New Friends

Wednesday, December 27, 2017

Jenis parking sukahati ni otak letak mana?



Terpaksa aku up entry ni supaya ada yang sedar orang yang jenis parking sesuka hati tu otak letak mana. Aku memang pantang dengan orang jenis ni. Aku tau kadang nak cepat dan pikir park dulu-setel kerja-cepat jalan. NO! Singkat sangat pemikiran camni. Selfish namanya. 

Jangan nak senangkan kerja sendiri sampai susahkan hidup orang lain. Mana tau dalam masa ko nak setelkan kerja tu terkandas jadi lama. Tak ke menyusahkan. Apa yang ko rancang tak semestinya jadi. So jangan nak letak otak kat lutut. Huh. 

Ni kejadian masa aku balik naik bas haritu. Hazab ya amat nak sampai rumah yang hanya sekangkang kucing dari stesen lrt tu. 

Aku berkejar dari Salak Selatan naik tren ke BTS (berkejar okeyyy). Sampai BTS pukul 6.45 macam tu. Ada bas dah siap tunggu. Orang pun dah separuh penuh (tempat duduk full) dan aku berdiri. Dalam kepenatan, aku memandang keluar tingkap dan nampak jalan mulai sesak akibat ada satu kereta yang parking di laluan utama keluar dari stesen BTS ke jalan besar. 

Dalam bas juga semakin sesak dek driver bas yang masih menunggu basnya betul2 padat (seperti sardin dalam tin) dan driver pun menyuruh orang ke belakang lagi supaya bagi laluan kepada orang lain yang turut gigih naik bas. Aku masih bersabar. 

Saat bas nak mula bergerak, driver baru perasan yang jalan keluar sudah sesak akibat dari perbuatan orang bod** &%%^%$#%^ yang block jalan sehingga kenderaan besar seperti bas tak boleh melalui. (Aku dah lama perasan pasal tu). Dan driver pun turun sekali untuk membantu bas paling depan yang tak dapat lalu (mungkin driver tu yang tak pandai amik side atau dia amatur driver). Entahlah aku dah mula naik angin. Kesabaran berkurang.

Setelah setengah jam menunggu kesatuan driver menolong bas yang tak dapat lalu tu (total menunggu adalah sejam okey), aku dah mencarut (dalam hati) diikuti jeritan (juga dalam hati), akhirnya bas tersebut dapat melepasi kereta bod** yang parking di laluan tu. Menyumpah habes aku (masih dalam hati). Punya la sabarrrr. Kehkeh. Iyela kalau tak sabar dah lama aku turun bas tu meroyan kat tengah2 laluan tu, jadi gila sekejap. Stress ya amat.

Sampai ke sudah owner kereta tak sampai pun untuk alihkan kereta dia. How dare you! Bila bas dah gerak menuju ke laluan pulang ke rumah, sampai je dah pukul 7.45mlm. Apa lagi emosi tak stabil aku diam je sampai rumah. Hasben dan anak pun pelik apesal la aku diam je.

Aku jenis takleh start buka mulut meluahkan stress aku masa tu, kalau tak aku akan rasa marah rasa nak nangis yang teramat. Haha. Jadi tunggu aku mandi, solat, minum air kejap, duduk bertenang dan baru aku cerita apa yang terjadi tadi. Masa tu aku pun dah relax and tak stress dah. Jadi penceritaan adalah dalam nada tenang dan bersahaja. Kahkah.

Tapi apepun aku tetap ingat perbuatan bod** kereta tu yang parking block laluan utama tu adalah satu jenayah. Aku takleh terima. Kalau owner kereta tu sampai untuk alihkan kereta masa tu mungkin aku akan turun meroyan depan dia. Ko memang takde hati perut!




No comments:

Post a Comment