Majlis Bertandang Naim & Myra





20.03.2017, Sabtu
Entry majlis bertandang dimulai dengan gambar pengantin. Hehe.. Ok ni majlis sebelah lelaki pulak (rumah aku lerr tu). Ingatkan dah habes post pasal wedding Naim. Sekali tertengok gambar, eh ada la majlis bertandang haritu. So up dulu la yang ni. 

Tema color baju family kalini kuning kehijauan. Tapi biasa la cacamerba jugak. Pakai jer mana yang ada. Cuaca haritu memang panas terik ya amat. Berdesing kepala dengan berlengas nya hari kenduri tu. Kulit muka pulak tengah fasa breakout. Pedih ya ampun. 




Khemah lelaki kat depan, khemah pempuan belakang


Aku jaga bahagian doorgift. Dah siap2 tu tunggu jemputan datang. Paling takde mood sebab muka tengah teruk. Nak jumpa orang pun segan. Mak pulak suruh jaga sini. Terpaksa la. 







Abah jadi penyambut tetamu



Rombongan pengantin pempuan sampai pukul 12 lebih. Mak dah cakap jangan siap lambat sangat ramai nak tengok pengantin nanti. Ye la pukul 12 tu memang lunch hour so dah ramai la tengah makan. 






Tengah2 jalan boleh pulak telur jatuh tergolek. Haha. Bunga telur sekarang tak macam dulu. Yang adik Iman kawen ni pun aku siapkan bunga telur boleh kata lebih 10 yang tak lekat elok. Sarung telur tu mudah tercabut sampai kan kena selotep balik lekat kat pokok dia. Leceh. Masa aku kawen dulu, telur letak dalam sarang burung, senang. Tak payah nak ikat2 sarung telur ke ape. Pandai2 la ko pegang jangan bagi tergolek. Kihkih. 


Adik Myra yang pegang bunga telur tu




Rombongan pengantin pempuan dari Batang Kali


Terus ke meja makan beradap. 
















Boleh pulak takde orang layan rombongan masa ni. Sepatutnya orang katering tu yang kena sendukkan nasi ape semua. Ini diorang menghilang ke mana. Aku kat meja doorgift terjerit2 mana orang nak layan diorang makan ni. Sakit hati rasa. 

Dah la speaker kuat kat tepi tu, terpekik2 aku panggil. Lantak la orang nak cakap ape. Dah ko patutnya jaga situ, buat la elok2. Sampai aku mintak tolong makcik sedara sendukkan nasik. Masing2 dah diberi kerja so takkan kita nak berlari sana sini. Betol2 menyirap haritu. Mak aku tak tau ni masa kejadian ni, lepas dah habes kenduri baru aku cerita. Sebab masa tu mak pun busy melayan tetamu. 

Rupanya orang katering tu pegi belakang siapkan lauk lagi. Ya ampun. Orang dah sampai ko belum siap hidang lagi. Ape benda la. 


Dah lama menunggu nak makan, kesian diorang



Bekas nasi je ada, nasi nya takde. Kalau tak dah layan diri je. Takkan tetamu nak masuk dalam amik nasi pulak kan






Hasben dah awal2 tukar baju. Panas melekit katanya. Tu yang berkain pelikat aje. Beranginnn.. 




Malam esoknya buat makan2 family kat rumah. BBQ n steambot. Satay tu beli kat kedai pastu panaskan. Hehe. Bahan2 steambot tu pun beli jugak yang dalam peket. Kuah tomyam je mak buat. Memang sedap. 





Budak dua orang ni memang mak tok selalu beli baju sama. Maklum lah cucu laki dua orang tu je baru. 

Cubaan nak buat 'peace'. Kemain lama menunggu nak snap. Kihkih. 




Finally, satu jari ke yang keluar. Pun boleee...






Zill Firas & Adam Rizqi


Sekian saja cerita majlis bertandang. Officially, aku dah ada 2 orang adik ipar. Sorang lagi bakal menyusul. 


No comments:

Post a Comment