Monday, June 11, 2018

Singgah Movie Animation Park Studios (MAPS)




Ontheway balik KL dari Kedah haritu sempat singgah MAPS Perak. Itupun kawan hasben whatsapp bagitau suruh singgah sebab masuk free dari pukul 5 petang sampai 10 malam. Bagus jugak bila kita update aktiviti kat Facebook atau Instagram contohnya balik kampung atau pegi mana2, bila kawan2 ada apa2 info dia boleh update kita kan. TQ sangat!

Kalau nak masuk tu bayaran mungkin RM100 sorang. Klik Sini untuk harga tiket. 

Mulanya kitorang dah kat RNR Tapah berhenti makan situ. Sikit lagi je nak sampai KL. Lepas dapat whatsapp dari kawan dia, ingat malas dah nak pusing balik ke sana. Dalam 30km tau dari RNR Tapah tu. Puffff! Tapi hasben nekad jugak nak pegi, sukati la kan. Aku ikut je. Dia yang drive. 

Esoknya Adam sekolah dan kitorang pulak keje (Isnin). Tu yang buat aku malas nak pegi. Balik Kedah ni pun 2 hari je. Gerak Jumaat malam lepas balik keje pastu Ahad dah balik KL. Penat giler. Buat plan ni pun sebab hasben akan start busy minggu depannya untuk PRU14. Then start puasa pulak jadi bilanya nak balik Kedah kalau macam tu. 






Sampai je tengok orang dah beratur panjang. Parking pulak jauh giler. Paham la benda free confirm ramai serbu. Orang Perak dah sah2 tahu dulu kannnn. 
Tapi beratur ni bukan tak gerak langsung. Laju je Q nya. Tak sempat toleh kiri kanan dah sampai entrance. 


Berjaya sampai di MAPS. Muka sememeh tu abaikan je. Maklum la duduk dalam kereta berjam jam dari Kedah siap tido berapa kali entah, tetiba ajak datang sini memang gitu la rupanya. Bedak ape semua tak pakai togel je muka. Haha. 

Depan entrance belah kanan nampak tower ni dulu. Ada la macam muzium barang2 lama. Macam dalam Pirates of the Caribbean pun ye jugak..

Konon tengah bawak kapal ler tu. 


Maknya berlakon macam kapal nak karam. Ahaha. 


Kembang kempis hidung mengah naik tangga 3 tingkat tinggi2 pulak tu. Semputttt. 


Dah turun bawah pusing2 dekat situ ada roller coaster kecik sesuai untuk budak2 tapi belum buka. Pukul 8 ke atas katanya. Patutla takde orang naik. Kemain excited kitorang ke situ tengok takde orang. Ingat orang tak nampak mainan tu ke ape. 


Adudu ke ape namanya tu. Mula2 aku ingat tranformers. 







'Alkisah...Alkisah tersebutlah kisah. Sang Kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Firaunnnn....'

'Mana Firaun pakai sultan!'







Dah boring tak tau nak main ape sebab semua tempat panjang giler beratur. Sebenarnya teringin nak main bumper car tu. Tapi situ la yang paling ramai Q. Kitorang bukan jenis penyabar bab beratur ni. Kehkeh. Next time la kalau datang sini berbayar mungkin tak ramai orang.



Untuk menghilangkan kekecewaan tak dapat naik bumper car, marilah kita makan aiskrim. 


Muak aiskrim ni pasal semua coklat. Aku dah cakap kat hasben suruh ambik aiskrim kat tengah tu vanilla barula tak muak. Ni tak semua bedal coklat, sila habiskan ye. 


Lepas pekena aiskrim masuk kedai gift pulak. Banyak candy and gummy jelly dalam tu. Macam2 bentuk. Apa lagi tak senang duduk la budak tu. Kalau boleh semua dia nak sauk suh beli. Ambik la yang bentuk teddy, alphabet & numbers dengan yang lain2 tu sikit2.


Pastu beli 3D puzzle Nat Geo Kids gambar turtle. Dapat free gambar 3D cheetah. Adam pilih.



Tak nyempat keluar kedai dah separuh gummy habes.

Ada konsert kat stage tengah2 tu tapi kitorang tak tengok pun. Artis jemputan Mas Idayu dengan sape entah. Tu yang buat lagi crowded. Sampai kan ada budak hilang terpisah dengan family dia. Lost and Found kat sebelah ni. Sempat la kitorang tengok budak tu jumpa balik mak dia. Meraung raung mak dia haa peluk budak tu. Kecik lagi dalam 4-5 tahun. Aku pulak yang rasa nak nangis.









Last sebelum balik, kitorang tengok Stunt Legends show. Ni pun beratur panjang tapi sebab hasben beria mengajak at least ada something yang kitorang masuk dia kata. Masuk je tempat ni nah kau tempat full kat depan2 ni. Kat belah atas je ada kosong jadi kau kena memanjat la sebab tak jumpa tangga kat mana. Terhegeh2 aku memanjat siap hasben tolong tarikkan tangan lagi sebab aku tak berdaya dah. Fuh!


Yang kesiannya ada makcik belakang aku ni. Lepas aku dah dapat duduk, nampak dia baru nak naik dengan laki dia. Laki dia dah lepas naik, tinggal makcik tu kat belakang terkial kial tak dapat naik. Gap setiap tingkat tu memang tinggi pun. Dia panggil2 laki dia tapi laki dia menonong je jalan ke depan. Alahai aku tengok dia dok hulur tangan jadi aku capai la tarik tangan dia naik atas. Kehkeh. Kesian makcik tu. 





Bergambar dengan racer.




Show dah habes boleh la nak selfie dengan diorang ni. 


Sempoi je mat dan minah saleh ni. Diorang emcee masa show tadi. 





Dah puas tengok show marilah pulang ke ibu kota. Esok keje. Sebelum balik singgah makan jap kat McD pastu baru gerak. Pukul 10 malam keluar dari Ipoh sampai KL 12.30 pagi. Memang pecut habes hasben aku. Harap tak mengantuk la kat ofis. 

No comments:

Post a Comment