New Friends

Tuesday, September 12, 2017

Cendol Durian



Balik dari Muar raya haji haritu lalu hiway LEKAS. Dia malas nak mengadap jem kalau lalu hiway PLUS.
Sebenarnya aku dah cakap nak singgah gerai coconut shake sedap yang ada payung merah Walls tu. Suruh la dia slow sikit aku nak ushar2 kang terlepas nanti susah nak pusing balik. Sekali kau terlepas jugak haa.. Aku dah bengang ni. Tengah panas2 ni cari pasal betol la.
Tapi takpe aku teruskan ushar lagi mana tau ada gerai lain ke. Tak sedap pun bedal la janji nama dia coconut shake.

Lepas traffic light ke berapa entah dalam senawang tu belah kiri nampak signboard gambar durian 300 meter. Aku pun "slow2 bang..nampak macam ada gerai durian.."  Mood aku ke arah durian pulak. Dia pun belok kiri nampak gerai cendol.. wah wah wah.. yang dah lepas jangan dikenang, mari kita kenduri cendol pulak. En Qudeen buat keputusan yang bijak bila dia lalu LEKAS kalini. haha..

Nama gerai tu Maha Cendol, masuk je situ staff semua greet kitorang.. "Hai Selamat Datang" pastu belum sempat duduk dia dah tercongok kat meja nak amik order. Bagus servis diorang ni. Macam ni la kita nak. Selama ni ingat kedai mamak je yang servis bagus.

Aku sorang order cendol durian, dua orang tu ofkos la cendol biasa je. Laki aku makan durian tapi jenis yang tak suka durian yang campur dengan ape2 makanan lain. Nak makan durian makan durian je. Gituuu.. Si Adam tu makan durian jugak tapi takde mood kot nak tido dalam kete tadi tetiba aku ajak minum cendol pulak.






Sabar jela tengok ni.. sekarang tengah update ni teringat ingat lagi. Isi durian dia.. umphhh sedap sangat. 


Rojak tu mula2 order satu je, tu pun En Qudeen yang order. Dia kata sedap, aku pun lincah la order lagi satu.. hehe
Aku nak makan nasi ayam tapi habes pulak. Amboi banyak betol ko nak melantak. Kalau perut boleh cakap, dah menjerit mintak tolong tu.

Total makan semua tu lebih kurang RM18. Yang penting sedap dan banyak. Lepas makan teruskan perjalanan ke KL. Dan aku macam biasa masuk kete je, tido kekenyangan dalam kepuasan di belakang.

Mendapat dah aku cendol durian sedap. Puas hati.
Dah 3 tempat makan cendol yang tak sedap kat tekak aku ni. Dua tempat kat BTS satu lagi kat Sg Besi.






No comments:

Post a Comment