New Friends

Wednesday, February 7, 2018

Anak dah besar




Setiap hari sekolah memang aku akan tanya Adam perihal tadika dia. Contoh apa dia makan apa dia belajar apa dia main kat tadika tadi. Aku perasan baru2 ni dia dah mula rasa malas nak layan soalan-soalan aku.

Ummi : Makan apa kat sekolah tadi?

5 tahun
"Makan bihun sup ada ayam ada sayur sedaaapp umi. Adam suka."

Sekarang 6 tahun
"Ermmm..tak tahu la.." (sambil nak mengelak dan berlalu pergi).

Ummi : Belajar apa kat sekolah tadi?

5 tahun
"Cikgu ajar lukis color2, buat buku sains, buku jawi, main lego."

Sekarang 6 tahun
"Harini takde keje sekolah tau umi. Belajar apa2 je." (Amboi kemain ayat ko ye).

Kadang tu rasa geram jugak dia malas nak layan soal siasat mak dia ni. Jangan risau mak ko ni tetap akan tanya soalan sama sampai ko habes sekolah. Dah masuk asrama (suatu hari nanti) pun mak akan tanya jugak ye. Haha.

Ada lagi satu benda yang dia dah tak suka aku buat kat dia. Cium dan peluk. Takmau dah sekarang.

No comments:

Post a Comment