Friday, April 13, 2018

Gulai ikan temenung


Yaaa kita berjumpa lagi dalam rancangan 'Sekali Ketuk, Sekali Masak'.
Nak tau kenapa tagline begitu. Ini orang ikut mood dia rasa nak masak dia masak, rasa malas dia makan kedai. Gituuuuu.

Kalini nak share resepi Gulai Ikan Temenung.
Jangan risau lepas makan korang takkan termenung atau berkhayal atau apa2 saja.
Cuma ketidoran mungkin sebab terlampau kenyang akibat menambah nasi semasa makan. Itu sahaja.

^
^
^
^
^
^
^
^


Bahan-bahan (3 orang makan): 
Ikan temenung @ ikan kembung (6 ekor saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
Segenggam cili kering (rendam air panas)
Setangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
Secawan air
Asam jawa
1/2 kotak santan 
1 biji tomato belah 4
1/2 biji timun (atau boleh ganti bendi)

Cara masak: 
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering. 
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau. 
3. Masuk daun kari. Perlahankan api. 
4. Masuk rempah kari ikan dan daging. 
5. Masukkan air dan air asam jawa. 
6. Dah mendidih masukkan santan. 
7. Masukkan ikan dan timun. Biarkan sekejap. 
8. Masukkan tomato dan tutup api. 
9. Dah boleh makan dengan nasi dan letak kicap sikit. Sedap uiiii. 


No comments:

Post a Comment