Jangan banyak complain.




Dulu awal 20an aku banyak membebel. Ada je benda tak kena kat mata aku.

Anak sepahkan ruang tamu tak kemas balik, aku membebel.

Anak makan bersepah, aku membebel.  


Laki tolong basuhkan baju tapi tak asing baju seluar main campak semua skali, aku membebel. 


Laki sidai baju tapi lengan baju tak dikeluarnya bergulung kat dalam, aku membebel.


Laki tolong basuhkan pinggan tapi pinggan masih ada kesan minyak, aku membebel.


Laki lepas makan pinggan tak bawak ke sinki, aku membebel. 


And the list goes on...

Ko tengok, memang tak reti bersyukur aku ni. Bila dah makin berumur, eh tukar sikit.. Bila dah makin berpengalaman ni aku cuba buka mata hati luas2. Belajar terima hakikat yang kita ni pun tak sempurna mana.

Lagi banyak ko pikir, lagi banyak la yang tak kena kat mata ko. Buat apa susah2 buang masa ko membebel je. Baik la ko pegi berzikir ke pegi amik wuduk baca Quran tu. Dapat la pahala. Hati pun sejuk tenang.

Aku dah belajar terima semua tu.
Sekurangnya bila husband ada effort nak tolong kita buat kerja rumah, kita bersyukur. Masih lagi dia nak buat boleh la kurangkan penat kita.
Tapi bila ko asyik membebel lagi bertambah penat.

Bersyukur ada anak depan mata kita, jadi peneman. Tu tengok orang lain yang belum rezeki anak, sunyi je rumah teringin nak ada anak. Kita ni ada anak tapi masih membebel tak habes2. Dengar suara ko je tau kat flat tu.

Takpe biarkan. Jangan complain.


Sekarang masuk 3 series ni.. Aku dah makin cool. Belajar bersabar dan belajar tolak ansur.

Anak sepahkan ruang tamu tak kemas balik -----> Takpe, cakap ulang2 sampai dia bole kemas sendiri lepas main. Cakap main point saje tak payah meleret ke topik lain. Anak tak paham.

Anak makan bersepah ----->  Ni pun sama cakap ulang2 jugak. Main point sahaja.


Laki tolong basuhkan baju tapi tak asing baju seluar main campak semua skali -----> Takpe, asalkan aku ada baju nak dipakai esok hari cukup dah. 


Laki sidai baju tapi lengan baju tak dikeluarnya bergulung kat dalam -----> Takpe, janji baju tu kering tak berbau hapak jadila. Nak pakai nanti iron je. 


Laki tolong basuhkan pinggan tapi pinggan masih ada kesan minyak -----> Takpe, amik nak makan nanti aku basuhkan balik. Setel. Janji sinki kosong tak berlonggok pinggan mangkuk sudah.

Laki lepas makan pinggan tak bawak ke sinki -----> Sekarang kita tak membebel tau pulak bawak ke dapur. Haha..





Kadang terpikir tak penat ke dulu asyik membebel mengalahkan makcik2. Masa tu memang ko takkan ingat ape dah, janji boleh melepas amarah kat orang lain, puas la hati ko kan. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment