Monday, October 9, 2017

Wedding dan Jalan Jalan JB

Ni kira 2nd time ke JB. First dulu ke Legoland. Walaupun rumah mertua kat Muar tapi nak ke JB ni memang jauh sangat.

Gerak dari KL malam pukul 12 lebih. Hasben memang suka berjalan malam kalau travel jauh2. Aku pulak risau jalan malam2 ni takut mengantuk. Yela dia sorang je drive. Nak harap aku, jenis masuk kete belum gerak dah berdengkur kat belakang. Hihi.

Sampai JB (Kampung Melayu Majidee) pukul 6 pagi singgah umah Mak Nah, mandi solat rehat2 dulu. Dapat la tido yang betol2 selesa atas katil sekejap.

Pukul 10 siap2 nak ke majlis di Golf n Country Resort. Tak jauh dah dari rumah Mak Nah. Sampai je dewan si Adam buat hal. Nasib tak terjun pool kat tepi dewan tu. Menjerit semua orang yang tengah amik makanan. Anak sapa la ni.


Sebelum masuk dewan.




Sebelum pengantin sampai haruslah bergambar dulu.

Tetamu dah makin ramai.

Pengantin sampai kitorang dah siap makan. Dok relax2 je kat meja berborak dengan sedara mara.

Hajar & Aizz. Hajar ni anak Mak Nah. Kira sepupu sebelah hasben. 






Bila hasben whatsapp gambar2 ni baru aku perasan si Adam menyelit kat gambar diorang. Masa ni aku kat meja berborak. Hasben yang kesana sini amik gambar.
Yang pakai baju pink belakang Adam tu sebaya Adam. Kalau balik kampung memang itulah geng nya. Tu yang nak menyelit sekali tu.


Lagi 2 hari nak gi jemputan kawen Hajar baru kitorang book hotel. Hotel bajet saje. Dapat la Tune Hotel dekat je dengan Golf n Country Resort tu.

Environment Tune Hotel sangat best. Dekorasi hotel ni bajet ala mewah kekdahnya. Bagi aku ok la sekadar nak rehatkan badan. Setakat menginap satu malam boleh la.

Nasib ada TV, kecik pun jadiklahhh. 

Check toilet pulak ok ke tak. Bersih dan ada hos paip walaupun sempit. Muat sorang je untuk satu masa. Haha.


Tempat shower pun okay.

Beliau pun melonjak kegembiraan dapat tido hotel bajet.

Malam tu keluar cari makan. Hasben nak lepak JDT Cafe. Cafe ni sebelah stadium je. Gambar aku cari tak jumpa pulak save kat mana. Pinjam gambar mamat ni tengah bersembang. Situ la kitorang minum dan order french fries untuk Adam. Datang jauh2 order kentang je kooo... Haha.


Minum2 pastu meneman si Adam round dataran. Orang tak ramai pun.

Esoknya lepas check-out, cari tempat makan. Hasben ajak try kacang pool dengan mee rebus.

Ais jagung, ais frutti dengan kacang pool sedap.



Mee rebus aku order tak sedap. Rasa dia pelik. Sedap lagi mee rebus Sg Besi.

Lepas makan terus gerak balik ke KL. Tu saje 'percutian' singkat kami. Next time nak repeat ke sana lagi. Nak lajak ke USS pulak. Tehee..

No comments:

Post a Comment