Monday, May 28, 2018

Tema baju raya 2018

Salam Ramadhan ke -12. 

Eh kejapnya la dah dekat 2 minggu berpuasa. Tahun ni mood puasa aku bertambah baik sikit dari sebelum ni. 

Setakat ni masih berhemah ketika membeli di bazar ramadhan.
Beli sorang satu makanan utama dan beli kuih satu jenis. Air tak beli.
Beli makanan pun dari orang yang dikenali maksudnya sebelum ni dah pernah beli dengan peniaga tu la.
Tak berani nak try dari yang lain takut tak sedap. Kang membazir je. 

Weekend masak je macam biasa. Yang simple2 je.
Nasib la hasben jenis tak cerewet nak makan itu ini.
Apa je aku masak dia makan je. Sahur pun makan nasi dengan sambal itam pahang tu je.
Tak lalu eh nak bergulai sambal ape. Ada gak hari tak lalu nasi buat nestum atau oat je. 

Semalam dah settle membeli belah raya.
Beli baju jalan je untuk kitorang bertiga. Adam baju 3 helai beli kat Sports Direct skali dengan baju daddy nya. Sonang.
Aku punya baju beli kat gerai2 dalam Tesco tu. 2 helai sajo. Baju lama masih boleh pakai. 

Baju kurung dan baju melayu dah hantar bulan 3 haritu kat akak ipar di Penang.
Dia ada tailor jadi aku bagi lah cuba. First time ni. Harap2 ok lah. 


Kain beli kat Jakel baru buka kat Bdr Tun Hussein Onn. 


Tema color tahun ni adalah baby blue.
Tapi adalah campur sikit navy blue kat poket baju melayu diorang.
Aku pulak entah berkenan nak pakai batik. Rasa tak pernah lagi aku ada baju batik.
Total 3 kain tu RM350 rasanya. 

Belum upah tailor lagi.
Pitam jugak nak bayar kalau tak menabung awal untuk baju raya.
Kalau ikut aku nak beli yang ready made je.
Hasben la pulak cerewet nak baju melayu tempah.
Tak selesa dia kata yang ready made. Pastu color tak matching la. 

Sebenarnya tahun ni raya kampung dia, Muar.
Tu yang eksaited bab baju raya.
Cuba kalau raya Kedah. Masuk Gene Martino jelah cari baju last minit.
Tahu dah. Tahun lepas gitulaa. 

Apapun raya biar bersederhana je.
Ikut poket masing2. Jangan sampai berhutang pulak.
Ni nanti kena standby duit raya jugak.
Sebab tu raya bulan 6, bulan 1 dah start menabung. Kehkeh.
Nak lagi sakan start la menabung dari raya tahun lepas.
Boleh la kot nak pakai baju raya sampai 30 pasang. Hari2 tukar.    

Thursday, May 24, 2018

Resepi Nasi Ayam mak aku

Kalau buat nasi ayam memang aku akan pakai resepi turun temurun mak. Aku rasa resepi dia senang nak buat dan sedap.
Aku agak2 je sukatan setiap kali buat. Biasa makan 3 orang untuk lunch dan dinner. Ngam2 habes takde simpan peti ais.

Mula2 sekali kena prepare ikut 3 cara di bawah supaya step seterusnya jadi cepat dan mudah.

~Kisar halus 10 ulas bawang putih dan 2 inci halia (sukatan agak2 untuk masukkan dalam sup, perap ayam dan sos). 
~Selepas dah kisar, buat air rebusan ayam untuk diguna dalam nasi dan sup. Rebus dalam 5-6 minit sahaja. Hanya masukkan ayam selepas air mendidih. Aku suka guna kaki ayam dalam rebusan sebab rasanya lebih 'kick'. Hehe. 
~Keluarkan ayam dari rebusan tadi dan ketepikan untuk diperap dan goreng. 


Bahan-bahan nasi : 
Beras 
1 sudu besar planta
Bawang merah - sebiji
Bawang putih dan halia kisar
Kiub ayam Knorr - 1 kiub
Buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis (bahan penumis)
Air rebusan ayam

Cara masak :
1. Basuh beras bersih2 disertai selawat dan doa yang baik2. Tos dan ketepikan. (Kalau nak nasi berwarna kuning boleh rendamkan beras dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dalam 15 minit).
2. Panaskan planta. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bahan penumis dan kiub ayam Knorr dalam periuk nasi.
3. Masukkan beras.
4. Masukkan air rebusan ayam ikut sukatan beras yang nak di masak. Air 2:1 Beras.
5. Kacau dan tutup periuk. Biarkan masak seperti biasa.


Bahan-bahan ayam goreng : 
Kicap manis
Sos tiram
Bawang putih & Halia kisar
Telur

Cara masak :
1. Perap ayam yang telah direbus dengan kicap manis, sos tiram, bawang putih, halia yang dikisar halus.
2. Pecahkan telur ke dalam perapan ayam dan gaul sebati.
3. Biarkan selama setengah jam supaya dia bergaul mesra. Barulah sedap digoreng. 


Bahan-bahan sup ayam : 
Air rebusan ayam
Bawang putih dan halia kisar
Sedikit gula dan garam sebagai perasa
Daun sup

Cara masak :
1. Didihkan air rebusan ayam tadi
2. Masukkan bawang putih dan halia kisar. Perasakan dengan gula dan garam.
3. Tutup api dan taburkan sedikit daun sup.


Bahan-bahan sos :
Air rebusan ayam
5 tangkai cili besar - kisar
Bawang putih & halia kisar
Sos cili
3 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara masak : 
1. Masak bahan-bahan kisar dalam periuk. Masukkan air rebusan ayam.
2. Masuk sedikit sos cili untuk bagi kuah berkilat dan pekat. Masukkan perasa gula dan garam.
3. Tunggu mendidih, tutup api.
4. Untuk kicap, pakai kicap manis tu je. Hehe.




Sup kaki ayam tu yang paling sedap. Aku suka. Tengok la sayur aku, togel je ada timun semata. Salad dan tomato tak beli.



Tuesday, May 22, 2018

Puding roti dengan sos kastard

Selamat berpuasa semua. Harini dah hari ke-6 berpuasa di bulan Ramadhan. 

Tekak dah lama teringin nak makan puding roti. Last makan haritu di The Grand Beach sedapnya lahaiiii. Jadi, dari terus menerus mengidam baik lah kita buat sendiri ye. 
Puas lah google camne nak buat pakai microwave sebab kat rumah aku takde oven. Seb baik la jumpa. First time buat menjadi pulak tu. 

Bahan-bahan A :
5 keping roti Gardenia (jenama lain pun boleh)
250ml susu kotak Dutch Lady (full cream)

Cara masak : 
Rendam kan roti ke dalam susu full cream agak2 bagi tenggelam semua roti. 
Biarkan seketika roti menyerap susu. 

Bahan-bahan B : 
2 sudu besar marjerin 
2 sudu besar gula
**cairkan marjerin dan gula dalam microwave (medium high 2 minit)
1 sudu kecil esen vanilla
Sebiji telur
Kismis

Cara masak : 
Gaul sebati semua bahan-bahan B. 
Tuangkan campuran ke atas rendaman roti tadi. 
Taburkan kismis di atas. 
Masak dalam microwave dengan suhu medium high selama 8 minit. 

Bahan sos kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard

Cara masak : 
Campur dan panaskan bahan sos kastard seperti di atas. 
Kecilkan api. Kacau selalu supaya tak berketul. 
Agak2 dah pekat sikit, tutup api. 
Sedia dihidang dengan roti. Sejukkan lagi sedap. 




Keenakan puding roti ku yang tiada tandingan..Hahaha..

Monday, May 21, 2018

New Malaysia #PRU14



Lambat sikit update cerita pilihan raya ke-14. Nak sematkan di blog juga sebagai kenangan. Hehe. 
Sejarah baru tercipta selepas rakyat Malaysia mengundi pada 9 May 2018, Rabu. Pakatan Harapan (pembangkang) menang kepada Barisan Nasional. 

Perdana Menteri baru, eh bukan baru ni sebab dah pernah jadi PM dulu. PM yang ke-4 now jadi PM yang ke-7. Tahniah Tun Dr Mahathir. 
Semoga kerajaan baru dapat melakukan tugas dengan sebaik mungkin. Jangan sia-siakan kepercayaan rakyat Malaysia. 



Bos aku forward memo ni dalam whatsapp

Sempena kemenangan, PH bagi cuti tambahan lagi 2 hari selepas pilihan raya. Yeay!. Aku dah apply cuti sesiap Khamis tu standby je, Jumaat ingat nak kerja la. Alhamdulillah. dapat cuti free. 


Tuesday, May 15, 2018

Prison Break di Fox Crime TV


Selalu bosan je takde citer best malam2 aku nak layan. Aku bukan jenis layan drama me-layu balik2 kisah cinta, kisah keje ofis besar anak tan sri. Eh bosan ler. Tengok pun aku boleh tertido. Suka lagi tengok citer adventure yang ada action2 bagi segar bijik mata aku ni. 

This week dah episod ke-5 tak silap. Seingat aku macam pernah tengok Prison Break ni dah download dulu tapi separuh jalan kot. Tahun lepas punye 2017. Takpe kali ni tengok lagi kat Fox Crime TV hari Khamis pukul 10.30 malam. Hanya di Unifi TV. Kehkeh. 

Jangan sape kacau mak nak layan tv. Bukan selalu mak layan citer malam2 ni. Kalau takde citer best dah lama mak tido mengeruh mimpi sampai ke bulan dah. Haha. 




Si Sara, ex Scofield. Yang penting Scofield hidup lagi.