Tuesday, October 3, 2017

Oh My Cetaphil!

Dari zaman muda remaja aku memang ada masalah kulit. Jenis berminyak jerawat. Keluar period masa Form 1 jadi kulit muka pun dah start masalah. Hormon pempuan dah keluar. Habes tu sebelum ni bukan pempuan ke. Ahaha. Apa2 jelah.  

Makin teruk naik masa Form 2 ke Form 3. Dah la nak PMR, habes hilang keayuan (apa kena mengena dengan PMR entah). Iyela nak exam mesti melawa baru boleh study. Kahkah. Macam kan orang pandanggg. Eh tapi kan dulu aku memang hitam manis. Mana taknya sekolah menengah aku dulu sekolah baru. Pokok tak tumbuh banyak lagi. Matahari terik terus kena kulit muka.
Lagipun muka jenis senang berlubang bekas dari jerawat tu. Sekarang pun masih ada lagi. Pasrah.

Pastu dulu aku pakai Biore tak silap. Ke Johnson Clean n Clear tu. Entah lupa pulak. Tapi yang femes masa tu pencuci muka ni la.


Dulu2 pakai ni rasa dah cun sangat. Haha.

Masa sekolah menengah dengan kat matrik aku aktif sukan jugak. Sekolah menengah main hoki, kat matrik main tennis dengan skuasy. Wakil je tapi tak pernah menang. Sekali je kot dapat no 2. Lagi la teruk condition muka sebab peluh2 kadang tak cuci muka betol2. Dah tu krim pelembap ke krim apa2 pun tak pakai. Selebet giler dulu. Punya la tak amik port langsung pasal muka.

Dah tu lepas SPM muka aku masih macam tu. Tak berubah. Tapi takde pulak pikir nak pakai itu ini. Mungkin sebab nak beli skincare yang mahal2 tu takde duit. So pakai yang ada dijual kat kedai runcit je.

Masa kat Uni upgrade sikit pakai set Safi Hijau tu. Pencuci, krim pencerah tu dengan krim pelembap. Agak ok muka masa ni. Aku pun tak ingat bila masa jerawat semua hilang. Muka jadi elok pulak tapi bekas jerawat tu masih ada cuma nampak la cerah sikit. Haha.

Then, muka aku maintain ok sampai la dah kawen and Adam lahir, tahun 2012 aku masih pakai Safi. Tapi upgrade lagi ke Safi Rania.


Tak la semua aku pakai.

Dah 25 tahun kan. Nak awet muda. Hehe. Oh lupa aku pernah pakai Estee Lauder satu kali beli kat Sogo tapi sekali tu jela. Maintenance tinggi haha. Dulu keje kat Menara Maybank depan dia Mydin besar tu. Haruslah menyoping. Time lunch je tak sah kalau tak singgah Mydin. Seronok beli Safi Rania kat situ. Semua ada lengkap.

Tahun 2014 dah mula pakai produk yang jual kat kedai jamu tu. Sebab ada orang recommend, dia pakai kulit cantik giler. Aku pun terpengaruh. Padahal kulit aku dah ok masa tu. Cuma tak cukup cerah. Biasa la pempuan kan suka kulit putih melepak ni. Kalau boleh nak kulit nampak urat hijo tu baru win. Haha. Tak sedar diri kulit Melayu tu Melayu jugak. Aku pakai produk DNA** ni selama 2 tahun tau. Memang kulit bertambah elok.

Pastu aku tukar pakai produk FAN******** pulak. Tengah hot jugak masa tu. Kat kedai jamu takde jual, beli kat agen dia. Saje tukar sebab yang ni mahal sikit, so kononnya lagi elok. Padahal aku perasan jenis krim dia memang sama macam DNA** dulu.

Sampai la awal tahun 2017, aku nak cuba produk local organik. Masa ni dah banyak viral pasal krim timbang kilo (repack) ada bahan terlarang macam merkuri yang boleh rosakkan kulit. Tu yang buat aku nak stop produk skarang pakai ni.

Masa stop tu muka aku dah keluar tanda2 breakout. Aku abaikan dan terus pakai produk organik tu. Tak sampai 2 minggu bertambah teruk haa muka aku. Keluar jerawat besar2 gabak sampai tak cukup tempat diorang nak bertapak. Stress! Parut hitam toksah cakap la.. Penuh. Memang disaster habes muka aku. Pegi mana2 semua tegur muka aku. Siyes malu. Rasa nak bekurung dalam rumah je.

Sebulan aku masih teruskan pakai produk organik tu walaupun muka bertambah teruk. Masih bersabar.  Mungkin kulit nak keluarkan kotoran dalam yang dah lama sebab dulu ada pakai produk kedai jamu tu. Sekali merana! Bila dah makin teruk tandanya kulit ko memang tak sesuai la pakai tu. Sepatutnya aku rehatkan je kulit tak payah pakai apa2.

Kulit aku breakout tu bukan sebab produk organik tapi sebab pakai produk kilo dulu tu. Produk D dan F tu dah di banned antara produk yang ada merkuri. Color sama je macam yang timbang kilo tu. Fuh!

Produk organik tu aku dah bagi kat kawan aku sebab dia pakai ok. Then, aku pi satu klinik ni kat BTR. Minta ubat untuk muka aku sebab dah teruk sangat. Doc ni bagi Dalacin-T untuk rawat jerawat tu and dia suggest pakai cleanser Cetaphil. Cetaphil ni kena beli kat farmasi or Watson ada.

Buat masa tu aku hanya pakai 3 beradik ni je - Cetaphil, Dalacin-T and Mederma.

3 beradik yang berjasa.

Cetaphil - Tekstur cleanser ni takde buih langsung. Tak macam cleanser biasa. Mula2 akan rasa tak puas cuci muka tapi lama-lama akan biasa. Nak pakai tanpa air pun boleh. Now muka rasa bersih sangat dan lembut. 
Dalacin-T - Matikan jerawat dan tak tinggal parut hitam. Aku sesuai pakai ni, dalam 3 hari jerawat hilang tak tau pi mana. Bagus laaa.
Mederma - Kurangkan parut bekas dari breakout tu dan juga bekas jajahan yang berkurun lama ditinggalkan. Parut ketegaq tu.

Selama 3 bulan aku maintain pakai 3 beradik tu je. Memang parut dah pudar tapi jangan la ko zoom in 200% masih nampak la. Ekeke. So far aku berpuas hati bila muka dah lega.


Ni kali kedua aku beli yang besar terus. Mula2 dulu beli yang kecik 125ml tu. Mahal nau yang besar ni. Kat Watson biasa promo RM80++ untuk dua botol. Redeem point member card tu dapat la murah sikit. Hehe. Mahal pun tahan 3-4 bulan ni. 


Oh lupa pulak. Sebelum cuci muka make sure remove make up and segala kotoran dulu.
Jangan harap cleanser tu saje. Aku pakai yang botol pink. Untuk kulit sensitif. Memang best. 

Bila muka dah stabil, aku cuba pakai Pure Beauty Pink beli kat Watson. Aku beli toner, essence and blur cream je dulu. Just try tengok masuk ke tak.

Essence-Toner-Blur Cream as sunscreen.

Tapi 3 beradik tu aku masih continue. Tak tinggal. Jerawat ada jugak naik especially time period. Takpe aku letak Dalacin-T setel. Selama sebulan kulit aku getting better. Makin cerah dan halus lembut.

Aku beranikan diri pakai Laneige pulak sebab pikir produk Korea jugak kan macam Pure Beauty.

Botol pump tu essence, tone up cream, eye cream, water sleeping mask dengan mask sheet.


Beli sample kecik2 tu ok la tahan 2-3 bulan jugak. Sulwhasoo aku pakai malam. Sembur face mist dulu then pakai essential firming cream. Rasa kulit glowing dan tegang bila bangun pagi. Serius best. 

Ok inilah masanya aku nak up gambar muka disaster aku. The worst ever. Seram pun ada. Nasib la ada peluang kedua untukku. Huhuhu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Masa bulan 3/2017. Sebulan selepas berhenti pakai produk kedai jamu. Breakout teruk!

Start pakai 3 beradik tu. Cetaphil, Dalacin-T and Mederma.

Selepas sebulan, jerawat dah kecut tinggal parut pulak.

Selepas 6 bulan pakai Pure Beauty Pink.

Muka sekarang. Masih pakai Cetaphil + Pure Beauty + Laneige.

Walaupun tak flawless tapi kulit aku dah bersih. Itu pun aku dah bersyukur.
Bekas jerawat lubang2 tu tetap ada tapi takpe slow2 pakai serum untuk kurangkan penampakan 'lubang kawah' tu. Biar lambat asal selamat. Bukannya seminggu pakai terus licin muka kau. Tu mengundang bahaya.

Cukup la kena sekali, serik dah. Aku up entry ni atas pengalaman aku sendiri.
Itu sahaja. Takde kena mengena dengan sesiapa pun.

No comments:

Post a Comment