Hal Sekolah


Pening dibuatnya bila nak daftar tadika and sekolah rendah Adam tak setel2 lagi.
Banyak cuti dah terbazir dengan time off nya lagi.
Yang jadi lama tu bukan ape, berurusan dengan orang yang bagi info tak tepat mula2 cakap dokumen ni tak perlu then bila datang nak pulak dokumen tu. Haih pening!

Ok nak cite hal sekolah rendah dulu.
Yang lahir 2012 kena daftar dah tahun ni untuk sesi sekolah tahun satu 2018/2019.
Bulan 4 haritu aku terus daftar manual pi sekolah bawak borang yang dia bagi - actually borang tu amik dari pengasuh dia tolong amikkan dari sekolah sini.

Bawak dokumen semua yang dia nak, dah ada checklist dalam borang tu.
  1. Surat beranak
  2. IC ibubapa
  3. Sijil nikah
  4. Bil atas nama ibubapa - so aku amik bil telefon sebab bil air letrik nama owner rumah
  5. Sampul putih 4' x 9'
  6. Setem 80sen 
Dah daftar kat sekolah, dia cop kat belakang surat beranak asal tu, letak no giliran dengan no daftar. So aku ingat dah setel.
Masa datang daftar ni pun dah amik cuti. 

Then, tetiba sebulan lepas tu sekolah tu call suruh daftar online pulak. 
Masa ni memang dah tutup pun tarikh daftar online. 
Kecoh jugak pasal daftar online ni, aku tanya2 la jugak kawan2 ofis.
Kebanyakan cakap dah daftar manual kat sekolah buat apa nak daftar online lagi. 
Tu yang aku senyap je. Tup tup sekolah call suruh daftar online pulak. Dah siap online, kena print and bawak ke sekolah sekali dengan photocopy sijil nikah and jadual imunisasi. 
Hurmm..haritu aku dah bagi sijil nikah kenapa nak lagi.. adoiiii

Aku pun isi online semua, part yang paling teruk kena isi adalah jadual imunisasi. 
Banyak giler date kena isi. Pening aku. 2 hari baru setel tau part ni. Slow2 aku buat. 
Dah tu siap print, fotostet sijil nikah dengan jadual imunisasi dari buku rekod check up Adam.
Amik cuti lagi nak pi hantar benda lah tu.

Dalam masa nak ke sana tu, dalam group Whatsapp rumah baru aku tu diorang cakap. Rumah bakal siap 1st quarter next year. Uihhh first thing aku pikir is sekolah Adam. Camne ni. Ingat siap November 2018 so ada masa untuk tukar sekolah dia ke Selangor. 
Kalau dah siap cepat, nak pindah cepat2 dok sana malas la nak urus hal kat sekolah sini pulak.

Lagi satu risau sekolah Selangor dah full pulak kalau aku lambat daftar. 
So kitorang decided, cancel sekolah sini and daftar sekolah Selangor terus. 
Bila dah decide nak cancel, ingatkan pegi sekolah KL tu terus cancel la. 
Rupanya dia nak kita submit jugak dokumen lengkap yang print online semua tu then dia akan cancelkan dalam online. 
Lepas dia dah cancel baru kita boleh apply online untuk sekolah Selangor tu pulak. 

Ok takpe aku pegi sekolah KL submit je print online tu then mintak dia cancelkan. 
Kalini aku time off dengan En Qudeen. 
Paham jela bila dah pegi dengan dia, jenis kalut semacam semua nak suruh aku cepat2. 

Aku bawak dokumen yang dia nak je, surat beranak asal aku tinggal kat rumah. 
Sekali dia nak pulak sebab nak cop cancel kat belakang surat beranak tu.
Aku dah bengang ni.. Tapi silap sendiri jugak dah kenapa tak bawak je semua benda penting camtu. 
Nasib la rumah dekat je dengan sekolah. Lari balik amik jap.  
Panas betol haritu balik rumah jalan kaki. Tambah dengan panas hati ni lagi la kan. 
Berpeloh oii muka aku.

Lepas dah setel semua, singgah minum cendol jap dengan tapau nasi ayam kunyit kat situ. 
Aku makan kat ofis je. 
Dia bukannya nak makan sekali. Nak cepat2 masuk ofis balik takut jem. Yelaaa bang...

Ni aku dah isi online untuk sekolah Selangor pulak. 
Siap lama dah tapi belum ada masa nak ke sana hantar dokumen dengan borang ni. 
Tak kuasa betol nak pegi sana. 
Tunggu la selit2 bila kena cuti baru pegi. 
Unpaid dah aku ni. Cuti dah lama habes bulan 7 haritu. 
Setahun 12 hari je AL aku. Kesian betol. Cuti raya je dah 4hari.. 

Now, hal tadika Adam pulak.
Minggu lepas amik borang untuk 6 tahun. Half day je aku cuti. 
Tadika under wilayah ni kena berebut. Tempat sikit je. 
Yuran sebulan RM20, register annually RM300++. Ok la untuk rakyat marhaen macam aku.
Macam tahun lepas untuk 5 tahun dia bukak 70 orang. Tahun ni 42 orang je sebab tak cukup cikgu. 
Selamat la anak aku.
Tahun ni takpe 6 tahun punya confirm dapat tempat dah.

Checklist dokumen tadika : 
  1. 2 keping gambar passport anak
  2. 2 copy surat beranak
  3. 2 copy MYKID
  4. 2 copy IC ibubapa
  5. 1 copy slip gaji ibubapa
  6. Sampul surat coklat 4' x 9', tulis alamat lengkap
  7. Setem RM1
  8. Bayar RM20
Kena submit 18hb ni. Kalini tak payah cuti la. Lari kejap time lunch pegi hantar. 

Tahun depan ni kalau rumah siap awal, nak kena cari tadika kat sana pulak. 
Tak survey lagi area sana.
Yang aku tau ada brainy bunch, genius aulad je, tu pun kat pekan. Jauh sikit dari rumah.
Mana nak cari pengasuh baru lagi.
Mana nak cari orang hantar ke sana lagi.
Pening memikir. 
Tunggu la free sikit baru start balik mencari. 

Harap dipermudahkan urusan bila pindah nanti. 

2 comments:

  1. dah terlepas la daftar anak sekolah.. dengarnya kalau terlepas boleh daftar tahun depan ye.. untuk anak 2012. huhu stress ni takut tak dapat sekolah dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih boleh daftar tahun ni, kes sy sekolah KL dah cancelkan dlm online n kena terus isi sekolah Selangor pulak. ni tunggu masa free nak g submit kat Selangor pulak.leceh kan..gud luck jgn stress masih ada masa hehe..

      Delete