Thursday, May 24, 2018

Resepi Nasi Ayam mak aku

Kalau buat nasi ayam memang aku akan pakai resepi turun temurun mak. Aku rasa resepi dia senang nak buat dan sedap.
Aku agak2 je sukatan setiap kali buat. Biasa makan 3 orang untuk lunch dan dinner. Ngam2 habes takde simpan peti ais.

Mula2 sekali kena prepare ikut 3 cara di bawah supaya step seterusnya jadi cepat dan mudah.

~Kisar halus 10 ulas bawang putih dan 2 inci halia (sukatan agak2 untuk masukkan dalam sup, perap ayam dan sos). 
~Selepas dah kisar, buat air rebusan ayam untuk diguna dalam nasi dan sup. Rebus dalam 5-6 minit sahaja. Hanya masukkan ayam selepas air mendidih. Aku suka guna kaki ayam dalam rebusan sebab rasanya lebih 'kick'. Hehe. 
~Keluarkan ayam dari rebusan tadi dan ketepikan untuk diperap dan goreng. 


Bahan-bahan nasi : 
Beras 
1 sudu besar planta
Bawang merah - sebiji
Bawang putih dan halia kisar
Kiub ayam Knorr - 1 kiub
Buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis (bahan penumis)
Air rebusan ayam

Cara masak :
1. Basuh beras bersih2 disertai selawat dan doa yang baik2. Tos dan ketepikan. (Kalau nak nasi berwarna kuning boleh rendamkan beras dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dalam 15 minit).
2. Panaskan planta. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bahan penumis dan kiub ayam Knorr dalam periuk nasi.
3. Masukkan beras.
4. Masukkan air rebusan ayam ikut sukatan beras yang nak di masak. Air 2:1 Beras.
5. Kacau dan tutup periuk. Biarkan masak seperti biasa.


Bahan-bahan ayam goreng : 
Kicap manis
Sos tiram
Bawang putih & Halia kisar
Telur

Cara masak :
1. Perap ayam yang telah direbus dengan kicap manis, sos tiram, bawang putih, halia yang dikisar halus.
2. Pecahkan telur ke dalam perapan ayam dan gaul sebati.
3. Biarkan selama setengah jam supaya dia bergaul mesra. Barulah sedap digoreng. 


Bahan-bahan sup ayam : 
Air rebusan ayam
Bawang putih dan halia kisar
Sedikit gula dan garam sebagai perasa
Daun sup

Cara masak :
1. Didihkan air rebusan ayam tadi
2. Masukkan bawang putih dan halia kisar. Perasakan dengan gula dan garam.
3. Tutup api dan taburkan sedikit daun sup.


Bahan-bahan sos :
Air rebusan ayam
5 tangkai cili besar - kisar
Bawang putih & halia kisar
Sos cili
3 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara masak : 
1. Masak bahan-bahan kisar dalam periuk. Masukkan air rebusan ayam.
2. Masuk sedikit sos cili untuk bagi kuah berkilat dan pekat. Masukkan perasa gula dan garam.
3. Tunggu mendidih, tutup api.
4. Untuk kicap, pakai kicap manis tu je. Hehe.




Sup kaki ayam tu yang paling sedap. Aku suka. Tengok la sayur aku, togel je ada timun semata. Salad dan tomato tak beli.



No comments:

Post a Comment