Monday, September 18, 2017

Innalillah...


30 August lepas, paksu pergi meninggalkan kami.
Tiba2 dalam satu hari jatuh sakit.
Mak cerita kat aku sebab aku tak dapat balik tengok paksu.
Dia terjaga pagi tu dalam pukul 4am nak pi bilik air.
Lepas tu mengadu kat maksu dia berpeluh peluh teruk.
Sampai maksu kena lap badan dia. Peluh banyak.
Tiba2 muntah habis keluar semua makanan yang makan malam tadi.
Maksu kata banyak jugak dia makan malam tu.

Lepas dah muntah, terus pengsan tak sedarkan diri.
Then, masa tak sedarkan diri tu paksu boleh muntah lagi. Tanpa sedar.
Menangis aku dengar cite mak.
Kesiannya paksu. Berat betol ujian untuk keluarga dia.

Maksu terus panggil maktam yang dok belakang rumah je.
Then maktam call mak. Rumah mak sebelah rumah paksu.
Diorang adik beradik memang rumah sebelah2 je.
Nasib la mak letak henfon kat sebelah je. Biasa mak memang takkan dengar kalau orang call dia.
Mak terus pi rumah paksu dengan adik Iman.
Call ambulans bawak ke Hospital Kuala Nerang (HKN).
HKN refer ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebab paksu dah kritikal.
Brain dead.

Sedihnya la.
Mak ada cakap paksu memang ada penyakit darah tinggi dan kolestrol pun tinggi jugak.
Makan ubat pun tak tentu.
Dah lama stop makan ubat hospital and continue ubat amik dari klinik swasta.
Kata mak lagi paksu tak makan ubat ikut jadual.
Paksu tinggalkan 2 orang anak. Sorang lelaki, sorang perempuan.
Kecik2 lagi.
Sesungguhnya kehidupan akhirat adalah lebih baik untuk paksu.

...........................................................................................................................................

Khamis lepas, 14 September.
Tragedi pusat tahfiz yang menyayat hati.
Anak-anak syurga pergi meninggalkan kita.
Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa.
Bertambah sedih lagi, punca kejadian adalah sebab khianat.
7 remaja ditahan suspek kes kebakaran ni. 
Allahu.. Anak-anak muda kita.
Apa sudah jadi dengan anak muda sekarang?
Mengapa sanggup terlibat dalam perbuatan ganas yang membunuh ni???...

Aku pun ada anak. 
Anak amanah Allah. 
Apa peranan kita sebagai ibubapa..
Dah cukup ke laksanakan tanggungjawab mendidik, bagi kasih sayang, bagi sepenuh perhatian, bagi ilmu agama?
Biar anak jadi manusia..
Harap ambil iktibar dari tragedi ni.
Kepada keluarga mangsa, semoga tabah dan redha atas ketentuan ini.
Moga roh mereka dirahmati Allah SWT.
Al-Fatihah


...................................................................................................................................

11 September lepas, hari Isnin dapat berita Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat pada usia 89 tahun (1927-2017) di Istana Anak Bukit.
Jenazah Almarhum disemayamkan pada 12 September di Makam Diraja Langgar.
Sultan Kedah dah 2 kali jadi YDP Agong.
Aku tengok Sultan Kedah memang sultan yang berjiwa rakyat.
Al-Fatihah...




سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١ 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ 
ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) 
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) 
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) 
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

No comments:

Post a Comment