New Friends

Tuesday, May 22, 2018

Puding roti dengan sos kastard


Selamat berpuasa semua. Harini dah hari ke-6 berpuasa di bulan Ramadhan. 

Tekak dah lama teringin nak makan puding roti. Last makan haritu di The Grand Beach sedapnya lahaiiii. Jadi, dari terus menerus mengidam baik lah kita buat sendiri ye. 

Puas lah google camne nak buat pakai microwave sebab kat rumah aku takde oven. Seb baik la jumpa. First time buat menjadi pulak tu. 

Bahan-bahan A :
5 keping roti Gardenia (jenama lain pun boleh)
250ml susu kotak Dutch Lady (full cream)

Cara masak : 
Rendam kan roti ke dalam susu full cream agak2 bagi tenggelam semua roti. 
Biarkan seketika roti menyerap susu. 

Bahan-bahan B : 
2 sudu besar marjerin 
2 sudu besar gula
**cairkan marjerin dan gula dalam microwave (medium high 2 minit)
1 sudu kecil esen vanilla
Sebiji telur
Kismis

Cara masak : 
Gaul sebati semua bahan-bahan B. 
Tuangkan campuran ke atas rendaman roti tadi. 
Taburkan kismis di atas. 
Masak dalam microwave dengan suhu medium high selama 8 minit. 

Bahan sos kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard

Cara masak : 
Campur dan panaskan bahan sos kastard seperti di atas. 
Kecilkan api. Kacau selalu supaya tak berketul. 
Agak2 dah pekat sikit, tutup api. 
Sedia dihidang dengan roti. Sejukkan lagi sedap. 




Keenakan puding roti ku yang tiada tandingan..Hahaha..

1 comment:

  1. adoi sedapnyaaaa ni. kena time posa ni sedap dapat yang sejuk pergh lagila..

    ReplyDelete