Friday, June 29, 2018

Checklist masuk rumah baru

Nervousnya rasa nak masuk rumah baru. 
Tapi sebelum masuk tu banyak benda kena buat. Memang ler orang kata rumah baru ni cuci kaki je masuk. Tu kalau yang dah siap renovated and fully furnished betul la cuci kaki je.

Ini rumah kosong. Basic. Apa pun takdak. Bukan setakat nak cuci kaki je, sekali dengan poket licin. 
Dalam kepala dah berat pikir satu2 ape nak buat, jadi jom kita listkan.

INITIAL PAYMENT
1 Deposit Elektrik = RM510.00
2 Deposit Air = RM200.00
3 Maintenance service
4 Security guard / access card
5 Kos ambil kunci

*Updated 17/9/2019
Untuk kos di atas total sebenar adalah 1K++ tapi setelah ditolak duit booking semasa book rumah dulu ada la dalam dua tiga ratus kena tambah aku dah tak ingat.

MISCELLANEOUS
1 Packing box, selotep, wrapping film - kos pindah barang
2 Lori Sewa 1 tan = RM300 (kawan ofis suami dan suami angkat barang)
3 Check defect - check sendiri dibantu oleh adik (chargeman TNB)
Cukai pintu = RM160 +-
5 MOT / Strata Title
House Warming

*Updated 17/9/2019
Item 5 masih belum dibayar ye sebab takde keperluan nak jual atau refinance lagi. Memang nak duduk sampai duit tabung dah penuh barulah ai bayar. Item 6 pun tak buat lagi. Tunggu buat sekali aqiqah baby next year kot insyaallah. 

INTERIOR/EXTERIOR
1 Grill & awning 
2 Plug point tambahan
3 Kipas siling = RM700 +-
4 Lampu = RM550 +-
5 Rod / Railing langsir
6 Langsir
7 Blind
8 House Tinted
9 Alarm
10 CCTV
11 Lantai kayu / vinyl - berperingkat (hall, tangga, dapur, bilik 3)
12 Lampu Pagar / Car Porch
13 Landscape / Rumput Hiasan
14 Paip luar & Getah Paip
15 Plaster siling
16 Outdoor Water Filter

SERVICES
1 Relocate Unifi - FOC
2 Relocate Coway - FOC
3 Kerja wiring - RM420.00 (upah adik aku)
4 Kerja mengecat - nak cat sendiri

*Updated 17/9/2019
Unifi belum cover lagi area ni. Mereput la pakai Celcom Wifi dulu yang tak berapa nak laju tu. Bulan pertama ok laju lepas tu hampeh. TV pun channel apa yang ada je. Taknak pasang Astro tunggu jela Unifi masuk bulan depan. Item 4 tak buat lagi. 


Gambar Google dari FB. Cantik design ni untuk ruang dapur kecik rumah aku. 

DAPUR
1 Sinki ✔
2 Sink Tap ✔
3 Kitchen cabinet
4 Hob & hood
5 Rak pantry ✔
6 Troli dapur
7 Rak tong gas
8 Tong gas ✔
9 Rak pinggan
10 Pengering pinggan ✔
11 Water dispenser Coway ✔
12 Rice cooker ✔
13 Blender ✔
14 Peti sejuk ✔
15 Microwave ✔
16 Steamer ✔
17 Tong sampah ✔
18 Plastik sampah ✔
19 Pinggan mangkuk ✔
20 Gelas cawan ✔
21 Sudu garfu ✔
22 Pisau ✔
23 Periuk ✔
24 Kuali ✔
25 Dulang ✔
26 Lesung batu ✔
27 Papan pemotong ✔
28 Besen
29 Pencuci pinggan dan span ✔
30 Penapis teh kopi ✔
31 Tudung saji ✔
32 Downlight ✔

RUANG MAKAN
1 Meja makan
2 Counter bar / high stool
3 Hiasan frame
4 Karpet
5 Kipas dinding

RUANG TAMU
1 TV ✔
2 TV kabinet ✔
3 Sofa
4 Wing chair
5 Coffee table ✔
6 Karpet ✔
7 Hiasan frame ✔
9 Downlight 3 track spot ✔
10 Kipas siling ✔
11 Plug / Switch ✔
12 Cermin besar

BILIK TIDUR UTAMA
1 Katil king/queen
2 Tilam ✔
3 Cadar dan selimut ✔
4 Bantal ✔
5 Almari baju 
6 Aircond
7 Kipas siling ✔
8 Karpet
9 Meja solek / Rak dinding ✔
10 Kerusi solek
11 Rak penyangkut dinding - sejadah, telekung, tuala
12 Lampu meja
13 Side table
14 Bakul sampah ✔
15 Cermin ✔
16 Downlight x 2 ✔

BILIK TIDUR ADAM
1 Katil single ✔
2 Tilam ✔
3 Cadar dan selimut ✔
4 Bantal
5 Almari baju ✔
6 Meja study ✔
7 Aircond
8 Kipas siling ✔
9 Rak buku ✔
10 Rak mainan
11 Karpet ✔
12 Lampu meja
13 Side table
14 Penyidai tuala
15 Bakul sampah ✔
16 Downlight x 2 ✔

BILIK TETAMU / BILIK SOLAT
1 Toto dan selimut ✔
2 Bantal
3 Almari ✔
4 Sejadah ✔
5 Telekung ✔
6 Rak pakaian solat
7 Rak buku
8 Karpet
9 Iron ✔
10 Iron board ✔
11 Rak baju
12 Feather duster ✔
13 Kipas siling ✔
14 Lampu LED pendek

RUANG DOBI
1 Mesin basuh ✔
2 Rak penyidai boleh lipat tepi ✔
3 Hanger ✔
4 Hanger pakaian dalam ✔
5 Pengepit baju ✔
6 Bakul baju kotor ✔
7 Bakul baju bersih 
8 Sabun basuh ✔
9 Softener ✔
10 Varnish ✔
11 Clorox ✔
12 Rak sabun
13 Hiasan frame pasu
14 Bathmat ✔
15 Berus plastik dan sabut ✔
16 Hos paip ✔
17 Mop & bucket ✔
18 Baldi ✔
19 Gayung ✔
20 Penyapu dan penyodok ✔

BILIK MANDI UTAMA & DALAM BILIK
1 Water heater
2 Rak toiletries
3 Cermin
4 Toiletries ✔
5 Berus tandas ✔
6 Pencuci tandas ✔
7 Air freshener ✔
8 Curtain
9 Hiasan
10 Slipper toilet
11 Bathmat
12 Sinki ✔
13 Penyangkut tuala ✔


4 comments:

  1. Entry yang menarik. Kalau Nak pindah rumah atau pejabat dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas perkongsian..sangat2 menghargainya

    ReplyDelete
  3. sangat menarik..list sgt lengkap..sambil salin, bole imagine siap2 rumah dah..tq!tq!..

    ReplyDelete
  4. MOT/strata title tu apa dia ye?tukar geran dari developer kepada owner kan?

    ReplyDelete