Thursday, August 17, 2017

Adik Naim & Myra Bertunang

Salam.

Entry dah lama dalam draft tapi baru siap mengarang. Adik aku Naim bertunang dengan orang Batang Kali, Selangor (2 May 2015).









Gerak dari rumah pukul 9 pagi then jumpa dengan family aku dari Kedah di meet up point tol Rawang. Kitorang singgah masjid sebelum sampai Batang Kali untuk rehat sekejap - makan bekal mak bawa bihun goreng, kek coklat (mak2 memang suka bawa bekal kalau jalan jauh) macam pegi picnic tu, solat Jamak dan berkumpul dengan sedara sebelah abah yang duduk Rawang.





Sambil menunggu semua berkumpul haruslah selfie dulu kennn...

Sampai je rumah Myra, terus berkumpul dalam rumah dan majlis terus mula. Nak cepat2 sebab semua dah lapar. Bincang tarikh nikah katanya nak ikat setahun sebab adik aku masih belajar untuk jadi pembantu perubatan di Seremban. Tamat belajar bulan June 2016 dan sempat la dia kerja sekejap kumpul duit dan nikah bulan Disember 2016.









Simple je pelamin tapi nampak fresh dan cantik





Inila cik Myra. Comel kecik molek je




Mak i malu2 kucing nak sarung cincin. Ada ke dia suruh aku yang pi sarung cincin. Haha





Diapit mak dan bakal mak mertua. 




Dengan ayah dan bakal ayah mertua pulak.




Nenek Myra





Alhamdulillah dah selesai. Senyum lebar nampak adik i. Tunang je ok, belum nikah.


Kami dijemput makan kat khemah luar. Sekali tengok menu ya ampun sedap yakmat. Menu kampung ada sambal petai, ulam sambal belacan, masak lemak cili api..adudu tak tahan i. Dua pinggan pegi..haha..

Dah selesai majlis, mak tido umah aku dengan adik2. Esok pagi baru diorang gerak balik Kedah. Tak sempat nak jalan2 pun sebab masing2 dah penat.

Majlis nikah nanti bulan Disember kat sini juga. Harap semua berjalan lancar.

Tahniah dan take care dik Naim!



No comments:

Post a Comment