Tuesday, July 31, 2018

Negatif sangat.

Sejak 2 bulan ni makin malas nak bangun pegi keje.
Setiap hari rasa cepatlah weekend, cepatlah nak buang segala macam masalah dalam kepala ni.

Sekarang nak elak dari stress pasal orang kat ofis, aku cuba kecikkan kawan kat sekeliling.
Malas nak dengar cerita itu cerita ini. Biarlah kurang kawan pun asalkan tak dengar benda-benda negatif.

Hari2 datang keje dengar cerita yang sama.
Naik jemu dah. Pastu mulalah aku rasa down nak keje.
Bila dah jauhkan sikit dari orang2 camni rasa aman sikit hidup aku.

Memang aku tau keadaan management skarang agak teruk.
Setiap bulan ada je yang resign sebab tak happy keje. Bila staff tak happy akan effect la semua orang sebab production slow. Masing2 punya keje berkait dengan satu sama lain.

Aku bagi contoh, pasal report. Team B kena update daily and monthly report.
Team A yang akan finalise dan update to customer and accounting system.
Bila Team B problem, buat report tak betol cacamerba habes, buat sambil lewa, yang effectnya Team A la. Orang last yang kena jawab.
Team B lepas tangan je taknak ambik tahu n banyak alasan. 

Manager Team B pulak baru nak up. Semua dengar arahan angguk2 geleng2 dari bos atas yang tak betol.
Orang bawah Team B bengang dengan manager ni sebab tak pandai manage, asyik nak ugut orang dengan warning letter, tak tahu nak ambik hati staff, tak appreciate staff macamkan dia je yang buat keje and so on.
Banyak lagi isu tak puas hati yang selalu berbangkit dari diorang. Pening!

Kadang tu ada salah sendiri tapi tak leh ditegur jugak staff ni pun.
Mengaku jelah kau salah n perbetulkan. Bukannya tuding jari kat orang lain pulak.
Sampai bila pun tak habes la woi.

Bos besar pulak main pilih bulu. Yang mana ikut cakap dia itu la dia bagi lebih.
Pastu over friendly dengan orang tu sampaikan tak boleh beza hal keje dan hal kawan.
Itu yang bertambah susah. Staff lain pandang tak professional langsung.

Kalau benda ni berterusan aku pun dah plan nak cari yang lebih baik.
Malas dah nak stress pikir benda negatif macam ni. Aku nak work life yang lebih berkualiti. Tu je.

Friday, July 27, 2018

The Secret Scripture

Movie best lagi. Semalam tengok kat FOX TV.

Ni pun buat jiwa aku tersentuh. Memang setiap scene buat aku tertanya tanya. 





Rose McNulty (Vanessa Redgrave) telah menjadi pesakit di hospital mental selama 40 tahun. 
Dia dituduh membunuh anaknya (bayi) pada tahun 1942. 
Hospital tu kemudian nak dibangunkan jadi hotel or resort. Dr. Stephen Grene (Eric Bana) seorang psikiatri muda yang ditugaskan  untuk menilai sama ada Rose harus dipindahkan atau dibebaskan. 
Dr Stephen dibesarkan di kawasan tu dan dalam proses menjual rumah mak ayah dia. 
Rose berkeras yang dia tak bunuh anak dia dan ceritakan kisahnya kepada Stephen menggunakan diari yang dia tulis dan menceritakan tentang kehidupan sebelum dia dipenjara.

Rose menjauhkan diri dari tempat asalnya untuk tinggal dengan mak saudara di negara yang neutral. 
Kat sana ramai lelaki tempatan minat dengan Rose. 
Rose suka dengan Michael McNulty (Jack Reynor), seorang pejuang British tapi dalam masa yang sama Father Gaunt (Theo James) pun suka Rose. Father Gaunt ni ketua Katolik.   
Ada lagi sorang, Jack Conroy (Aidan Turner) pun suka dengan Rose, salah seorang daripada kumpulan Katolik anti-British. 
Father Gaunt dan Jack selalu bergaduh berebutkan Rose, so nak mengelakkan masalah mak saudara Rose hantar dia tinggal kat sebuah rumah ladang yang terpencil. 

Suatu hari, sebuah kapal terbang terhempas berhampiran rumah Rose, dia jumpa juruterbang yang tergantung dari pokok, terperangkap dalam payung terjun. 
Dia potong tali ke bawah dan tengok orang tu adalah Michael dan tolong rawat Michael sampai pulih, sembunyikan dari penduduk tempatan yang anti-British. 
Mereka berkawan rapat dan habiskan masa bersama sebab Michael dah nak tinggalkan Rose untuk sambung berperang, so cepat2 kahwin.




Sebelum Michael pergi, penduduk tempatan anti-British tangkap Michael dari rumah Rose dan bunuhnya.

Father Gaunt tahu Rose dah tidur dengan Michael, so dia tulis laporan kesihatan mental Rose, yang menyatakan dia menderita "nymphomania". 
Dengan izin dari mak saudara Rose, hanya satu-satunya saudaranya yang tinggal, dia dipenjarakan di hospital mental tempatan dan di mana Rose diberi terapi kejutan elektrik untuk hilangkan ingatan dia. Kesiannya. 
Rose sedang hamil dan mengetahui bahawa setiap bakal bayi yang dilahirkan akan diberikan kepada wanita tunggal atau menghabiskan seluruh kehidupannya dalam tempat tu. 
Dia melarikan diri ke pantai. 

Father Gaunt and the polis ikut, Rose pun berenang ke sebuah gua dan lahirkan anak kat situ. 
Dari jauh polis nampak Rose pukul tanah dengan batu seolah macam Rose bunuh anaknya padahal dia nak putuskan tali pusat tu then polis percaya yang Rose bunuh anaknya yang baru lahir. 
Sebenarnya, Father Gaunt dah ambil bayi tu.




Pada masa ni, Stephen mendedahkan kepada jururawat Rose (Susan Lynch) bahawa ayahnya sendiri menceritakan sesuatu tentang keturunannya di hari kematian ayahnya. 
Dia baca sebuah petikan dari tulisan Rose yang menunjukkan anaknya dilahirkan pada musim bunga (sebab tak tahu tarikh lahir) dan dokumen rasmi menyatakan 1 Mei 1942, pada hari yang sama Stephen dilahirkan. 
Stephen terus cari  dokumen kerja parents dia dan kembali ke rumah sakit mental dan tunjukkan Rose surat tu. 
Rose sebelum ni selalu cakap yang anak lelaki dia mesti akan ambik dia bawak balik then naluri dia betul bila Stephen ambik Rose ke rumah keluarganya.

Korang kena tengok cite ni, sangat menyayat hati. Huhu. 

Wednesday, July 25, 2018

Movie 3096 Days



Semalam tengok TV2, pukul 9.30 malam. 
Terus tak boleh tido. Terbayang bayang jalan cerita tu. 
Sedih. Geram. Marah. Sebak. Semua ada. Jiwa rasa bercampur campur. 

Rupanya cerita ni dari kisah sebenar. 
Natascha Kampusch, budak 10 tahun yang diculik oleh sorang lelaki loner (Priklopil) masa balik dari sekolah. 

Lepas culik, dia bawak Natascha ke satu bilik kecik bawah garaj dan bawah tanah yang dia sendiri reka ruang tu. 
Memang dia dah plan lama untuk culik budak tu. 
Dia selalu perhati Natascha dari jauh. 
Fuh seram orang saiko ni. 
Laki tu kerja as technician rasanya. 
Dalam bilik tu ada toilet, sinki dan tilam kecik untuk tido.

Polis ada datang rumah Priklopil sebab ada van putih yang guna untuk culik Natascha. 
Masa culik kat area sekolah tu ada budak nampak. 
Lepas polis dah soal siasat semua tapi lepas camtu je. 
Mungkin tak cukup bukti.  

Penculik tu masih ada mak dan nenek tapi tak tinggal sekali. 
Kadang-kadang je mak dia datang rumah untuk masak, cuci baju dan mengemas. 
Mak dia memang takkan perasan ada orang bawah tu sebab bilik tu kedap bunyi dan terlalu ke bawah. 

Ada sekali tu mak dia perasan ada rambut kat baju Priklopil tapi mak dia lega sebab sebelum ni ingat Priklopil tu gay. 
So bila nampak rambut tu maksudnya Priklopil ada girlfren la. 
Lepas mak dia balik terus dia botakkan rambut Natascha. 
Sedih betol.   

Priklopil dera macam2 sampaikan jadi kurus dan tak cukup zat. 
Kadang tu disuruh buat kerja berat. 
Kesian sangat tengok Natascha. 
Dah besar sikit dia ada bawak Natascha jalan-jalan kat luar. 
Shopping barang rumah dan buat outdoor aktiviti (ski ice). 

Banyak kali dia pernah try escape tapi tak berjaya. 
Masa main ski ice tu dia masuk toilet and jumpa makcik ni terus bagitau yang dia diculik tapi makcik tu tak faham bahasa dia. 
Maybe kat negara lain masa tu. 

Setelah 8 tahun lebih, hari kejadian nak escape Natascha dan laki tu tengah vakum van putih tu untuk dijual. 
Then laki tu dapat call dari buyer kot, pastu bising bunyi vakum so dia cakap kat dalam garaj. Natascha tengok pintu gate terbuka sikit then dapat kekuatan untuk escape. 
Dia biarkan vakum on then lari! 
Dah jauh2 tu jumpa old lady then bagitau "I am Natascha Kampusch". 
Old lady call polis dan polis pun bawak dia jumpa family untuk identify. 

Hari yang sama Natascha escape laki tu pegi bunuh diri dengan lompat depan train. 
Ayat yang buat Natascha teringat ingat last tu lebih kurang macam ni "only one of us would survive". 

Best sangat cite ni walaupun scene agak slow sebab balik2 scene kat bilik tu je. 
Ada part boring sikit tapi terkesan kat jiwa. 
Korang tengok la ye. 

Friday, July 20, 2018

Birthday yang ke-31

Dugaan di hari lahir, 18 July yang lepas. 

Anak demam panas due to tonsilitis. Pening la maknya nak kena berjaga malam. Lap badan sampai suhu turun. Pastu si Adam pulak nak makan nak mandi semua nak mak yang buat. Padahal dia memang dah pandai buat sendiri. Biasa la time ni nak memanja. 

Jadinya, EL lah mak ni selama dua hari. Cuti dah habes nakkk. Semoga cepat sembuh ye Adam sayang. Mak dah tingtong kepala ni. Nak kena tune balik waktu tido. 


First wish from encik husband. 


Ingat lagi masa ni 2016, aku baru lepas demam due to urine infection. Sakit pinggang sampai demam. Demam yang jenis seram sejuk terketar ketar tu. Fuh sakit ya amat. Jadi pegi celebrate kat depan rumah jela lepas dah baik sikit. 

Dan tetiba ex-colleague masa kat Maybank dulu shared memory ni. Auwww rindunya. 


Beria tanya bila masa gemok padahal pernah ke kurus weiii. Kahkah. 


Masa tu tengah pregnant kan Adam. 5 bulan rasanya. Serupa penguin dah. Mana taknya pencapaian terbaik 90kg sampai bersalin. Before pregnant 65kg. Dahsyat betol. Nasib la lepas pantang dapat turun balik. 70kg jela yang boleh pun. Jadiklahhh. 

Tengok sekarang haa 80kg balikkk. Diet please!


Wish dari mak tapi ko tengok la harini baru perasan keluar kat newsfeed. 

Agaknya orang komen baru post tu aktif. Tapi kan mak kita ni salah eja nama laaa. Dari dulu gitu. Letak nama complicated sangat sampai susah nak eja. Haha. Apapun terima kasih mak. Love u!

Then, wish dari abah pulak walaupun menumpang post orang lain. Hehe. 

Terima kasih abah. Love u jugak!

Hari lahir tiap2 tahun camtu jela. Ada rezeki lebih, dapatla hadiah special sikit. Tahun ni hasben belanja makan je dengan kek coklat kecik tu. Ye pahammm. Tahun ni memang banyak pakai duit nak masuk rumah baru kannn. 

Lagi 2 ke 3 tahun I nak claim hadiah mahal ye. Hehe. Happy Birthday To Me!

Monday, July 16, 2018

Stress.

Benda camni pun kadang boleh stress. 


Lift. 
Kalau dah duduk rumah bertingkat paham la kan nak keluar je mesti guna lift. Paling men'stress'kan aku bila nak cepat2 sampai depan pintu lift, lift baru je melepasi tingkat 6. Ada dua lift pun satu lagi baru je melepasi tingkat 6 jugak. Then nak tunggu lift naik balik sampai ke tingkat 18 ya ampun hazab lama betol.
Pastu dah sampai tingkat aku, lift penuh. Nak menyelit pun takleh dah. Last2 ko terpaksa turun tangga. Kalau aku tau baik dari awal tadi aku turun tangga. Stress berganda-ganda.
Lagi stress tangga pulak bau kencing bau taik bau sampah. Macam2 la bau. Adohaiiii.    

Jalan jem. 
Nak masuk lane tapi orang depan ni boleh pulak lambat giler siput babeng nak ke depan sikit. Yang kita ni bertiktok (bunyi signal) tapi dia buat donno je. Padahal depan dia tu jarak kemain jauh lagi. Apa salahnya ko memudahkan orang. Rasa nak langgar je bontot kete tu baru ada akai kot!
Baru je dapat melepasi jalan jem, orang semua dah speed ada jugak yang makan angin kat lane tengah. Lane kanan nak potong laju2 semua. Lane kiri dah memang slow. So mana ko nak duduk. Membontot jela kat situ. Nah ambik jari tengah aku ni! Takde common sense langsung. 

Parking. 
Sampai satu tempat tu parking full. Ada la dalam 3 round pusing cari parking. Finally jumpa orang ni nak keluar parking. Kita pun tunggu la tepi sikit sambil bagi signal. 5 minit menunggu. Takde tanda2 nak keluar. 10 minit menunggu. Dia baru nak betolkan cermin. 15 minit menunggu. Nah bagi hon panjang sedas! Baru terhegeh nak keluar parking. Angkat tangan MAAF pun takde. Buat muka berlagak lagi ada la.

Makcik bawang.

Datang keje pagi2 nak breakfast dengan aman dan tenang tetiba makcik bawang cerita perihal anak dia keje besar, beli kereta mahal, admitted private hospital mewah dan berharap orang sekeliling berkata wow bestnya wow untungnya tapi nan hado responnya.
Yang ada hanyalah krik krik krong kreng bunyi penyaman udara yang sedang beroperasi. Dan makcik bawang sekali lagi bercerita benda yang sama selagi tiada respon yang memuaskan hati beliau. Sungguh annoying.
Dan aku hanya mampu mengunyah makanan dengan laju tak sempat hadam supaya cepat2 aku boleh blah dari situ.

Ok itu sahaja setakat ini. Kalau ada lagi akan ditambah dari semasa ke semasa.  

Wednesday, July 11, 2018

Suka sangat lagu ni.




Sape yang tengok drama NUR tau la lagu ni. Cerita yang sedap dan lagu pun sedap.