Thursday, January 25, 2018

Adam stop wearing diapers

Susah tak nak potty train anak? Umur berapa anak korang stop pakai diapers?

Aku sebenarnya takde potty train Adam sebab tak beli pun potty.
Potty ni macam bekas untuk anak duduk buang air kecil atau besar (toilet klon). Aku ajar dia macam biasa nak buang air pegi toilet terus.

Aku mula latih Adam masa 4 tahun. 5 tahun nak masuk tadika dah kan. Takkan nak pakai diapers lagi. Kena mintak kerjasama pengasuh jugak. Dua2 kena bersedia.
Kalau boleh aku taknak separuh jalan tak larat ajar then biarkan dia pakai diapers balik. No! Hati kena kental okeh.

Masa baby pakai diapers Petpet then dah besar sikit pakai yang murah je, brand Drypers pek kuning tu. Kadang-kadang beli Tesco Love pek hijau tu je. Tengok mana antara dua yang murah bulan tu.

Aku target seminggu. Mula dengan weekend Sabtu Ahad dan sambung rumah pengasuh 5 hari bekerja.
Umur 4 tahun ni aku rasa sesuai sebab dia dah boleh faham apa kita cakap dan dia juga boleh bercakap dalam ayat yang kita faham. 2 way communication.

Lagi awal korang latih lagi bagus. Boleh jimat banyak diapers. Hehe. Aku malas tak cukup masa dan tak cukup sedia nak latih awal.

Seminggu sebelum training sentiasa ingatkan Adam yang dia tak perlu pakai diapers lagi - Boleh pegi sendiri buang air kat toilet. Tujuan selalu ingatkan supaya dia bersedia.

Simpan karpet dan apa2 dekorasi ruang tamu atau tempat dia bermain supaya senang aktiviti mencuci nanti jika Adam 'terbabas' buang air. Biarkan lapang je ruang tu.

First day, bangun pagi mandi terus ajar cara buang air kat toilet. Cara duduk atau cangkung. 
Cara basuh dan lap. Diapers dah tak pakai.

Set time bila last buang air dan agak dalam 2 jam tanya Adam rasa nak buang air atau tak. Kalau takde rasa, pegi jugak toilet. Kadang diorang ni tak rasa nak buang air sebab dah biasa dalam diapers.

Makan dan minum macam biasa. Jangan tahan anak tak bagi minum pulak.

Bila waktu siang dah berjaya, boleh teruskan waktu malam. Aku kurangkan Adam minum air waktu malam. Adam memang dah stop minum susu botol masa 3 tahun. So senang nak control. Sebelum tido, suruh pegi buang air siap2.

Tido malam kalau korang tak yakin anak takkan buang air, better alas tilam. Kang satu keje pulak nak mengangkut jemur. Aku pasrah tak alas sebab takde plastik or ape2 nak dibuat alas.
Ingat nak pakai plastik sampah besar tu tapi bunyi2 pulak bila tido. So biarkan je.
Malam pertama berjaya tapi malam selepas tu yang terbabas pulak sebab sejuk sangat lupa nak slowkan kipas. Kehkeh.

Bila dah berjaya bagi pujian sikit. Cakap "Wah good boy la Adam, Adam dah besar. Dah tahu buang air kat toilet."
Kalau tak berjaya pun atau terbabas sikit, jangan marah. Bagi sokongan lagi supaya dia rasa tak tertekan dengan latihan ni.

Okay tu saje tips nak stop anak pakai diapers. Yang penting parents jangan stress dan terlalu push anak. Santai je. Insyaallah anak cepat sesuaikan diri dengan pengalaman baru ni.



2016, Adam 4 tahun. 

Monday, January 22, 2018

Sikap


Pagi2 dah rasa emosi tak stabil sebab terbaca tajuk paper Harian Metro ni dan terbaca isinya sekali. Sedih bercampur geram. DBKL siap pasangkan jaring nak elak barang yang di buang jatuh ke bawah. Kahkah.

Aku duduk flat dah dekat 9 tahun. Masa mula duduk tahun 2009 dulu tak ramai orang lagi. Tak padat macam sekarang. Kawasan rumah kategori bersih dan sedap mata memandang. Kucing pun takde bersepah macam sekarang.

Semakin lama duduk sini, dah boleh nampak sikit2 perubahan. Banyak perubahan yang negatif. Hari2 semakin stress. Biasa lah makin padat penduduk makin banyak la ragam orang yang kita boleh tengok.

Ni aku listkan perangai buruk yang menyakitkan hati aku. Haha.

Merokok
Dah ada signboard 'Dilarang Merokok' kat kawasan lift pun selamber je merokok jugak. Tak reti membaca kot. Sambil menunggu lift sap kok lu sepam dua, lift sampai terus campak ke lantai bekas puntung rokok tu. Perangai ape la. Bau jangan cakap la. Semua orang dalam lift terpaksa share bau rokok dia.

Kucing dan haiwan peliharaan
Ye aku tau bela kucing tu mulia tapi kalau dah tak reti adab, bagi makanan bersepah, kucing pun dibiarkan berak kencing kat rumah orang, jadi mulia ke. Taknak la tambah dosa kering menyumpah seranah tuan kucing oii. Lagi best nak tunjuk mulia, bagi kucing jalanan makan tapi letak bersepah. Nak sangat bagi makanan letak la tempat yang bukan laluan orang.

Buang sampah
Kat tangga dan depan rumah orang. Nak turun buang sampah kat bawah pemalas. Lagi pemalas, campak je sampah dari atas dengan harapan ada orang tolong kutip kat bawah tu. Tu cara-cara sampah ringan, kalau berat letak je kat tangga. Senang. Belum sempat cleaner kutip dah ada kucing yang selongkar dulu. Hurmm. Penyakit pemalas memang susah nak ubat.

Parking kawasan orang lalu lalang
Konon nak turunkan penumpang je tapi lama pulak parking nya. Dah siap ada petak kuning cat terang lagi pun parking jugak. Buta hati agaknya.

Sidai kain basah kat koridor
Spin bagi kering sikit tak boleh ke. Jangan la sampai menjejes air banjir rumah orang. Yang lagi kesian perah kain dari atas nasib la orang bawah yang lalu lalang tu. Tak pasal mandi free. Takde mesin basuh pun boleh ape perah sikit air tu sebelum sidai kat luar.

Kasut
Dah susun elok2 kat luar balik tengok ada je yang sepahkan. Dah kenapa nak sepahkan rumah orang. Rumah ko tak cukup sepah ke. Tu belum mencuri kasut lagi. Haih mintak elok2 aku bagi la, takyah mencuri. Berdosa.

Vandalisme
Perosak lift dan segala harta benda flat. Dicontengnya dinding lift tu sampai tak nampak rupa dah. Jamban rumah dia conteng gitu jugak agaknya. Tu belum mencuri part dalam lift lagi, sampai berminggu rosak maintenance pun tak larat nak repair dah. CCTV memang out la. Baru pasang sehari dah hilang. Haha.

Ini masalah sikap individu yang membawa kepada masyarakat rosak. Mentaliti dah rosak, sampaikan apa yang di buat tu tak boleh ditimbang baik buruk nya.

Berita penuh boleh baca kat sini ==> Kerusi dilempar dari atas bunuh remaja


Friday, January 19, 2018

Adam kena chickenpox @ cacar air

Cuti sekolah bulan 12 haritu kena. 
Berjangkit dari sepupu kat Kedah rasanya masa balik kampung sebelum tu.
Hujung tahun banyak dah amik cuti - adik aku kawen dan Adam pulak kena chickenpox. 
Total unpaid leave untuk 2017 adalah 12 hari. Kehkeh.

Cuti sekolah memang duduk rumah pengasuh je. 
Jumaat tu Adam ada cakap kat perut dia gatal dan dia dah garu sampai berdarah. 
Aku ingatkan gatal sebab kena gigit semut atau nyamuk je.

Tergerak hati nak tengok. Selak baju je tengok biji tu lain macam.
Pegang kepala dah rasa panas. Demam. Aku syak chickenpox dah tu. 
Terus suruh daddy dia beli air kelapa kat kedai depan. Pukul 10 dah nasib kedai buka lagi.

Adam dah start baring lemah je. Minum air kelapa sebiji terus baring. 
Adam memang suka air kelapa. Beli sebiji tak cukup dia kata sedap nak lagi.

Esoknya Sabtu ada kenduri kat Muar. Pikir nak balik ke tak. 
Tengok condition Adam macam ok je. Aktif dah. Sampai Muar pegi klinik Puteri. 

Dapat ubat ni semua.


L-R : Ubat tahan gatal - calamine lotion - ubat demam. Yang depan tu ubat antiviral. 


Aku jaga 3 hari, daddy jaga 3 hari. 
Pandai jugak daddy jaga Adam, dia rajin sapu lotion tu rajin mandikan Adam. Tu Adam cepat baik. 

Rutin harian jaga Adam :
1. Minum air kelapa 3 hari pertama berturut. Cepat je keluar semua biji tu.
2. Kerap mandikan bagi dia selesa. Lap badan bagi kering.
3. Sapu calamine lotion kat tempat bintik.
4. Makan ubat klinik ni sampai baik. Kecuali ubat demam, sampai hari kedua je makan sebab dah tak demam. Antiviral tu membantu as per advise from doctor. 
5. Makan makanan berkhasiat. Ikan, ayam, udang, sotong semua bedal. Elak makanan berminyak dan pedas je. Sebab kat dalam mulut pun ada biji. Adam suka bubur dan bihun sup.
6. Kuarantin di rumah. Lepak kat rumah je buat aktiviti main Lego,melukis, mewarna, baca buku, tengok tv. Keluar rumah paling jauh kat koridor je. Hihi.

Tidur malam ada yang suruh lapik daun mambu tu tapi aku malas nak cari. 
Lagipun Adam ok je tidur takde garu2. Nyenyak je dia tido.

Bedak daun mambu ada jugak beli tapi pakai sikit je sebab Adam tak suka bau dan jenis bedak ni bila kering dia cepat hilang. 
Calamine lotion tu lagi baik sebab tak melekat tempat lain. Betul2 absorb kat tempat biji tu.







Alhamdulillah Adam cepat baik. Seminggu dah kering semua. Tinggal parut jugak la. 
Kat muka pun ada parut lubang. Sapu bio-oil je hari2 tapi tak nampak kesan sangat.
Mak pak dia dah pernah kena chickenpox masa kecik. 
Harap takkan kena lagi dah nanti sebab dah dapat immuniti. Hehe.

Thursday, January 18, 2018

Resepi nasi goreng ringkas dan sedap

Ye ke sedap tu? Eh mestilah. Yang simple main campak2 tu la yang sedap kan.
Paling takde idea nak masak ape, nasi goreng ni la jadi pilihan. Makan panas-panas cicah kopi O hurmm... Tak cukup der.




Bahan-bahan : 
Nasi lebih yang disimpan dalam peti ais. Pastikan bukan nasi lembik (terlebih air).  
Bawang besar - 1/2 biji
Bawang putih - 3 ulas
Kiub pati ikan bilis - 1/2 kiub
Telur - 1 biji
Sayur - brokoli, sawi atau lobak merah 
Ikan bilis goreng (optional)

Cara masak :
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di hiris halus.
3. Pecah telur.
4. Masukkan sayur-sayuran. Biar masak sekejap.
5. Masukkan kiub pati ikan bilis.
6. Masukkan nasi sejuk. Gemburkan dan kacau sebati. Api slow sikit.
7. Agak garing sikit, tutup api dan siap untuk dihidang.

Wednesday, January 17, 2018

Music Of The Day



Aku suka dengar LiteFM. Lagu2 dia buat kita terkenang kisah lama. Hehe.

Ni top list lagu yang aku suka.


1. Stay the same - Joey  McIntyre





2. Perfect - Ed Sheeran




3. Versace on the floor - Bruno Mars




Thursday, January 11, 2018

Adam's Birthday

Assalamualaikum.

Maaf la nak, mak ko ni jarang post pasal birthday anak. Tak silap ada satu je post masa birthday yang kedua rasanya.

Setakat ni tiap2 tahun sambut birthday. Maksudnya ada jamuan kecil kecilan dan ada kek. Adam lahir 24 October 2012. Masa tu sehari sebelum raya Haji. Ingat lagi hari raya Haji tu aku terus balik Kedah naik kereta satu family balik berpantang kat rumah mak. Hehe.



Gambar scan 5 bulan.


Day 1. Fresh baru keluar tengok dunia. 

^
^
^
^
^


Birthday yang pertama. 2013. Kat rumah atok Kedah. Tema Upin Ipin. 





^
^
^
^
^

Birthday yang kedua. 2014. Masih kat rumah atok Kedah sebab dekat2 time raya Haji. Tema The Cars. Mulanya nak buat tema school bus. 



^
^
^
^
^


Birthday yang ketiga. 2015. Celebrate kat rumah ibu (pengasuh). Goodies bag tema Lego. Kek tema jungle tapi letak 6 ketul ultraman atas tu. Kalau letak satu je berebut nanti. Haha. 



^
^
^
^
^


Ice cream cake. Yummy!

Birthday yang keempat. 2016. Masih kat rumah ibu jugak. Tema Cat Meow. 



Main belon.


^
^
^
^
^


And two thousand seventeennnnn (insert drum roll).... Happy 5th Birthday Adam!








Semoga Adam membesar dengan baik dan jadi anak soleh ummi dan daddy. Love you my baby ucuk masyam (sebab belum ada adik boleh la manja2 lagi ye).


Monday, January 8, 2018

Kerja luar bidang study


Salam tahun baru 2018.

Ada ke yang sekarang kerja luar bidang study dulu?...

Kalau ada kita sama. Haha..

Tak kisah kan janji kita berpeluang rasa pengalaman kerja. Bagi aku kan minat datang kemudian bila kita dah rasa cabaran kerja tu.

Macam aku, dulu study Sains Bahan atau lebih dikenali Fizik. Sejak Form 1 sekolah dah dalam aliran sains. Terus follow the flow sampai la masuk MRSM pun aliran sains. Bukannya takde aliran perakaunan tapi tak rasa nak mencuba ke arah tu. Padahal bukan pandai mana pun sains. Belajar just untuk score dalam exam saje.

Lepas SPM masuk matrikulasi pun amik Fizik lagi. Tak jemu2 walaupun sampai sekarang aku masih tak faham ape benda yang belajar dulu. Kahkah. Keluar matrik, apply uni pun bidang sains jugak walaupun pointer ngam2 3.01. Heh.

Sains Bahan ni adalah pilihan last aku dapat. Pilihan pertama sampai ke berapa entah adalah engineering. Tak sedar diri lagi tu pointer ngam ho masih nak apply engineering. Takpe tak salah mencuba kan. Dah dapat offer UPM tu aku pasrah je, terima.

Lepas tu boleh pulak dapat UITM - course engineering yang aku idamkan selama ni tapi diploma la. Ceh. Penat2 masuk matrik struggle takkan nak patah balik. At least masuk uni 3 tahun je dah dapat degree. Bagus jugak degree 3 tahun save PTPTN. Kalau amik diploma sambung degree lagi entah berapa banyak la kena bayar PTPTN. Hai tak sanggup.

Sebenarnya tak susah nak dapat kerja bidang sains ni. Ada je kawan aku yang kerja bahagian R&D. Tapi ramai yang sambung Masters dan PHD terus jadi lecturer.





Akhirnya graduate dengan Kelas Kedua Atas. Jadilahhh. Ijazah Sarjana Muda ada 4 kelas:

Kelas Pertama
Kelas Kedua Atas <==== (I was here. Hehe)
Kelas Kedua Bawah
Kelas Ketiga

Pointer berapa ikut kelas tu aku tak ingat. Tak silap kelas kedua atas 3.01 sampai 3.50 kot. Terlepas peluang tukar PTPTN ke scholarship uiii. Itula first and second semester aku tak serius. Dah tahun kedua baru nak struggle memang kelaut dalam la. Even dapat dekan untuk 2 semester pun aku masih tak dapat capai kelas pertama. Rugiiii...

Lepas graduate aku terus kerja part time kat area UPM. Tak balik duduk kampung sebab nak cari duit dan pengalaman. Risau kalau dah start 'rehat' nanti malas nak keluar cari kerja. So untuk permulaan kerja Kenny Rogers kat The Mines tu. Eh lagi satu sebab boyfren ada kat KL tu yang taknak cari kerja kat kampung. Kehkeh.

Dalam masa yang sama aku ada apply permanent job jugak. 2 minggu kerja part time dapat offer pembantu akaun kat company interior design. Sebenarnya jadi pengganti staff tu berhenti sebab nak kahwin. Staff tu kerja berdua je dengan datin ni. Datin as advisor company and dulu pernah berkhidmat di MOF(early retired). Kalau nak tahu siapa my first boss ni, Datin Nadzley Nordin nama dia. Lebih kepada buat akaun dan jadi PA dia. Tu je. Ok la aku accept.

Then, tak lama lepas tu (3 bulan) aku dapat offer kerja bank. Ambil peluang kerja bahagian customer service kredit kad (back office). Baru beberapa bulan kerja bank aku kahwin. Kerja ni mengadap workload yang terlampau banyak. Sehari kena handle 200-300 akaun kredit kad customer melibatkan penutupan akaun dan maintenance dia. Fuh tak sanggup nak kenang.

Susah payah pun 3 tahun jugak mengadap kerja bank. Haha. Lepas tu aku tukar kerja kat area rumah je. Masih dalam bidang akaun (pembantu akaun). Gaji tak setimpal dengan degree pun tapi kerja jugak. Sebab dekat dengan rumah (berjalan kaki saje), jadi kerja lah selama 6 bulan di situ. Bab akaun dah cekap sikit.

Tak cukup jerit perih kerja bank dulu, aku apply bank lagi. Haha. Dapat. Kalini bank overseas pulak. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Gituuu. Tak dapat bertahan jugak. Workload yang teramat banyak. Gaji di offer double dari kerja bank dulu. Dengan Adam baru nak membesar (dia baru setahun lebih), tak sanggup rasanya lebihkan waktu kerja dari dia. Kang nanti tau2 je dia nak masuk sekolah dah. Hurmm.. Tak sanggup.

Amik keputusan berhenti tanpa dapat kerja lain lagi. Risiko yang ditanggung sendiri. Komitmen banyak nak kena bayar uiii. Nasib sebulan je menganggur. Dapat offer kerja pembantu akaun lagi. Gaji ok sikit laa. Berbaloi. Company sekarang ni tak perlu OT, balik on time. Weekend pun tak kerja. Banyak masa dapat luangkan dengan family. Sedar tak sedar dah nak masuk 4 tahun kerja sini.

So bertambah lagi tahun pengalaman kerja dalam bidang akaun. Kalau pasal Fizik memang aku tak ingat langsung dah. Jangan tanya. Basic mungkin boleh la.

Nak compare akaun dengan sains mana lagi best, dua2 pun best sebenarnya. Cuma bezanya aku dah selesa kerja akaun jadi aku lebih memahami akaun tu berbanding sains. Walaupun dulu teori nya aku takde (tak pernah belajar akaun), tapi bila dah kerja pun masih belajar benda baru.

Ilmu takkan habis dipelajari. Lagi kita banyak belajar, lagi banyak ilmu yang kita tak tahu. Apapun kerja yang kita dapat, cuba dulu. Kalau masih tak boleh, silakan cari yang lain. Kita sendiri yang menentukan apa yang kita nak selama ni.