dan majlis terus mula. Nak cepat2 sebab semua dah lapar. Bincang tarikh nikah katanya nak ikat setahun sebab adik aku masih belajar untuk jadi pembantu perubatan di Seremban. Tamat belajar bulan June 2016 dan sempat la dia kerja sekejap kumpul duit dan nikah bulan Disember 2016.









Simple je pelamin tapi nampak fresh dan cantik





Inila cik Myra. Comel kecik molek je




Mak i malu2 kucing nak sarung cincin. Ada ke dia suruh aku yang pi sarung cincin. Haha





Diapit mak dan bakal mak mertua. 




Dengan ayah dan bakal ayah mertua pulak.




Nenek Myra





Alhamdulillah dah selesai. Senyum lebar nampak adik i. Tunang je ok, belum nikah.


Kami dijemput makan kat khemah luar. Sekali tengok menu ya ampun sedap yakmat. Menu kampung ada sambal petai, ulam sambal belacan, masak lemak cili api..adudu tak tahan i. Dua pinggan pegi..haha..

Dah selesai majlis, mak tido umah aku dengan adik2. Esok pagi baru diorang gerak balik Kedah. Tak sempat nak jalan2 pun sebab masing2 dah penat.

Majlis nikah nanti bulan Disember kat sini juga. Harap semua berjalan lancar.

Tahniah dan take care dik Naim!