Monday, May 28, 2018

Tema baju raya 2018

Salam Ramadhan ke -12. 

Eh kejapnya la dah dekat 2 minggu berpuasa. Tahun ni mood puasa aku bertambah baik sikit dari sebelum ni. 

Setakat ni masih berhemah ketika membeli di bazar ramadhan.
Beli sorang satu makanan utama dan beli kuih satu jenis. Air tak beli.
Beli makanan pun dari orang yang dikenali maksudnya sebelum ni dah pernah beli dengan peniaga tu la.
Tak berani nak try dari yang lain takut tak sedap. Kang membazir je. 

Weekend masak je macam biasa. Yang simple2 je.
Nasib la hasben jenis tak cerewet nak makan itu ini.
Apa je aku masak dia makan je. Sahur pun makan nasi dengan sambal itam pahang tu je.
Tak lalu eh nak bergulai sambal ape. Ada gak hari tak lalu nasi buat nestum atau oat je. 

Semalam dah settle membeli belah raya.
Beli baju jalan je untuk kitorang bertiga. Adam baju 3 helai beli kat Sports Direct skali dengan baju daddy nya. Sonang.
Aku punya baju beli kat gerai2 dalam Tesco tu. 2 helai sajo. Baju lama masih boleh pakai. 

Baju kurung dan baju melayu dah hantar bulan 3 haritu kat akak ipar di Penang.
Dia ada tailor jadi aku bagi lah cuba. First time ni. Harap2 ok lah. 


Kain beli kat Jakel baru buka kat Bdr Tun Hussein Onn. 


Tema color tahun ni adalah baby blue.
Tapi adalah campur sikit navy blue kat poket baju melayu diorang.
Aku pulak entah berkenan nak pakai batik. Rasa tak pernah lagi aku ada baju batik.
Total 3 kain tu RM350 rasanya. 

Belum upah tailor lagi.
Pitam jugak nak bayar kalau tak menabung awal untuk baju raya.
Kalau ikut aku nak beli yang ready made je.
Hasben la pulak cerewet nak baju melayu tempah.
Tak selesa dia kata yang ready made. Pastu color tak matching la. 

Sebenarnya tahun ni raya kampung dia, Muar.
Tu yang eksaited bab baju raya.
Cuba kalau raya Kedah. Masuk Gene Martino jelah cari baju last minit.
Tahu dah. Tahun lepas gitulaa. 

Apapun raya biar bersederhana je.
Ikut poket masing2. Jangan sampai berhutang pulak.
Ni nanti kena standby duit raya jugak.
Sebab tu raya bulan 6, bulan 1 dah start menabung. Kehkeh.
Nak lagi sakan start la menabung dari raya tahun lepas.
Boleh la kot nak pakai baju raya sampai 30 pasang. Hari2 tukar.    

No comments:

Post a Comment