Friday, February 23, 2018

Resort tepi pantai

Bulan lepas, 27 Jan 2018 sempat bermalam di The Grand Beach Resort, Port Dickson.
Hasben la ni seminggu sebelum tu suruh aku booking hotel tepi pantai nak rehat santai2.
Eh dia tau tak kalau booking seminggu sebelum atau dekat2 date check in mesti mahal benor harganya.
Pulak tu nak room bajet below RM200 per night. Ingat senang ke nak cari.

Aku pun bukak booking.com macam biasa.
Aku memang akan selalu masuk link ni je terus sebab dah install app dalam henfon.
Malas nak kelebek link lain. Tengok harga - RM162 takde breakfast. Superior country room.

Masuk website TGBR sendiri eh ada best deal price - RM165 include breakfast for 2 person.
Bilik yang sama. Hotel yang sama. Eh tu iklan Trivago.
Okay sangat la kan. Then terus booking by whatsapp. Senang.
Maklum la jenis takde kredit kad ni payah sikit nak main book je.
Kitorang biasa book pakai debit kad then bila check in nanti baru bayar.

Sampai sana awal 1.30pm. Jalan2 sekitar hotel dulu. Pastu pegi makan kat Teluk Kemang.
Aku makan laksa dengan coconut shake. Hasben minum teh tarik, Adam order air kelapa.
Makanan tu boleh la lepas tekak. Harga pun okay jugak.


Lobi hotel  menunggu check in


Tinjau pantai.

Lega malam tu Adam tido sorang. Kehkeh. Dia ni dah besar gajah masih tido dengan makpak tau. Rimas ai.
Sabar tunggu pindah rumah baru akan ku paksa dia tido bilik sendiri.
Mak nak 'honeymoon' dengan bapak pun tak boleh tau.


Wardrobe and mini pantry. 

Siap bagi waktu solat dan sejadah. Page yang ada waktu solat aku tak snap. Baru ingat nak pakai table runner je buat alas sekali tengok ada sejadah dalam drawer. I likeeee.


Mak berselfie adalah kebiasaan. Yang luar biasa adalah bila gambar mak penuh sampai tutup background tu. Kehkeh.


Gambar bilik air tak ambik pun. Ada bath tub so tempat shower jadi sempit sikit. So far bilik air sangat memuaskan. Bersih dan selesa. Cuma paip shower tu agak ketat sikit nak buka.

Sampai bilik terus baring2..layan tv. Adam dah tak senang duduk mengajak mandi kolam.
Ikutkan nak turun pukul 5 tapi tak nyempat ko. Empat lebih dah selamat berendam.

Kolam dewasa. 

Kolam budak2. 




So far kolam dia bersih dan air pun takde bau klorin. Besar pun besar. Takde la sesak sangat kalau berendam ramai2 situ.

Pemandangan petang. 


Lepas maghrib, terus siap2 pegi makan. Perut masing2 dah berkriuk kriuk.
Dinner kitorang masih kat teluk kemang. Haha. Malas nak pikir tempat lain lagipun dah malam hasben (dan aku) jenis rabun malam tak gigih nak tengok jalan.
Makan nasi putih, kerang bakar (sepinggan RM5), sup ayam, telur dadar dan air buah.
Harga tak sampai RM20 untuk 3 orang makan.

Balik dinner, menyinggah cafe hotel kejap. Mengeteh dulu.
Ingat nak minum je sekali terpandang mushroom sup. Sedap la jugak. Creamy sangat ai memang suka.

Cappucino for me. Hasben wajibla teh tarik. 

Day 2.
Masing2 liat nak bangun. Sedap tido. Turun breakfast pukul 8 ingatkan dah ramai orang.
Sekali kitorang yang paling awal. Ni kalau kat Glory memang takde tempat ni.
Biasa pukul 7 orang dah start breakfast.
Cari port tepi sekali pemandangan cantik.




1st round. Puding roti-mashed potato (aku). Nasi tomato-ayam masak merah-red beans (hasben). Pancake stoberi-cereal susu (adam). 

2nd round. Bihun sup haha. Ada lagi aku makan tak ingat dah. Rasanya puding roti tu aku repeat 3x kot. Kahkah. Sedap la. 


Adam : Boleh kot makan pakai ni?

Hehe tak boleh rupanyaaa...

Lepas breakfast turun mandi kolam dan mandi pantai lagi. Sebelum check out.






Bapaknya kat tengah laut berendam. Mak santai tepi pantai je. 




Hasben gelakkan aku dok melayan ombak. Bior lerrr..

Pukul 11 naik bilik bersiap nak check out.
Tak puas berendam laut. Cukup la dulu percutian singkat 2H1M.



Si Adam ni memang kalau bergambar buat gaya pelik je. Berangin jugak aku yela tak pasal rosak gambar mak tau tak.



Love,



Thursday, February 15, 2018

Apa tu benda hidup

Semalam macam biasa temankan Adam buat buku aktiviti baru beli kat sekolah.
Buku Aulad.
Seronok buat sampai tak sedar tinggal page last je tinggal, yang lain dia dah siapkan. Excited.
Tu aku pun syok membeli pasal Adam jenis buat habes buku dia.
Biasa satu buku aktiviti dia akan habeskan dalam 2 hari.
Buku nipis jela dalam 30-40 pages.

Ada satu part tu, arahan soalan warnakan kuning untuk benda hidup dan biru untuk benda bukan hidup.

Dia pun warnakan ikut arahan. Aku check okay betul. Kiranya faham la tu.

Ummi : "Adam, bagi contoh benda hidup selain dalam buku tu?"

Adam : "Ermm..pokok..kereta.."

Ummi : "Hah kereta? Itukan benda bukan hidup."

Dia cakap apa tau '"iye ummi, masuk kunci kan kereta tu hidup.."

Berdekah aku gelak dengan daddy dia.

Terpaksa aku explain yang betul. Kang nanti dalam exam dia buat gitu habes la nakkk.

Monday, February 12, 2018

Layak ke jadi boss


Tak pernah lagi aku jumpa boss yang 'special' macam ni. 
Staff punya ofis hour adalah 8am to 6pm tapi dia punya ofis hour 9.30am to overtime. 
Almost everyday kalau awal sikit pun pukul 9am. Tu kira awal lah bagi dia. 
Bila HQ visit pandai pulak kau datang pukul 8.
Ada yang cakap, dia keje ikut time customer overseas so ada excuse la masuk lambat. Eh takkan hari2 pulak deal dengan customer, lagipun customer service kan ada. Customer overseas ada 2 kerat je pun.
Time lunch hour pun selalu masuk lambat, siap angkut staff kesukaan dia masuk lambat.
Bila ditegur, kau tak boleh terima. 

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang buat semua kerja staff. 
Dia lah technician, dialah HR, dialah IT dialah Sales (ok ni memang kena buat la since CM perlu cari sales jugak), dialah customer service dan dialah buat account. 
Ini namanya kepimpinan terpuji. Semua dia balun sebab tak percaya staff buat kerja dan tak rasa staff dia boleh buat sebaik dia. 
Oh aku lupa nak mention satu lagi, bukak surat pun dia. Sikit lagi despatch pun dia buat. Eh kau bukak company sendiri la banyak jimat tu buat sorang2.

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang bermesra (mesra yang jenis bertepuk tampar, pegang2, menggeletik dalam kawasan kerja) dengan staff terpilih sahaja. 
Bukan dengan semua staff ye. Dengan staff yang dia suka which means staff yang pandai mengipas (dalam bahasa kasarnya menjilat).
Bukan la aku nak dia bermesra dengan aku pulak.
Maksud aku bila dah bermesra tu, diorang tu takleh nak disiplin keje. Dah kau bagi peluang macam tu. Jadinya tak boleh nak bezakan time keje dengan time berborak.
Staff lain berhempas pulas siapkan keje, diorang boleh sedap bermesra.
Kalau ada kesilapan staff kesayangan dia, kira lepas tangan jela. Boleh kawtim punya. 

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang terlalu nak save cost setiap inci harga perlulah dicompare dengan 5 hingga 6 quotation yang akhirnya quotation yang dipilih adalah dari kenalan dia jugak. Kahkah.
So apa guna cari quotation berjela tu balik-balik kroni kau jugak yang dapat. 
Ingat aku tak tahu. Siap ugut kalau dia dapat cari price lagi murah 'i potong gaji u ye'
Celanat apa kau nak cakap gitu. 

Tu belum save cost part nak dispose barang dan jual scrap. Dia punya jual tu kalau boleh harga beli macam jual barang baru. Kejadah ape barang scrap nak jual macam baru. Hoi logik sikit la.
Nak sangat simpan dalam rumah kau jela buat perhiasan barang antik. Tunggu 20 tahun lagi kau jual mungkin la kot dapat harga kau nak tu. Mungkin la. 

Tak pernah lagi aku jumpa boss yang semudah abc keluarkan perkataan 'bodoh' kat staff lain padahal bodoh tu nak ditujukan pada orang lain. Sangat tak profesional.
Dia nak lepaskan geram kat orang ni tapi tak boleh nak direct marah orang ni jadi kemarahan tu kena pada staff lain supaya staff tu boleh sampaikan kat orang sebenar. Kahkah.
Annoying nya perangai kau.

Kau tak boleh langsung terima teguran orang balik2 kau sorang je nak menang. Sesetengah benda kau tak perlu nak argue bagai pun. Dan tak payah la hari2 kau nak ingatkan orang yang kau tu boss. Ini sikit2 bila argue je 'I'm your boss'. Pegi mati la kau dengan title kau tu.

Aku cadangkan HR hantar dia pegi training management and communication skills.
Dah teruk sangat bagi stress kat staff.
Kalau tak happy bekerja macam mana nak datang produktif tu.

Nak orang respect dia tapi dia sendiri tak respect kita. Respect bukan boleh dapat bila kau mintak ye, kau tunjuk perangai elok, jadi contoh yang baik, bercakap sesuai dengan level masing2 dan be fair kat semua orang automatik orang akan respect kau. Tak perlu mintak pun. Orang akan bagi. 

Wednesday, February 7, 2018

Anak dah besar

Setiap hari sekolah memang aku akan tanya Adam perihal tadika dia. 
Contoh apa dia makan apa dia belajar apa dia main kat tadika tadi. 
Aku perasan baru2 ni dia dah mula rasa malas nak layan soalan-soalan aku.

Ummi : Makan apa kat sekolah tadi?

Masa 5 tahun - "Makan bihun sup ada ayam ada sayur sedaaapp umi. Adam suka."
Sekarang 6 tahun - "Ermmm..tak tahu la.." (sambil nak mengelak dan berlalu pergi).

Ummi : Belajar apa kat sekolah tadi?

Masa 5 tahun - "Cikgu ajar lukis color2, buat buku sains, buku jawi, main lego."
Sekarang 6 tahun - "Harini takde keje sekolah tau umi. Belajar apa2 je." (Amboi kemain ayat ko ye).

Kadang tu rasa geram jugak dia malas nak layan soal siasat mak dia ni. 
Jangan risau mak ko ni tetap akan tanya soalan sama sampai ko habes sekolah. 
Dah masuk asrama (suatu hari nanti) pun mak akan tanya jugak ye. Haha.

Ada lagi satu benda yang dia dah tak suka aku buat kat dia. Cium dan peluk. Takmau dah sekarang.