Tuesday, December 4, 2018

Update skincare terbaru

Entry lama aku pernah cerita pasal skincare yang pulihkan muka aku dari breakout dulu. Korang boleh baca kat SINI . Bagi aku cost agak tinggi untuk set skincare tu. Memang lah elok tapi kena spend lebih sikit la. Tambahan sekarang aku banyak nak pakai duit masuk rumah. Jadi apa kata cari yang lebih murah tapi hasil tetap memuaskan. Hehe. Dapat maintainkan kulit bersih pun takpe dah. 

Awal bulan 11 haritu aku ke Watsons dalam Tesco Cheras. Terjumpa promoter yang bagus lagi terbaik servis dia. Aku tanya la apa yang patut aku pakai, nak yang tak mahal sangat dan boleh tahan sampai 2-3 bulan. Dia suggest aku ambik brand Simple dan Collagen by Watsons. Aku cerita jugak kat dia sebelum ni aku pakai Hada Labo (AHA/BHA cleanser - acne control, lotion dan sunscreen). Naik jerawat besar2 tapi aku teruskan jugak smpai dekat sebulan. Set botol dia memang besar walaupun mahal tu yang aku beli. Then promoter tu cakap Hada Labo memang tak sesuai dengan kulit aku yang jenis sensitif ni. Kena pakai yang tak heavy dan terlalu banyak vitamin dia kata. So SIMPLE is the best.

Cleanser dia suggest ambik yang ni. Kind To Skin Moisturising Facial Wash. 100% soap free. Ada buih kecik2 je, lepas cuci muka kulit rasa fresh sangat dan lembut. Harga RM25.90 tahan 2 bulan dengan penggunaan 3 kali sehari. 

• Pro-Vitamin B5 helps restore, soften, and smoothen skin
• Vitamin E effectively moisturises and improves skin
• 100% soap free content is non-drying, leaving the skin soft and supple
• pH balanced formula suitable for all skin types

Ingredients:
Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Decyl Glucoside, Cocamidopropyl Betaine, PEG-55 Propylene Glycol Oleate, Propylene Glycol, Sodium Chloride, PEG-7 Glyceryl Cocoate,Panthenol, Glycol Distearate, Sodium Hydroxymethylglycinate, Methylparaben, Bisabolol,Citric Acid, Polyquaternium-39, Tocopheryl Acetate, Cocamide MEA, Laureth-10, Disodium EDTA, Dipropylene Glycol, Benzoic Acid, Anthemis Nobilis Oil, Pelargonium Graveolens Oil,Propylparaben

Lepas tu untuk toner pakai yang ni. Trouble Free Toner - Collagen by Watsons. Bau green tea. Pam atas kapas then sapu. Nampak kesan kotoran muka kat kapas tu. Barulah rasa kulit bersih. Sebelum ni pakai lotion Hada Labo tepek2 gitu rasa tak puas. Tak mahal pun harga RM26.91 tahan 3 bulan dengan penggunaan 2 kali sehari.  


Untuk moisturiser pakai yang ni. Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser. Light2 saje. Cepat meresap dan tak melekit. Serius best. Ni pun tak mahal harga RM20.75 tahan lebih 3 bulan dengan penggunaan 3 kali sehari. 


• Pro-Vitamin B5 helps restore, soften, and smoothen skin
• Vitamin E moisturises and improves skin condition
• pH balanced formula suitable for all skin types

Ingredients:
Aqua, Glycerin, Paraffinum Liquidum, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Cetyl Palmitate, Dimethicone, Cetyl Alcohol, Panthenol, Borago Officinalis Seed Oil, Carbomer,Potassium Hydroxide, Bisabolol, Methylparaben, Pentylene Glycol, Tocopheryl Acetate,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Disodium EDTA, Propylparaben, Lactic Acid,Sodium Lactate, Mica, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, Serine, Sorbitol, Urea, Titanium Dioxide, Sodium Chloride, Allantoin


Buat masa tu aku pakai 3 step je dulu sampai muka dah kurang jerawat. Dalam fasa tu jugak aku kena kurangkan berjemur matahari sebab tak pakai sunblock kan. Lepas dah ok aku beli sunblock ni pulak. Kind To Skin+ Protecting Moisture Cream SPF30 UVA/UVB. So far start pakai tu muka tak breakout pun. Risau jugak sebab kulit aku ni sensitif bila try produk baru. UV krim ni tekstur putih pekat tapi tak melekit dan senang meresap. Nampak kulit makin cerah pakai ni lama2. Harga RM32.80 pun tahan sehingga 3 bulan dengan penggunaan 2 kali sehari. 



Perfect blend of multi-vitamins and skin loving ingredients with SPF protection to give dehydrated and dull skin a boost whilst protecting from UVA/UVB rays. Perfect even for sensitive skin.

Ingredients:
Aqua, Dimethicone, Ethylhexyl Salicylate, Glycerin, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, PEG-100 Stearate, Glyceryl Stearate, Niacinamide, Polymethylsilsesquioxane, Titanium Dioxide, Prunus Amygdalus Dulcis Oil, Caprylyl Methicone, Tocopheryl Acetate, Hydrogenated Polydecene, Dimethiconol, Allantoin, Lactic Acid, Serine, Sodium Lactate, Urea, Sorbitol, Propylene Glycol, Chondrus Crispus, Cetearyl Alcohol, Coco-Glucoside, Potassium Cetyl Phosphate, Palmitic Acid, Stearic Acid, Trideceth-10, Citric Acid, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Coconut Alcohol, Magnesium Aluminum Silicate, Sodium Chloride, PVP, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Methylparaben, Pentylene Glycol, Propylparaben, Sodium Dehydroacetate, Chlorphenesin, Sodium Ascorbyl Phosphate, BHT, Silica, Aluminum Hydroxide

Pakai yang mudah dan simple macam ni tak leceh nak bersiap lama2. Jimat masa dan hasilnya aku tak perlu risau lagi pasal kulit muka. Nak maintain pakai ni je sekarang. Lega sangat. Range harga setiap skincare tu dari RM20.00 ke RM30.00 sahaja. Berbaloi kan?

Wednesday, November 28, 2018

Kawan ke lawan

Entah ler pelik2 manusia dalam dunia ni. Tak boleh hadam dengan perangai orang yang takde common sense. 

Benda senang je, 

Bila kawan cerita kau dengar. Kalau tak tahu bagi pendapat ko dengar je boleh tak. Lama2 lepas tu bila kawan kau cerita balik pastu kau tanya "Oh ye ke tak tau pun" "Bila tu kau jadi macam tu?" Ya ampun masa kawan tu cerita dulu kau tak pay attention pun kan. So time kau cerita pulak kawan tu buat2 tak dengar jelah. Haha. 

Time baik dengan kita - semua cerita kita dia nak tahu. Yelaa senang nanti nak membawang dengan orang lain pulak. Ada la point kan. Hurmm kawan macam ni memang tak boleh pakai. Depan kita kemain baik, dengan orang lain dia bukak cerita kita pulak. Orang macam ni sebenarnya ada orang lain pulak dok membawang hal dia. 

Bersangka buruk dengan taknak memahami dulu cerita sebenar. Dengar sikit dari orang ni dengar sikit dari orang tu pastu buat kesimpulan sendiri. Padahal cerita sikit2 tu pun ditokok tambah. Sampai kat kau terus jadi lain. Apa kata kau tanya terus orang berkenaan ape kisah sebenar?

Buat apa berkawan sampai beribu tahun pun kalau balik2 dia sakitkan hati kita balik2 dia jugak yang bagi kita pendam rasa. Baik berkawan sikit tapi berkualiti, yang betul2 treat kita sebagai true friends dari berkawan ramai tapi end up dok mengata kita di belakang. "Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanyaaa (ulang 2x).. Sepohon kayu daunnya rimbun.. Lebat bunganya serta buahnya.. Ok sambunggg. Heh!




Monday, October 22, 2018

Simple

Kadang tengok baju menimbun alahai tak laratnya nak angkut p basuh kat belakang.
Pastu tengok dalam sinki alamak menimbun balik pinggan mangkuk tak dibasuh. Rasa penat masak tadi tak hilang lagi dah kena clearkan sinki pulak.
Tengok ruang tamu alahai bersepahnya.
Pegi tengok dalam bilik mak ai baju menimbun tak berlipat. Berapa minggu punye la tu. Haish malasnya, mana nak mulakan ni.

Dari ruang tamu tengok anak senang lenang bermain games Nintendo sambil ditemani suara TV cerita kartun yang takde sape hiraukan.
Dari dalam bilik kecik pulak terdengar suara bapak terpekik main games Xbox online dengan kawan2 nya.

Takleh jadi ni kenapa la aku sorang je memikir hal rumah lalu dikuatkan sikit suara lantang emak ni "Alahai banyaknya kerja nak dibuat. Dalam rumah ada 3 orang kalau masing2 buat sorang sikit lega la jugak kan. Cepat siap cepat la boleh makan sedap kat luar."

Terus si bapak ambik kasut si anak untuk dibasuh.
Si anak pulak kemaskan mainan kat depan yang bersepah dan kemaskan sikit sofa yang dah lembik tu.
Mak pulak terus mengangkut baju ke belakang untuk dibasuh dan tetiba si bapak offerkan diri nak sidaikan nanti. Sambil tu mak bolehlah clearkan sinki tu.
Habes basuh kasut anak, si bapak on vacuum lalu satu rumah dia sedut. Lega mak tengok takde habuk lagi.
Baju tak berlipat tu takpe la nanti2 malam lapang sikit mak lipat la sambil dengar KoolFM. Mesti laju je tangan mak clearkan baju2 tu.

Hidup ni rasa tenang kalau sama2 main peranan. Jangan ada rasa terbeban.
Tak boleh nak semua perfect nanti kita sendiri yang stress.
Tak suka - bagitau. Suka pun - bagitau.
Kena ada 2 way komunikasi. Jangan simpan atau pendam perasaan sorang2. Luahkan.
Jangan buat kesimpulan sendiri, ini tak belum cakap dah pikir yang bukan2 pastu serabut sendiri. 

Kadang rasa alahhh benda kecik je tak buat pun takpe. Tapi hujung2 merungut sendiri.

Wednesday, October 3, 2018

Merapu

Theme blog bertukar lagi. Hahaha. Aku cepat boring jadinya sukati la rasa nak tukar bila-bila pun. Bukan ada orang kesah.

Sebenarnya nak meluah rasa yang terbuku di hati. Eceh. (Kau ingat ni page KRT ke???). Seriously aku tak berkenan page KRT (Kisah Rumah Tangga). Entah pape la cerita luahan dalam tu. Betol ke tidak ceritanya keee imaginasi admin saje. Yang penting jaga kisah rumah tangga sendiri sudah.

Kalau ye pun dari cerita sebenar, ape yang kau dapat lepas kisah kau di up kat situ? Dapat komen yang baik2 takpe la. Dapat komen negatif yang kau tak berkenan haa tahan la. Masing-masing punya pendapat tak semestinya selari dengan ape ko nak. Mengadu di tempat dan saluran yang betul. Susah sangat ada masalah pegi la jumpa pakar kaunseling.

Eh TERmelalut pasal KRT apehal.

Satu lagi bab kawan. Hurmm kadang2 tu rasa kenapa la susah nak dapat kawan yang sekepala dengan kita. Nak cari kawan yang sejati bukan senang. Sejati maksud aku yang boleh jadi
  • pendengar yang baik
  • memahami 
  • bukan talam dua muka
  • bersangka baik tapi ada batasnya 
  • buat baik berpada buat jahat jangan sesekali
Sungguh aku rindu kawan2 zaman sekolah dan kolej dulu. Yang sama2 susah dan senang.

Ok dah ler tu pasal cite merapu. Baik cuci mata tengok dekorasi rumah lagi best.
Boleh la berangan sikit2. Takpe berangan tu free je ok.


 





 

 


Wednesday, September 19, 2018

KDrama - Familiar Wife


Familiar wife. Nampak tak sebelah kiri dan kanan tu orang yang sama tapi watak berbeza. 


Sape yang buat skrip drama ni memang betul2 memahami kehidupan manusia biasa.
Sedih dan penuh perasaan aku tengok cite ni.

Aku start tengok betul2 dah episod 6.
Hasben yang beria suh tengok.
Dia terlayan tv masa aku tengah masak kat dapur.
Dok terjerit jerit panggil suh tengok tapi takde masa yang sesuai.
Malam2 memang nampak tilam dan bantal dah.
Tak kuasa nak layan cite tv.

Jenis aku kalau layan cite tv memang nak kualiti masa.
Kalau terkejar kejar nak buat tu nak buat ni memang aku bolayan je tv tu.
Pandang sebelah mata je mampu.

Drama ni kategori romantic fantasy.
Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) bekerja di sebuah bank dan telah berkahwin dengan Seo Woo Jin (lakonan Han Ji Min) selama 5 tahun. Diorang ada 2 orang anak kecik. 

Joo Hyuk buat keputusan yang memberi kesan kepada hidupnya dan orang-orang di sekeliling dengan cara yang tidak dijangka. 
Tiba-tiba, kehidupan dia dengan Woo Jin dan orang sekeliling hilang dan dia menjalani kehidupan yang sangat berbeza. 

Cintanya yang pertama, Lee Hee Won (lakonan Kang Han Na) menjadi faktor kehidupan baru? 
Dan mungkinkah Joo Hyuk dapatkan kembali kehidupan lama?

Aku tengok drama ni kat TVN HD HyppTV. Hari Khamis dan Jumaat pukul 9.45pm. 

Yang pastinya cerita ni memang tak bosan. Korang mesti tengok! 

Tuesday, September 4, 2018

Bersosial atau tak?


Naik di newsfeed Facebook baru2 ni. 
Aku memang follow Aiman psikologi sejak terjebak dari kawan aku share artikel dia. 
Saje nak menilai diri sendiri. 

Artikel penuh boleh tengok kat SINI.


Jenis aku tak suka bergaul dengan terlalu ramai (lebih 4 orang). 
Aku akan rasa pening dan stress sebab tak dapat kualiti masa bersama sebab bila dah ramai ni macam2 ragam. 
Biasanya kalau keluar ramai2 pun mesti aku akan berkepit dengan sorang ni je (yang aku rasa selesa), yang lain2 aku abaikan macam tak wujud. Haha. 

Keluar sorang diri pun aku suka. 
Kadang rasa nak 'Me Time' aku keluar je (lepas dah mintak izin suami ler). 
Aku pegi dekat2 je, jalan sorang2 dalam shopping mall tak beli apepun just tengok2 barang, makan ape je yang aku suka pastu dah puas aku balik. 
Lepas tu akan rasa refresh sangat dan kembali bersemangat. 

Bukan senang nak dapat peluang keluar sorang sejak dah ada anak ni.
Banyak masa dengan family je. 
Tapi kalau nak keluar beli barang aku kena ada orang teman. Of kos hasben la. 
Kalau tak aku tak boleh buat pilihan. 
Kena ada yang bagi pendapat baru rasa yakin nak beli sesuatu. 



Oh yang ni pulak bukan aku sangat.
Sometime ada jugak duduk diam sambil memerhati tapi tak berfikir terus analisa. Haha.
Ada yang tak kena di mata aku mula la nak cari point.

Eh ke mode membawang ni?

Dulu masa study group kat Uni memang aku akan jadi penyumbang idea.
Yela kalau tak mesti kena jadi presenter kat depan. Taknak la aku.
Dah la jenis gemuruh. Kang apa yang aku cakap tak selari dengan topik.
Baik tak payah.



Ini ye sangat dengan aku.
Gemuruh bila cakap depan orang tapi bila dah start cakap aku lupa diri sekejap.

Macam tu jugak dengan berkawan.
Mula2 aku susah sikit nak kenal orang. Ambik masa.
Tapi bila dah berkawan akan jadi sangat rapat dan sebab tu aku tak suka kalau jenis talam dua muka.
Bukan kawan sekadar nak compare life masing2 je.
Kawan yang berkualiti bagi aku adalah yang punya telinga yang bagus untuk mendengar.
Tak pandai bagi sokongan pun takpe janji jadi pendengar yang baik.

Bab buku, filem dan TV kalau dah dapat jalan cerita yang betul2 kena dengan jiwa aku memang aku akan ulang2 tengok. Tak jemu.


Ok ni pulak memang sangat2 bukan aku.
Aku tak penyabar apatah lagi jadi ketua.
Tak penyabar pun takde sampai jenis baran.
Depend pada situasi la. Tapi matang tu ada sikit. Hehe.

Dari artikel tu jugak ;
"Mengenal pasti seseorang itu Introvert yang mana satu itu penting, supaya kita tak terjerumus pada stereotaip Introvert.

Kerana bukan semua Introvert itu pendiam,
Bukan semua Introvert itu pemalu,
Bukan semua Introvert itu suka bersendirian.

Introvert, Ambivert mahupun Extravert, tak ada yang membezakan siapa yang lebih baik atau tak. ia hanya perbezaan pada cara otak kita memproses “Social Pleasure System”.

So kesimpulannya, aku adalah Introvert Sosial dan sikit Introvert Gementar.

Wednesday, August 29, 2018

Pemasangan bekalan elektrik TNB


Bila dah dapat invois dari TNB tu maknanya rumah dah hampir nak dapat kunci ler tu. 
Dan bermakna kocek bakal kering kembali. Hehe. 
Sikit lagi invois Syabas pulak menyusul. Harap tabung tu cepat2 ler penuh. 

Tido malam pun tak berapa lena dah. 
Asyik teringat ingat rumah baru. 
Sambil tu terbayang bayang duit pun melayang-layang. 




Bila dah setel masuk elektrik, boleh la nak survey2 kipas siling dengan lampu.
September ni dah start caj SST. Entah harga barang naik ke tidak.
Orang kata beli la sekarang, simpan. Nanti semua naik.
Masalahnya fulus sahaja tak berapa nak banyak. Kang beli sekarang apa nak makan nanti.
Tak gitu.

Kita tunggu jelah. Kalau naik pun berapa percent sangat la ye. (Ayat orang kaya sangat ni, setakat naik seratus dua bukan luak pun duit dalam bank tu).

Meh la cuci mata tengok gambar kipas siling dan lampu idaman hati aku ni.


 



V Touch
K15Y2-CO (150cm/ 60″)

RCP: RM 550.00 (EM)
RCP: RM 545.00 (WM)

*Price shown inclusive 0% of GST (Website KDK)

Kipas mahal2 ni letak kat ruang tamu je satu. Kat dining hall aku nak pakai kipas dinding je. 



Wall Fans
KC-4GR (40cm/16″)

RCP: RM244.00 (EM)
RCP: RM240.00 (WM)

*Price shown inclusive 0% of GST


Untuk bilik tidur pulak (3 bilik), cukup pakai kipas biasa je.


   


Remote Control Type
K14X2-PBR (140cm/56″)

RCP: RM 241.00 (EM)
RCP: RM 237.00 (WM)

*Price shown inclusive 0% of GST

Pengiraan bajet : 
RM550 + RM244 + (RM241 x 3bilik) = RM1,517.00 
Kipas sahaja pun dah beribu. 

Ok next cari lampu pulak. 

Rasanya lampu camni sesuai kat ruang tamu. Romantik je. Balik keje boleh rehatkan mata.


RANARP Ceiling track, 3-spots, black
RM131.10

Article Number : 703.963.90

RANARP lamps are reminiscent of the past, crafted with details like the steel joints and striped textile cord. The floor and work lamps are heavy and very stable, yet fully adjustable.

Lampu ni pulak nak letak atas meja makan. Beli 2 ketul lawa gak ni.


MELODI Pendant lamp, white
RM23.40

Article Number : 603.865.27

The shade provides directional light over the dining table, and spreads a pleasant, diffused light into the room. A simple form that’s easy to combine with other furniture, at a price that is easy to like.
Size : 28 cm

Banyak lagi lampu idaman ni. Heyyy duit banyak boleh la beli semua yang berkenan. 

Friday, August 17, 2018

Sup Ayam paling mudah dan sedap



Terus masuk resepi la ye. Malas nak mengarang ayat boleh tak. 


Resepi Sup ayam oleh Azanna Radzuan

Bahan-bahan : (3-4 orang makan)
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1/2 kilo ayam
Carrot
Cili merah
Daun sup
Air
Garam dan gula (perasa)

Cara masak : 
Didihkan air dalam periuk.
Dah mendidih baru masukkan ayam yang dibasuh bersih.
Masukkan bawang putih dan halia kisar.
Masukkan carrot dan cili merah.
Biarkan mendidih kejap.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tutup api dan taburkan daun sup. Siap!
Paling cepat masak sup ayam la. Sambil2 basuh baju buat keje lain pun boleh. Anak2 pun suka.

Monday, August 6, 2018

Tak suka ko blah.

Tak paham la aku orang jenis ni.
Tak suka apa yang aku post, kau boleh hide je post aku atau lagi senang kau block je.
Kau yang request friend dengan aku pastu nak sakit hati pulak.

Hidup aku takde masa nak pikir hal orang macam ni.
Ini dah sakit hati depan2 aku pegi cakap apa yang dia tak suka.
Memang setepek la aku sound balik.

"Amboi sikit2 nak tunjuk.. Sikit2 nak bagitau pasal rumah baru."

"Lerrr, yang kau sakit hati kenapa. Tu kan FB aku, suka hati aku nak post ape. Ko tak suka ko hide la. Lagi baik ko block je. "

"Alah cakap sikit nak terasa. "

"Eh, HELLOOO.. Sape yang terasa skarang ni. Aku ke kau? Tetiba nak perli aku pulak. "

Aku tengok ada je lagi friend dengan aku.

Hishh tak paham betol la. Tu kadang aku malas nak campur nak bergaul rapat dengan orang.
Bila dah rapat mula lah nak pijak kepala kita. Kawan pun ada batasnya jugak.
Kau ingat semua orang boleh terima cara kau. Hormat la sikit. Takde adab betol.

Haritu sekali dia terserempak dengan aku masa nak balik keje kat stesen LRT.
Masuk dalam tren sama2 jadi tersembang jelah. Dia tanya aku rumah kat mana.
Then aku cerita la kat area situ. Kau tahu ape dia cakap...

"Ohhh.. dekat flat-flat buruk tu ke?".. 

Memang hanat betul la.
Nampak dia punya sakit hati dengan aku sampai cakap kurang ajar macam tu.
Aku react macam biasa je. 

Depan kita konon nak berkawan la. Tapi dalam masa yang sama nak menyakitkan hati.
Baik tak payah ada kawan macam ni la.

Friday, August 3, 2018

Boys Fashion.

Budak lelaki memang payah nak berfashion. 
Balik2 T-Shirt seluar jeans. Tu jela yang selalu aku beli untuk Adam. 
Nak mix and match pun tak pandai. Tu yang belasah je pakai. 

Sampai aku sendiri boring nak beli baju seluar camna lagi ni. 

Hasil men'google' dapatlah idea sikit nak match color ape.. Baju ape.. Seluar ape.. 

Baju jalan

     



   

Baju malam

 

Mix and Match

   

Tuesday, July 31, 2018

Negatif sangat.

Sejak 2 bulan ni makin malas nak bangun pegi keje.
Setiap hari rasa cepatlah weekend, cepatlah nak buang segala macam masalah dalam kepala ni.

Sekarang nak elak dari stress pasal orang kat ofis, aku cuba kecikkan kawan kat sekeliling.
Malas nak dengar cerita itu cerita ini. Biarlah kurang kawan pun asalkan tak dengar benda-benda negatif.

Hari2 datang keje dengar cerita yang sama.
Naik jemu dah. Pastu mulalah aku rasa down nak keje.
Bila dah jauhkan sikit dari orang2 camni rasa aman sikit hidup aku.

Memang aku tau keadaan management skarang agak teruk.
Setiap bulan ada je yang resign sebab tak happy keje. Bila staff tak happy akan effect la semua orang sebab production slow. Masing2 punya keje berkait dengan satu sama lain.

Aku bagi contoh, pasal report. Team B kena update daily and monthly report.
Team A yang akan finalise dan update to customer and accounting system.
Bila Team B problem, buat report tak betol cacamerba habes, buat sambil lewa, yang effectnya Team A la. Orang last yang kena jawab.
Team B lepas tangan je taknak ambik tahu n banyak alasan. 

Manager Team B pulak baru nak up. Semua dengar arahan angguk2 geleng2 dari bos atas yang tak betol.
Orang bawah Team B bengang dengan manager ni sebab tak pandai manage, asyik nak ugut orang dengan warning letter, tak tahu nak ambik hati staff, tak appreciate staff macamkan dia je yang buat keje and so on.
Banyak lagi isu tak puas hati yang selalu berbangkit dari diorang. Pening!

Kadang tu ada salah sendiri tapi tak leh ditegur jugak staff ni pun.
Mengaku jelah kau salah n perbetulkan. Bukannya tuding jari kat orang lain pulak.
Sampai bila pun tak habes la woi.

Bos besar pulak main pilih bulu. Yang mana ikut cakap dia itu la dia bagi lebih.
Pastu over friendly dengan orang tu sampaikan tak boleh beza hal keje dan hal kawan.
Itu yang bertambah susah. Staff lain pandang tak professional langsung.

Kalau benda ni berterusan aku pun dah plan nak cari yang lebih baik.
Malas dah nak stress pikir benda negatif macam ni. Aku nak work life yang lebih berkualiti. Tu je.

Friday, July 27, 2018

The Secret Scripture

Movie best lagi. Semalam tengok kat FOX TV.

Ni pun buat jiwa aku tersentuh. Memang setiap scene buat aku tertanya tanya. 





Rose McNulty (Vanessa Redgrave) telah menjadi pesakit di hospital mental selama 40 tahun. 
Dia dituduh membunuh anaknya (bayi) pada tahun 1942. 
Hospital tu kemudian nak dibangunkan jadi hotel or resort. Dr. Stephen Grene (Eric Bana) seorang psikiatri muda yang ditugaskan  untuk menilai sama ada Rose harus dipindahkan atau dibebaskan. 
Dr Stephen dibesarkan di kawasan tu dan dalam proses menjual rumah mak ayah dia. 
Rose berkeras yang dia tak bunuh anak dia dan ceritakan kisahnya kepada Stephen menggunakan diari yang dia tulis dan menceritakan tentang kehidupan sebelum dia dipenjara.

Rose menjauhkan diri dari tempat asalnya untuk tinggal dengan mak saudara di negara yang neutral. 
Kat sana ramai lelaki tempatan minat dengan Rose. 
Rose suka dengan Michael McNulty (Jack Reynor), seorang pejuang British tapi dalam masa yang sama Father Gaunt (Theo James) pun suka Rose. Father Gaunt ni ketua Katolik.   
Ada lagi sorang, Jack Conroy (Aidan Turner) pun suka dengan Rose, salah seorang daripada kumpulan Katolik anti-British. 
Father Gaunt dan Jack selalu bergaduh berebutkan Rose, so nak mengelakkan masalah mak saudara Rose hantar dia tinggal kat sebuah rumah ladang yang terpencil. 

Suatu hari, sebuah kapal terbang terhempas berhampiran rumah Rose, dia jumpa juruterbang yang tergantung dari pokok, terperangkap dalam payung terjun. 
Dia potong tali ke bawah dan tengok orang tu adalah Michael dan tolong rawat Michael sampai pulih, sembunyikan dari penduduk tempatan yang anti-British. 
Mereka berkawan rapat dan habiskan masa bersama sebab Michael dah nak tinggalkan Rose untuk sambung berperang, so cepat2 kahwin.




Sebelum Michael pergi, penduduk tempatan anti-British tangkap Michael dari rumah Rose dan bunuhnya.

Father Gaunt tahu Rose dah tidur dengan Michael, so dia tulis laporan kesihatan mental Rose, yang menyatakan dia menderita "nymphomania". 
Dengan izin dari mak saudara Rose, hanya satu-satunya saudaranya yang tinggal, dia dipenjarakan di hospital mental tempatan dan di mana Rose diberi terapi kejutan elektrik untuk hilangkan ingatan dia. Kesiannya. 
Rose sedang hamil dan mengetahui bahawa setiap bakal bayi yang dilahirkan akan diberikan kepada wanita tunggal atau menghabiskan seluruh kehidupannya dalam tempat tu. 
Dia melarikan diri ke pantai. 

Father Gaunt and the polis ikut, Rose pun berenang ke sebuah gua dan lahirkan anak kat situ. 
Dari jauh polis nampak Rose pukul tanah dengan batu seolah macam Rose bunuh anaknya padahal dia nak putuskan tali pusat tu then polis percaya yang Rose bunuh anaknya yang baru lahir. 
Sebenarnya, Father Gaunt dah ambil bayi tu.




Pada masa ni, Stephen mendedahkan kepada jururawat Rose (Susan Lynch) bahawa ayahnya sendiri menceritakan sesuatu tentang keturunannya di hari kematian ayahnya. 
Dia baca sebuah petikan dari tulisan Rose yang menunjukkan anaknya dilahirkan pada musim bunga (sebab tak tahu tarikh lahir) dan dokumen rasmi menyatakan 1 Mei 1942, pada hari yang sama Stephen dilahirkan. 
Stephen terus cari  dokumen kerja parents dia dan kembali ke rumah sakit mental dan tunjukkan Rose surat tu. 
Rose sebelum ni selalu cakap yang anak lelaki dia mesti akan ambik dia bawak balik then naluri dia betul bila Stephen ambik Rose ke rumah keluarganya.

Korang kena tengok cite ni, sangat menyayat hati. Huhu.