Thursday, April 19, 2018

Short escape to Port Dickson




Ke PD lagi weekend baru ni. Aku takde mood sebenarnya nak jalan2 sebab cuaca panas ya amat. Nak bersiap je dah lecah peluh. Bila pakai bedak tu macam dah bercampur dengan peluh. Malas betol la.
Tapi menggagahkan diri dah hasben mengajak.

Pagi Sabtu gerak pukul 10 sampai PD pukul 12. Jalan clear. Cuaca PD mendung je and sejuk. Tak macam kat KL yang berbahang panasnya.


Ais kepal Milo.




Lunch dulu kat Telok Kemang. Aku order nasi ayam dan coconut shake sama dengan Adam. Hasben ais kepal milo dan mee bandung Muar. Macam biasa itu dipanggil mee bandung PD bukan Muar. Ahaha. Tak sama langsung.


Nasi ayam untuk ummi dan Adam. 



Lepak dataran Teluk Kemang kejap. Adam nak naik kuda then nak cari pelampung untuk dia. Naik kuda RM10 sorang untuk budak. Dia bawak jalan satu round je. Dewasa tak ingat berapa. Bagi anak je naik, makpak tengok je.


Steady Adam, ummi tak mengikut dia pun. Tunggu kat checkpoint naik kuda tadi. Malas nak jalan penat. Daddy je pegi ambik gambar. 

Beli jajan nak kunyah2 dalam bilik nanti. Yang campur-campur 5 pek RM10 tu. Ada satay ikan, sotong kering gula, stik ikan.


Ambik mood dulu. Hujan lebat lagi kat luar

Lepas makan terus ke hotel menunggu check-in. Malas nak jalan mana2. Dah start hujan masa tu. Adam siap pakai pelampung dia tak menyabo nak terjun kolam.

Masuk bilik je membuta kejap. Sedapnya sejuk2 membuta. Setengah jam je pun si Adam dah ajak mandi kolam. Lama jugak la berendam. Pukul 6 naik mandi bersiap semua nak keluar dinner pulak.


Daddy belanja aiskrim. Ummi tak turun pantai pun melayan perasaan kat tepi kolam. Haha. Pantai kat sini tak best pulak. Agak kotor. Tengok takde orang mandi pun. 


Ingatkan cafe hotel masih buka sekali turun tengok gelap. Ada pakcik tu je sorang dalam gelap tengok tv. Sah dah tutup ni. Patutla kat menu tu tulis order sebelum pukul 5pm (takde room service ye). Terpaksa la keluar cari makan jugak.


Adam order charkuetiaw, air kelapa. Aku tembikai laici, kerang bakar mengadap sorang2. Hasben nasi goreng kampung, teh tarik.

Memang selebet giler aku. Main sarung je shawl. Yela ingatkan nak dinner kat cafe je sekali kena keluar jugak. Ah lantak situ. Malam2 orang tak nampak. Haha.


Orang dah nak tido dia nak melayan Youtube lagi. Tengok la sorang2 mak nak tido awal. Kehkeh.


Day 2.

Orang pertama breakfast. Haha. 

Macam biasa kitorang memang semangat bab makan ni. Tak banyak variety makanan sangat. Sempat la merasa semua.
Aku ambik bihun goreng, megi goreng, nasi goreng, sosej, bubur nasi. Air mangga. Adam ambik cereal susu, buah tembikai susu. Air mangga. Hasben pulak ambik semua yang goreng2 tu dan air kopi.


Lepas breakfast terjun kolam lagi. Layan jela si Adam tuuu. 





Aku cakap pegi bercuti kejap2 macam ni memang letih. Pasal ape tau penat berkemas sampai sana tak sempat panas punggung dah nak balik. Tapi takpe lah laki mengajak tu ikut jela ye.
Bersyukur dapat luangkan masa bersama. Nanti belanja lagi ye daddy.

Monday, April 16, 2018

My favourite skincare




Sulwhasoo. Produk skincare Korea yang paling top. Aku beli yang sample kecik2 je dulu. Nak beli besar tak mampu lagi. Sebotol je dah RM400 lebih. Bila nak cukupnya semua set kalau beli yang besar. Hehe.

Kulit aku jenis sensitif. Tak kena sikit dengan kulit terus naik jerawat besar2. Tapi pakai Sulwhasoo memang kulit maintain je takde pengeluaran jerawat sangat. Bukan takde langsung just naik seketul dua yang kecik2 tu. Sekejap je dah hilang.

Nak pakai ni ada turutan yang betul. Jangan main bedal je nak pakai mana dulu. Setakat 2 minggu pakai ni aku boleh rasa kesan dia sangat best. Sulwhasoo ni dibuat dari herbal Korea. Kalau rajin korang google lah nak tengok best ke tak best skincare ni.

Siang
1. Cleanser - masih pakai Cetaphil
2. First Care Activating Serum
3. Snowise Brightening Water
4. Snowise Brightening Emulsion
5. Snowise Brightening Serum
6. Snowise Brightening Cream / Concentrated Ginseng Renewing Cream EX
7. Snowise Brightening UV Protection
8. BB Cushion

Malam
1. Cleanser
2. First Care Activating Serum
3. Snowise Brightening Water
4. Snowise Brightening Emulsion
5. Snowise Brightening Serum
6. Snowise Brightening Spot Treatment
7. Snowise Brightening Cream / Concentrated Ginseng Renewing Cream EX
8. Radiance Energy Mask

** Boleh gantikan emulsion (moisturizer) dengan Concentrated Ginseng Renewing Essential Oil. 
Aku selalu pakai essential oil tu malam. Bangun pagi rasa moist je kulit dan glowing. 

Ni aku rajin sikit nak share function setiap jenis skincare tu. 

First Care Activating Serum - Balance the skin for glowing radiance with JAUM Balancing Complex™

Snowise Brightening Water - The main active ingredient, Snowise Tri-White Complex™, optimizes the toner’s brightening effect.

Snowise Brightening Emulsion - A brightening emulsion that makes smooth and translucent-looking skin as spreading softly over the skin.

Snowise Brightening SerumBrightening serum that helps bring out a translucent youthful glow for firmer looking skin with the brightening components of White Ginseng

Snowise Brightening CreamThe hydrating, brightening properties of this cream help create a radiant barrier of moisture on the skin

Snowise Brightening UV ProtectionAnti-pollution skin brightening uv protector that uses Block Brightening technology to help protect your skin from UV and micro dust particles

Snowise Brightening Spot Treatment - Restoring the skin’s firm contours and translucent inner-glow

Concentrated Ginseng Renewing Cream EX - Attain your skin’s exquisite youthful look with the vitality of ginseng

Concentrated Ginseng Renewing Essential Oil - Ginseng seed oil delivers deep, concentrated moisture

Radiance Energy MaskA sleeping mask that helps to clear and smooth your skin overnight with precious jade for immaculate radiance.

Cara yang terbaik pakai serum, balancing water (toner) atau essential oil ni tak perlu kapas. Just tuang sikit kat tapak tangan, ratakan dan terus dap dap kat muka. Sebelum tu boleh gosok2 tapak tangan bagi ada haba sikit nak mudahkan skincare absorb kat kulit. 


Friday, April 13, 2018

Gulai ikan temenung


Yaaa kita berjumpa lagi dalam rancangan 'Sekali Ketuk, Sekali Masak'.
Nak tau kenapa tagline begitu. Ini orang ikut mood dia rasa nak masak dia masak, rasa malas dia makan kedai. Gituuuuu.

Kalini nak share resepi Gulai Ikan Temenung.
Jangan risau lepas makan korang takkan termenung atau berkhayal atau apa2 saja.
Cuma ketidoran mungkin sebab terlampau kenyang akibat menambah nasi semasa makan. Itu sahaja.

^
^
^
^
^
^
^
^


Bahan-bahan (3 orang makan): 
Ikan temenung @ ikan kembung (6 ekor saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
Segenggam cili kering (rendam air panas)
Setangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
Secawan air
Asam jawa
1/2 kotak santan 
1 biji tomato belah 4
1/2 biji timun (atau boleh ganti bendi)

Cara masak: 
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering. 
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau. 
3. Masuk daun kari. Perlahankan api. 
4. Masuk rempah kari ikan dan daging. 
5. Masukkan air dan air asam jawa. 
6. Dah mendidih masukkan santan. 
7. Masukkan ikan dan timun. Biarkan sekejap. 
8. Masukkan tomato dan tutup api. 
9. Dah boleh makan dengan nasi dan letak kicap sikit. Sedap uiiii. 


Thursday, April 12, 2018

Rezeki lagi...



Kawan ofis (Kak Rehan) masak laksa and makan beramai-ramai.
Sedapnya la laksa dia buat. Faveret aku la.
Sekali makan 2 mangkuk baru puas. Ahaha.




Ni laksa pengasuh bagi pulak. Punnn sedap.
Dengan kuih kaswi. Makan panas2 alahaiiii.
Minggu tu betul2 rezeki makanan. Ada je yang bagi dan belanja.
Semoga dimurahkan rezeki semua! Aminnn.


Buah rhemia @ buah kundang


Mak call haritu tanya nak tak buah rhemia ni. Mak nak poskan. Amboi mak.. pucuk di cita ulam mendatang aihhh. Memang teringin nak makan buah tu. Rezekiiiii.

Tahun ni menjadi pokok kat depan rumah tu. Sampaikan mak boleh jual dan pos kat anak-anak yang kejauhan ni. Hehe.






Bagi pengasuh sikit. Bawak ke ofis sikit. Pakat-pakat rasa. Kat sini orang jual sekilo RM25. Mak jual sekilo RM20 sajo.