Wednesday, December 3, 2014

Menu Masakan bagi ibu yang berpantang

**Sekadar rujukan untuk aku nanti..hehe..Menu ni diambil dari group resepi ringkas di facebook (terima kasih pada tuan yang share resepi ni)..
Aku takut nanti cari tak jumpa so aku letak kat blog. senang. hihi...
*
*
*
*
*
*
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang :
----------------------------------------------------------
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

Menu Masakan 
--------------------------------

SUP IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
*********************************************************************************
STEAM IKAN
Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
*********************************************************************************
SINGGANG IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
*********************************************************************************
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
*********************************************************************************
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
*********************************************************************************
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
*********************************************************************************
SUP IKAN TENGGIRI
Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
*********************************************************************************
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
*********************************************************************************
IKAN HARUAN KUKUS
Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
*********************************************************************************
SUP IKAN HARUAN
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
*********************************************************************************
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
*********************************************************************************
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
*********************************************************************************
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
*********************************************************************************
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
*********************************************************************************
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
*********************************************************************************
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
*********************************************************************************
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
*********************************************************************************
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
*********************************************************************************
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Wednesday, November 26, 2014

Astro Oasis kini di Hypptv.. *Ni bukan iklan Unifi okeh* ...



Saje nak cite borak2 petang2 ni..
Nak buat keje mengantok pulak..
Petang2 ni dah la sejuk, pekena nescafe panas terus idea mencurah2 nak membebel..haha..

Aku dah lama pakai Unifi ni..
Dah 4 tahun rasanya..
Yela kan dapat suami kaki game mana tak mengelupur kalau takde line internet selaju boleh..
Tu yang pasrah jer pakai Unifi..
Tak kisah la yer janji awak yang bayar..
Sebab awak yang pakai banyak..kehkeh..
Aku setakat nak layan youtube, bukak fesbuk, instagram, whatsapp tu jer..

Dulu2 aku ada pasang Astro jugak..
Sebab boring kan balik keje nak melayan TV..
Aku ni kaki TV jugak..
Dulu la..masa belum ada anak..
Skang takde maknanya..
Astro pun aku dah potong lama dah..
Sempat pakai 2 tahun je kot..
Ni kira dah tahun kedua rumah aku takde Astro..
Takpe lah lega sikit jimat tak payah nak bayar banyak..
Lagipun kecewa dulu dengan Astro..
Macam2 dia caj dalam bil..
Padahal amik yang pakej family tu jer..
Masa awal register dulu bulan2 bayar RM37.95 je..
Dah lama2 tu jadi RM40.95..
Channel yang sama je..takde pun aku tambah..
Walaupun naik RM3.00 tapi duit jugak kan..
Tambah pulak aku bayarkan Astro yang kat kampung sekali..
Berganda2 la bil..
Last2 potong jer..
Rancangan pun ulang2.. sampai boleh hafal..
Boringggg...

Bulan lepas Unifi HyppTV ada channel baru..
ASTRO OASIS..
Apa lagi melonjak2 la aku nak amik channel tu..
Aku kan peminat Ustaz Kazim..
Rancangan dia "Kalau Dah Jodoh" tu..
Pehhh boleh hilangkan stress kalau tengok..
Tambah pulak aku suka cite Tanah Kubur tu jugak..
Kira pakej la bila dapat tengok Astro Oasis..
Dah la bayar RM6 je sebulan utk channel tu..
Kira ok la..
Time maghrib pun ada zikir, nasyid, selawat..
Adam pun suka layan..

Untung pakai Unifi ni..
Internet laju kalau tengok youtube tu takde sangkut2..
Time hujan pun bole tengok tv..
Takde masalah pun..
Kalau Astro wajib dah hujan sikit je terus takleh tengok tv..kehkeh..

Masa musim bola dulu, hasben amik pakej bola 3 channel tu dari Astro..
Ape entah lupa dah..
Bayar RM30 je tambah..
Bila dah tak nak tengok bole je call or email Unifi untuk unsubscribe..
Senang sangat..
Kalau Astro kemain payah lagi nak kena call sana sini..
Kena jumpa orang ni orang tu..


Tu saje bebelan di petang Rabu ni..

Okbai!


Notasukahatiaku : Kalau Dah Jodoh setiap hari Selasa pukul 7.30malam, Tanah Kubur setiap hari Jumaat pukul 7.30malam jugak..Kalau tak sempat tengok pukul 10malam ada ulangan..hehe..


Friday, October 24, 2014

Selamat Hari Lahir, Adam!

Alhamdulillah....

2 tahun yang lepas...24.10.2012.... hari ni lah hari aku bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat.. anugerah dari Allah.. amanah juga dan rezeki yang tidak ternilai... pinjaman dari Allah untuk dicorakkan menjadi seseorang.. Moga anak yang lahir jadi penyejuk hati ummi dan daddy.. jadi anak yang soleh.. Aminnnn... In shaa Allah...

Kenapa aku cakap rezeki yang tidak ternilai...
Sebabnya...

Ujian dari Allah selama lebih kurang 2 tahun menunggu.. Hampir putus asa.. Tapi dengan kesabaran, usaha, doa, dan tawakal dapat jugak merasa jadi seorang ibu.. Kadang kadang terfikir kenapa kita diuji..
Ada sebabnya..
Ada hikmahnya..

Dulu...
Dah lali dengan soalan-soalan orang yang tanpa memikirkan perasaan kita.. Bertanya soalan yang sudah tahu jawapan.. Memang menguji kesabaran..

Sekarang aku faham sangat situasi orang yang macam aku dulu.. Sebab tu aku takkan pernah nak tanya orang sesuka hati macam mana orang buat kat aku dulu.. Ye aku faham sangat..
jadinya jangan nak concern sangat jaga tepi kain orang.. Tu semua kerja Allah..

^
^
^
^
^


Birthday Adam..

Sebenarnya celebrate in advance.. Buat masa raya haji haritu 05.10.14 kat Kedah.. Tahun lepas pun buat kat Kedah jugak..

Aku dah plan nak buat tema 'School Bus' sebab Adam memang suka sangat dengan bas.. Pergi mana2 nampak bas je tunjuk ''bas..bas..haa tu bas...'' Nasib la dia tak mintak daddy belikan bas betol tu.. Kalau tak haruuu..

Sebenarnya dah tempah kek dan goodies ikut tema tapi orang tu masuk hospital pulak.. Demam tak kebah sampai seminggu.. Dah tu dia tak bagitau awal2 yang dia tak dapat siapkan kek sume tu..Huhuhu... Aku pulak lagi 2 hari nak balik Kedah baru nak call dia follow up.. Ingatkan okay la dia tengah buat.. Tak tahu pulak dia sakit.. Takpe lah..takde rezeki nak buat ikut tema sikit..

Jadi, aku la yang kelam kelibut call sana sini.. Dah la nun jauh di Kedah.. Mana nak cari lagi yang bole siapkan dalam 2 hari oiii.. Semua dah fully booked..

Makanya..buat jela sticker label school bus.. letak kat doorgift.. Kek beli kat kedai Kuala Nerang je.. Harusla takde image school bus.. Kat kedai biasanya ada image yang femes2 je.. Aku amik jerla image The Cars letak atas kek..hihi.. Lari tema nampaknya..


Kek The Cars


 >

Birthday Boy dah ready nak tiup lilin...

Nah pisau potong leklok tau...

Ni dah macam bersilat nak potong kek punnn...

Finally...


Mengelupur nak turun main..

Buat makan2 ni jemput sedara terdekat je.. Adik beradik mak kan duk dekat2 situ je.. Tu pun dah penuh rumah..meriah..

Adam dah 2 tahun harini.. Sekejap je masa berlalu.. Adam belum jadi abang long lagi.. Masih tidur bawah ketiak ummi.. Haha.. Manja sangat...

Tu pun orang masih tanya.. Bila Adam nak dapat adik... Okay fineeee...

Sekali lagi...

Ummi nak ucapkan...

''Selamat Hari Lahir, Adam yang ke-2 tahun" 

dan...

Tahniah untuk ummi...sebab berjaya mengeluarkan budak comel yang dalam perut ni 2 tahun yang lalu...

Yeay!!....

Notakaki : Rindu masa ni..Adam kecik lagi..

 

Thursday, October 23, 2014

#OOTD Aidilfitri 2014 di Parit Jawa, Muar...

Feeling #ootd lah sangaaattt kannn...

Takpe lah entry dah basi pun.. tapi nak bagitau jugak yang raya aidilfitri bulan 8 haritu tema color GOLD...hihi..

Saje je aku nak sematkan gambar raya satu family dalam blog ni.. kesah raya kat Muar (kampung mentua) dengan kampung aku sendiri tak sama.. Aku skang sejak dah ade anak touching lebih sket bile tak beraya kat kampung aku sendiri.. sedihnye lain macam tau..huhu..

Tambah bila dengar takbir pagi raya tu..mula la air mata aku bergenang.. teringat family kat Kedah oiii... Sambil tu duk teringat jugak lontong mak yang sedap tu.. ketupat palas lagi.. serunding mak.. sedapnye laa...

Baju raya ni pun beli last minit..sehari lagi nak raya baru beli..

Mahal jugak la.. kat K-Mall Tanjung Agas.. tempat ni macam bazar jual baju.. semua kedai baju-baju, tudung, pakaian lelaki pun ada sekali.. senang shoping semua dalam satu kedai je.. tapi yang tak bestnya diorang ni letak harga mahal sebab tau orang mesti akan amik jugak sebab dah last minit.. yang kita ni pulak ingat beli last minit la dapat harga giler punye murah.. takde maknanya okay.. lepas ni daku nak tempah awal2 baju raya..kehkeh..

Cuti raya tu dapat seminggu.. Tapi bosan jugak cuti lama2.. dah tak tau nak berjalan kemana.. Malas nak cerita panjang.. meh layan gambar jela..
^
^
^
^
^
Peace yo!

Family photo

Lagi...

Dan lagi....


Kawan dengan budak besar...

Kemain lagi tu...

Makan abc & rojak petis kat Tanjung Emas

Last but not least....

Presenting Adam yang suka menyanyi... *dia je yang paham*...

Lagu "Wheel On The Bus"...feveret nih...



Sunday, September 28, 2014

SusunAtur Ruang Rumah : Playroom Adam

Tak tau nak panggil playroom ke ape..

Sebab bilik ni tak digunakan sepenuhnya untuk aktiviti Adam.. Kadang kadang Adam banyak bawak keluar mainan dia main kat keluar.. Mungkin dia bosan kot main sorang2 dalam bilik.. yela kan..ummi daddy pun kadang2 mood malas tu datang nak teman Adam main dalam bilik dia..hehe..

Ni bilik kedua.. Agak luas untuk jadi playroom sahaja.. So untuk sementara waktu letak jugak hadiah2 kawen dulu. Ruang dalam bilik lain tak cukup..

Playroom Adam takde konsep ape2 pun.. Warna warni lah kiranya.. Sebab aku bila shoping barang2 ni main beli je ape yang aku rasa cantik dimata..haha dan murah..tu aku amik kira jugak.. kebanyakan barang2 ni time murah ada sales baru aku beli.. Sanggup tunggu sampai price cut.. Kalau tak aku bolayan jer..

Tu rak buku 3 tingkat..aku transform jadi rak mainan..pastu letak box kecik2 dalam dia..

Time bersepah macam tongkang pecah..adehh..

Tu jela mainan yang dia paling suka..drum..sebab bole ketuk2..


Kalau dah bosan dia ketuk ummi dia pulak

Kalau ada satu lagi evamat lagi ok kan...

Tempat Adam melukis kat meja merah tu..

Rumah ni 3 bilik je.. Satu blik tidur utama.. Bilik kedua playroom Adam.. Bilik ketiga *kecik sket dari bilik yang lain* hasben dah jadikan bilik gaming dia.. Memang terhad sangat ruang tu.. Bilik gaming tu jadikan tempat simpan barang jugak..macam stor..hehe..

Tu je mainan yang ada selepas dah dikelaskan dan dibuang mana yang dah rosak.. Lega sikit mata ni tengok mainan yang betul2 digunakan je ada dalam kotak tu..

Playroom Adam yang caca merba.. Tengah pikir lagi kalau letak wallpaper pun ok jugak..hihi...

Wednesday, September 24, 2014

WW : Adam's Band


    





Dah lama tak bergambar camni...

Pelik je mood malam ni..
Tetiba je rasa rajin nak update blog..haha..

Ada masa terluang sikit...

Ni gambar masa kat Annual Dinner ofis hasben haritu..
Tema nye 'The Night of Movie Characters'...
Buat kat Vivatel..

Layan jela..

 

Kasi chan ummi ngan daddy Adam photoshoot dlm photobooth tu kejap kannn.. Bila lagi.. Hihi...

Adam kena tinggal ngan babysitter masa ni.. Kesian dia.. Babysitter cakap asal orang ketuk pintu je dia la yang dulu lari gi kat pintu.. Sekali tengok orang lain yang datang..

Tapi kitorang balik awal malam tu.. Pukul 10 malam terus chow balik.. Nasib la number lucky draw dah keluar awal2 lagi.. Rezeki..dapat voucher Aeon RM200.. Hehe..

Ok tu je..Adam pun dah rengek nak tido la tu..

Monday, September 15, 2014

Alamak..dah ter 'wean off' la pulak...

Tak lama lagi Adam dah 2 tahun. Bulan depan je ni.. Cepat sangat masa berlalu.. Tak sempat daku nak mengejar.. Selaju Adam dah boleh berlari skang terkedek kedek mak dia ni semput kalau kat pasaraya..letih hoi! Hahaha.. Last2 biar daddynye pulak yang kejar..

Nak cite pasal perjalanan breastfeed Adam.. Sebenarnya aku sempat fully breastfeed Adam sampai 8bulan je.. tu betol2 belum campur FM.. gigih mengepam masa kat office (dulu keje kat Maybank) kejenye ya ampun terlampau banyak.. sambil buat keje sambil pam.. aku pam kat meja sendiri.. bawah meja ade plug point so bole la nak sorok2 pam.. nak naik pam kat surau memang tak sempat.. dulu pakai Spectra 3 senyap je.. jiran meja pun xperasan aku tengah pam..hehe.. tapi nak bawak ke ofis tu yang tak tahan.. berat ya amat.. ape pun aku bersyukur sebab pam tu banyak berjasa kat aku.. tak pernah buat hal..

Then masa hujung2 Adam 8 bulan aku dah goyang.. tak larat dah nak mengepam.. kudrat tak cukup..hihi.. sekarang bila pikir balik rasa menyesal.. tapi takpe la.. aku buat keputusan tu pun sebab pikirkan diri aku jugak.. kalau aku penat, letih stress aku jugak yang susah.. badan terlampau penat pastu aku akan mula emo pastu aku rasa nak marah semua orang.. tulah dugaan mak mak bekerja ni.. tu aku la.. orang lain aku tak tau camne.. badan masing2... aku nak ada masa dengan diri sendiri..haa gitu..

So bermula la bagi Adam FM.. try susu Anmum la, S-26 la, Dutch Lady la.. semua dah try.. yang dia okay susu Anmum.. tapi tak terlarat nak beli la pulak.. Adam kuat menyusu.. makan pun banyak.. kadang2 lepas makan nasi/bubur tu dia nak susu lagi.. Adam dengan susu Anmum lama jugak la.. pastu aku tukar susu Dugro pulak masa dia setahun lebih camtu.. perisa asli je.. aku tengok Dugro pun sama company dengan Anmum..Fonterra kan.. so alhamdulillah serasi dengan Adam..

Walaupun aku dah stop mengepam, tapi malam2 Adam still breastfeed.. siang je dia dengan babysitter dia minum FM.. mengempeng tu wajib..haha.. kalau weekend memang tu jela keje dia.. dah mak dia ni ade kat rumah kannnn...

Sampai la satu masa Adam setahun 10 bulan.. means baru2 ni la.. aku try letak asam jawa kat situ... sekali dia tak nak pulak.. aku acah2 jer letak.. haa amik ko.. terus dia tak nak.. buat muka geli...eeee...eeee...

Adoi kesian Adam.. ingat nak bagi cukup 2 tahun baru nak betol2 stop.. sekali terawal la pulak.. Hasben aku dah bising.. cakap aku tak kesian anak la.. anak nak ngempeng lagi tapi tak nak bagi..
hahaha.. Daddy sangat dia tu...nyampah aku..pentingkan anak lagi dari bini dia ni.. takde la... saje aku nak sentap pulak... Bukan aku kejam pun dengan anak kan.. Adam okay jer..

So skang ni dah bole tido gaya kuak lentang ke gaya apepun semua bole tibai.. Bahagia betol.. tapi kadang2 tu rasa 'free' sangat la pulak.. Malam2 tercari cari Adam.. padahal tido satu katil je..haha.. Dah terbiasa kan...

Notakecik: Rezeki anak..masing2 lain..jangan pertikaikan..aku dah cuba sedaya upaya kudrat aku.. ikut kemampuan aku.. Tapi aku pun ada keinginan nak fully breastfeed adik2 Adam sampai 2 tahun..insyaAllah..belajar dari pengalaman..

Wednesday, September 3, 2014

SusunAtur Ruang Rumah : Pantry 'Merdeka' ku.

Hai.

Pantry Merdeka ni dah letak dulu kat group susunatur haritu. Eksaited sangat sampai tak nyempat nak update kat blog.

Thanks pada semua ahli group yang ada bagi cadangan, idea dan kongsi pasal susunatur ni.

Sebelum tu pun kat rumah dah pernah bincang dengan hasben. Dia ada cakap nak belikan rak dapur baru untuk aku sebab kesian katanya aku duk susun barang pakai rak buku je. Dah itu je rak yang ade kan. Aku guna jela. Nak beli tapi bajet takdak la pulak. Lagipun aku ni berkira kira sikit kalau kena pakai duit sendiri. Saiyang. Haha.

Dia cakap kalau dapat range harga dalam 150-200 tu dia boleh la belikan. So aku pun mula mencari cari jugak kedai mana yang ade jual rak pantry ni. Dah gi tengok kat kedai perabot area Sg.Besi tapi mahalnye la dalam RM200 camtu. Tu pun boleh kurang sampai RM180 je. Takpe kita survey lagi mana tau dapat yang lagi murah ke. Nak membeli ni kena survey habes dulu. Jangan gopoh sangat.

Sehari sebelum merdeka tu saje la gi jenjalan kat Tesco. Lagipun nak beli diapers Adam jugak. Kebetulan ade merdeka sales. Harga memang betol2 murah giler. Ape lagi mengelupur la aku kat situ (percaya ke?). Aku buat2 cool bila tengok rak ni. Hasben pulak yang eksaited suh amik.

Rak 5 tingkat

Dimension

Sampai je rumah terus pasang. Gigih hasbenku memasang bendalah ni. Nasib baik senang je. Tapi kena pegang dua orang jugak untuk dirikan tiang tu.


View dari depan. Perghh label bekas sebesar alam. Dari jauh boleh nampak. Khas untuk orang rabun. 

View dari tepi

Boleh la letak microwave aku tu. Sebelum ni letak atas rak biasa sampai melendut jadinya. 2 tahun duk situ mana tak melendut.



Abaikan susunan barang2 kat situ ye. Aku main letak je. Bercampur campur dengan tin biskut dengan susu Adam lagi. Coffee 3in 1 la semua aku bantai letak sekali. Janji senang amik. Hehe.



Ni pun banyak kekurangan lagi. Nak kena menyoping bakul/bekas2 untuk 'rumah'kan barang2 tu ikut jenis. Baru nampak teratur sikit. Tu nanti2 la aku buat entry baru pulak bila dah siap nanti. Tak tau la bilaaa...