Wedding Naim & Myra






Tahun ni saja ada dua big wedding dalam family aku. Adik Naim bulan 3 haritu. Adik Iman bulan 11 ni. Penat mengulang KL-Kedah. Setahun pat kali balik campur raya puasa haritu. Pheww (lap peluh). Cuti aku dah habes start August haritu lagi. Kira unpaid dah ni. Demi adik2 yang nak berumah tangga ku gagahi jua.

Adik Naim dapat orang Batang Kali, Selangor. Kenal masa dia kerja part time kat 7 Eleven Rawang lepas SPM dulu. Dok rumah cousin (sebelah abah) sebab nak kerja sana. Jauh no jodoh sampai ke sana. Kehkeh.



Menunggu saat jadi isteri Naim


Nikah 11.12.2016, Ahad. Rombongan family aku dah sampai dari Kedah sehari sebelum tu. Stay kat homestay area rumah Myra jugak. Aku gerak ke sana pagi Ahad tu terus ke masjid. Dah la sampai lambat kelam kabut tak sempat tukar baju. Baju nak pakai masa nikah tu ada kat mak aku, bawak dari Kedah nun sebab jahit kat sana. Sekali tak sempat tukar. Hurmm.. Merasa la pakai blaus dengan seluar je. Pun boleee.


Pandai mak aku pilih background gambo. Inilah baju yang tak sempat dipakai tu. 



Nak sarung cincin dan pakaikan rantai tangan


Dengan sekali lafaz, sah jadi suami isteri. Tak sangka dah kawen hang Im. Sob sob.. Adik aku belum dapat posting mana2 lagi masa ni. Lepas habes study tu, kerja temporary kat UUM. Jaga stor sukan. Myra dok umah mak aku. Nak dekat tarikh kawen tu dia resign dari Ar Rahnu Pos Malaysia. Tapi rasanya dia ada kerja butik kot sambil2 tu. Bulan 3 baru Naim dapat posting kat HKL sebagai MA.



Left-Right : Adik Iman. Husband. Adik Nazmi. Adik Naim. Myra. Mak. Aku. Syifak.



Selesai akad nikah, semua rombongan lelaki ke rumah Myra ada jamuan makan. Then kitorang ke homestay rehat. Esoknya ke rumah Myra untuk majlis persandingan pulak. Jalan kaki je ke sana tak jauh.

Lepak2 homestay pun boring jugak. Tunggu petang sikit keluar jalan2 area Batang Kali. Pegi pasar malam je. Takde ape pun yang best. Kat area situ ada la Econsave tapi malas nak ke sana. Balik homestay tido.

Eh sebelum keluar ke pasar malam tu singgah rumah Myra. Diorang masak soto. Sedapnya makan time hujan2 tu. Pagi esoknya siap2 ke majlis sanding.



Begambo depan homestay dulu

Rombongan lelaki ramai dari sedara sebelah abah sebab diorang tinggal area Rawang tu je. Kawan2 Naim pun ramai yang datang dari Kedah nun. Sama2 berarak ke rumah Myra. Syok rasa.





Menunggu pengantin Myra bersiap lama. Hehe.. Touch up tak habes lagi so beratur dulu. Cuaca redup je tak berbahang sangat.





Pelamin agak meriah jugak bagi aku. Lawa la. Secantik pengantinnya. Eceh.



Bagai pinang dibelah dua





Wefie dengan pengantin baru



Nak jugak menyelit situ


Lepas makan2 amik gambo semua, aku n mak terus balik homestay. Nak berbaring sebab dah kenyang. Haha. Tunggu petang sikit aku gerak balik KL sebab Selasa dah kerja. Mak dengan adik2 masih stay situ lagi satu malam. Hari Selasa baru diorang gerak balik Kedah. Sempat lagi menyinggah Zoo Taiping. Ada anak adik aku tu, Firas syok la boleh pi zoo.

Tu saja cerita wedding adik aku, Naim. Next entry wedding adik Iman pulak.





No comments:

Post a Comment