New Friends

Thursday, February 15, 2018

Apa tu benda hidup



Semalam macam biasa temankan Adam buat buku aktiviti baru beli kat sekolah.
Buku Aulad. Seronok buat sampai tak sedar tinggal page last je tinggal, yang lain dia dah siapkan. Excited.
Tu aku pun syok membeli pasal Adam jenis buat habes buku dia.
Biasa satu buku aktiviti dia akan habeskan dalam 2 hari.
Buku nipis jela dalam 30-40 pages.

Ada satu part tu, arahan soalan 'warnakan kuning untuk benda hidup dan biru untuk benda bukan hidup'.

Dia pun warnakan ikut arahan. Aku cek okay betul. Kiranya faham la tu.


"Adam, bagi contoh benda hidup selain dalam buku tu?"

"Ermm..pokok..kereta.."

"Hah kereta? Itukan benda bukan hidup."

Dia cakap apa tau '"iye ummi, masuk kunci kan kereta tu hidup.."


Berdekah aku gelak dengan daddy dia.

Terpaksa aku explain yang betul. Kang nanti dalam exam dia buat gitu habes la nakkk.





No comments:

Post a Comment