Wednesday, October 18, 2017

Tips Pilih Bank Terbaik untuk Pinjaman Rumah


Aku share kat sini sebab senang nak refer balik nanti.


Credit: FB Harith Faisal

Kalau kau kali pertama nak beli rumah, normal-lah kau tak tahu pasal hal ehwal bank kan. Soalan yang selalu ada dalam kepala kau, "Bank apa yang bagi interest paling rendah ye?"

Kalau kau nak tau, orang pilih pembiayaan dan pinjaman rumah bukan tengok kadar interest yang paling rendah semata-mata. Banyak lagi benda lain yang kau kena tau.

Nah! Saya belanja 6 benda yang perlu kau tengok masa nak pilih pakej pembiayaan yang sesuai untuk rumah kau. Ada lagi beberapa poin lain, tapi kalau dapat 6 ni dah kira cukuplah.
.
.
#1_Tempoh_pembiayaan_maksimum

Kalau muda-muda lagi, boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. Pilih yang maksimum supaya bayar balik bulanan jadi rendah.

Kadar sewa nanti boleh menampung bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif.

Inilah salah satu sebab yang bagi saya motivasi untuk beli rumah banyak-banyak masa muda. Kau apa tau? Haha.

Kalau umur 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. Cara kiranya macam ni, 70 – 40 = 30.
.
.
#2_Kadar_untung_bank_rendah

Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar balik bulanan mestilah lagi rendah.

Ada bank yang pakai kiraan “lagi mahal harga rumah, lagi rendah keuntungan bank”. Tapi masih ambil kira skoring dari banker.

Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank tu akan tinggi jugak. Jadi, pastikan jaga profail kewangan kau betul-betul kalau nak rate rendah.

Bagi saya, selagi bayaran bulanannya dapat cover ansuran bulanan rumah tu, saya sebat je walaupun kadar keuntungan bank agak tinggi.

Iyalah, bukan kita yang bayar pun kan. Penyewa yang bayarkan. Janji, lulus cepat.
.
.
#3_Tiada_lock_in_period

Biasanya pembiayaan Islamik memang takda lock in period. Jadi, takda halangan daripada pihak bank untuk kita jual semula rumah kita tu bila-bila masa yang kita nak.

Contohnya kalau kita ambil pakej yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank.

Pakej yang takda lock in period sesuai untuk flipper. Maksudnya dia beli rumah harga murah, biasanya daripada pasaran lelong. Kemudian, dia cantikkan rumah tu. Beberapa bulan lepas tu, dia jual balik pada harga market value.

Tapi, kalau kau nak duduk sendiri rumah tu, tak payah kisah sangatlah pasal lock in period ni. Kau memang nak duduk sampai habis nyawa kan.
.
.
#4_Fleksibel

Ada jenis term, semi fleksibel dan fleksibel. Fleksibel yang paling best!! Sebab kalau kita ada duit lebih tak tau nak buat apa dah, kita boleh bayar lebih kepada bank untuk tolak prinsipal. Lagi cepatlah kau dapat habiskan hutang tu.

Tapi, kalau kau takda tunai yang banyak, tak guna pun kau beriya nak yang jenis fleksibel ni. Memang tak guna.
.
.
#5_Margin_maksimum

Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan bagi 90% margin of financing (MOF). Baki lagi 10% kena sediakan sendirilah. Tapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita.

Kalau kita high risk applicant, komitmen sedia ada pun dah tinggi, nak beli rumah yang mahal tak sesuai dengan kelayakan, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan kena tolak.

Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum.

Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk dapatkan 100% MOF.

Jangan lupa, cari juga bank yang boleh bagi tambahan pembiayaan 5% untuk kos yuran guaman, yuran penilaian hartanah dan MRTT.

Jadi, tak payahlah kau guna modal yang tinggi untuk beli rumah tu nanti.
.
.
#6_Pembiayaan_islamik

WAJIB!!

Tak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam MESTI ambil pembiayaan Islamik lah berbanding pinjaman konvensional tu. Dah sah-sah riba'.

Sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, kalau ada pilihan, kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah, kan. Wajib tau.
.
.
Pilih yang terbaik.

Sejujurnya memang susah nak dapat pakej yang menepati semua 6 poin di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah.
.
.
#Tip_BONUS

Saya akan mohon pembiayaan kat 2-3 bank yang lain-lain. Risau juga kalau berharap sangat kat satu bank je. Kalau tak lepas bank tu, at least ada back up daripada bank yang lain.

Selain tu, tujuannya supaya saya dapat pilih bank yang boleh bagi pakej terbaik ikut citarasa dan matlamat pelaburan saya.

Benda ni tak terpakai untuk kau cari pasangan hidup ya. Jangan kau dating sampai 2-3 orang sekaligus. Alasan, sebab nak cari yang terbaik. Terbaiklah sangat.

Tak baik tau mainkan hati dan perasaan orang lain. Kalau dah suka kat seseorang tu, teruslah masuk meminang. Be gentleman sikit.

Bercinta lama-lama, habis duit dating kat KFC 500 kali, tengok movie sama-sama 200 kali, travel 50 kali, rupa-rupanya kau tolong jaga jodoh orang lain.

Haha! - HF


Tuesday, October 17, 2017

Farm In The City

Memikir la mana nak bawak Adam jalan2 hujung tahun lepas. Zoo dah boring. Pusing shoping mall pun takde faedah. Cakap je nak window shoping tapi mesti terbeli jugak lah. Niat tu nak bawak Adam tengok haiwan camne pun. Dia pun suka layan pasal haiwan2 ni kat youtube.
Macam kucing tu suka tapi jenis tak berani dekat. Berani acah2 kucing tu je. Hehe. 


Trip paling dekat dan berfaedah. Bagus jugak ni. Boleh bagi makan haiwan secara dekat. Zoo tak boleh kan. 

Mula2 takut nak bagi makanan, main hulur je dari jauh. Selepas 10 minit, baru okay. Mood membuas dah mai. 

Tu menunggu ikan ye, bukan menangkap ikan. Sampai ke sudah tak dapat kalau camtu. 

''Tak best la ummi ikan ni..kita tengok yang lain pulak la..''


Ni haiwan ape tak ingat. 


Tengok, berani tak daddy. Haha. 

Iguana ke tu ummi?...



The owl..


Ini pun aku tak tau nama ape. Kat situ ada la dia labelkan setiap haiwan tu. Anak2 sila baca dan hafal. Mak tak larat eh nak hafal. Kehkeh. 


Kelinci..atau bole disebut arnab atau englishnya rabbit. Haha..

Nah makan sampai kenyang. 

Susah nak jumpa yang saiz kecik. Semua besar gedabak. Terlebih makan sudah.


Ni bukan kambing. Tak dapat dikenal pasti haiwan ape. Muahaha..

Nah makan lagi.. Biar obesiti terus. 

Mak tak puas hati lagi bagi lagi makan.. Pandai2 la korang bersenam nanti..




Adam tanya, boleh duduk atas dia ke ummi? Jangan macam2 Adam, tu haiwan terpelihara kang pupus nanti. 

Nak keluar dari situ bagi lagi diorang ni makan. Nasib laaa.. 


Pegi time krismas, deko pun krismas la. Kat luar dah ni. 


Tamat la sudah pengembaraan bersama haiwan2. Hehe.. Budak-budak seronok la dapat explore benda2 baru camtu. Yela dok di bandar ni celah mana nak rasa pegang haiwan jinak camtu. Dalam masa yang sama kita dah develop keberanian dalam diri diorang. Eceh. 

Siap dapat sijil ko...

Harap bersabar tengok gambar ni. Aku pun tak tau kenapa dia taknak rotate. Lantak situ. 

Monday, October 16, 2017

Proses beli rumah pertama dengan pemaju


Terima kasih sudi baca tulisan perjalanan aku beli rumah baru (Rumah Selangorku). Ada yang tanya dah baca pun masih tak faham proses sebenar beli rumah macam ni. Ok this entry pendek saje sebab aku akan buat point dan link ke entry penuh aku buat sebelum ni supaya mudah faham. 

Sedikit selingan pasal progress payment

Bulan 5 tahun depan genapla 2 tahun membayar progress rumah. Lepas loan dah approved dulu, rumah start dibina dan ada progress payment sehingga rumah siap.

Progress payment ni setiap kali pemaju claim dengan bank, dia akan hantar surat kepada bank dan cc kepada aku untuk maklumkan berapa percent sudah progress rumah dibina. Then dari amount claim pemaju tu ada percentage yang kena bayar. Itulah dipanggil progress payment. 

Aku apply loan dengan BSN dapat bantuan kerajaan RM200 sebulan untuk kurangkan bayaran progress tersebut. Contohnya, total bayaran progress bulanan sepatutnya RM700 jadi perlu bayar RM500 sahaja sebab dah tolak RM200 tersebut. 

Bila rumah dah siap dan dapat sijil layak menduduki barulah kita kena bayar full monthly installment seperti dalam agreement. 


Proses Membeli Rumah Pertama Dengan Pemaju (Rumah Selangorku) 


  1. Pilih rumah ikut kemampuan bukan kehendak. Ukur baju di badan sendiri. KLIK SINI
  2. Penawaran Rumah Selangorku. KLIK SINI
  3. Permohonan loan bank. KLIK SINI
  4. Bayar lawyer fee (Lawyer pemaju & Lawyer bank). KLIK SINI
  5. Bayar progress rumah (dalam pembinaan). KLIK SINI
  6. Tunggu rumah siap dan bayar full monthly installment. Expected November 2018.


Itu sahaja step by step beli rumah pertama dengan pemaju. Untuk kes aku ada tambahan satu step pada awal tu sebab beli rumah under Selangorku kena dapat penawaran dari LPHS (Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor).



Tuesday, October 10, 2017

Mee Udang Berasap Man D'Lepai

Ada ke yang tak suka seafood, cer angkat tangan? Aku rasa semua orang suka. Walaupun boleh mengundang gout tapi keenakan dia memang takleh lawan.

Nak cerita mee udang paling sedap setakat ni aku penah try. Masa balik Kedah raya puasa haritu, kitorang singgah sebelum balik KL. Recommended by adik aku, Iman.

Semua ada kecuali adik ipar aku Syifa (wife adik Nazmi) dan anak dia, Firas. Rumah Syifa nak buat kenduri kawen akak dia so busy tak join kitorang. Masa ni pukul 1 pagi melantak mee udang. Aku pikir masuk kete je nanti nak membuta. Kahkah.



Lek lek tunggu makanan sampai. Si Adam tu duduk kemain jauh dari makpak dia. Sekali air sirap dia sampai sempat minum seteguk terus tumpah lencun habes baju seluar. Belum makan dah lencun. Nasib la baju dia asing beg, kalau sekali beg kitorang jenuh nak memunggah luggage tu. 

Gambar Google. 

Gambar berasap takde jadi gambar google je ada. Tepek kat sini dulu nak tunjuk kehebatan asap dia. Berdesing telinga lalu kat tepi ni. Yang pakai spek mata harap bertabah, dia punya kabus tu lepas 24jam baru hilang. Haha. 

Adik aku keje menyakat Adam je. Dok panggil2 Adam mana ni hilang tenggelam dalam asap. 

Makanan sampai je semua senyap. Menikmati makanan kannn... Adam je tak makan mee udang, dia punya mee goreng. Lepas dah salin baju tau pulak nak dok sebelah mak dia ni. 




So far aku rasa ni sedap berbanding mee udang Ayu kat Penang tu. Kesedapan mee udang ni bergantung kat kuah dia. Udang semua sama. Tu je.

Jemput la try kalau singgah Aloq Staq. Hehe.

Monday, October 9, 2017

Wedding dan Jalan Jalan JB

Ni kira 2nd time ke JB. First dulu ke Legoland. Walaupun rumah mertua kat Muar tapi nak ke JB ni memang jauh sangat.

Gerak dari KL malam pukul 12 lebih. Hasben memang suka berjalan malam kalau travel jauh2. Aku pulak risau jalan malam2 ni takut mengantuk. Yela dia sorang je drive. Nak harap aku, jenis masuk kete belum gerak dah berdengkur kat belakang. Hihi.

Sampai JB (Kampung Melayu Majidee) pukul 6 pagi singgah umah Mak Nah, mandi solat rehat2 dulu. Dapat la tido yang betol2 selesa atas katil sekejap.

Pukul 10 siap2 nak ke majlis di Golf n Country Resort. Tak jauh dah dari rumah Mak Nah. Sampai je dewan si Adam buat hal. Nasib tak terjun pool kat tepi dewan tu. Menjerit semua orang yang tengah amik makanan. Anak sapa la ni.


Sebelum masuk dewan.




Sebelum pengantin sampai haruslah bergambar dulu.

Tetamu dah makin ramai.

Pengantin sampai kitorang dah siap makan. Dok relax2 je kat meja berborak dengan sedara mara.

Hajar & Aizz. Hajar ni anak Mak Nah. Kira sepupu sebelah hasben. 






Bila hasben whatsapp gambar2 ni baru aku perasan si Adam menyelit kat gambar diorang. Masa ni aku kat meja berborak. Hasben yang kesana sini amik gambar.
Yang pakai baju pink belakang Adam tu sebaya Adam. Kalau balik kampung memang itulah geng nya. Tu yang nak menyelit sekali tu.


Lagi 2 hari nak gi jemputan kawen Hajar baru kitorang book hotel. Hotel bajet saje. Dapat la Tune Hotel dekat je dengan Golf n Country Resort tu.

Environment Tune Hotel sangat best. Dekorasi hotel ni bajet ala mewah kekdahnya. Bagi aku ok la sekadar nak rehatkan badan. Setakat menginap satu malam boleh la.

Nasib ada TV, kecik pun jadiklahhh. 

Check toilet pulak ok ke tak. Bersih dan ada hos paip walaupun sempit. Muat sorang je untuk satu masa. Haha.


Tempat shower pun okay.

Beliau pun melonjak kegembiraan dapat tido hotel bajet.

Malam tu keluar cari makan. Hasben nak lepak JDT Cafe. Cafe ni sebelah stadium je. Gambar aku cari tak jumpa pulak save kat mana. Pinjam gambar mamat ni tengah bersembang. Situ la kitorang minum dan order french fries untuk Adam. Datang jauh2 order kentang je kooo... Haha.


Minum2 pastu meneman si Adam round dataran. Orang tak ramai pun.

Esoknya lepas check-out, cari tempat makan. Hasben ajak try kacang pool dengan mee rebus.

Ais jagung, ais frutti dengan kacang pool sedap.



Mee rebus aku order tak sedap. Rasa dia pelik. Sedap lagi mee rebus Sg Besi.

Lepas makan terus gerak balik ke KL. Tu saje 'percutian' singkat kami. Next time nak repeat ke sana lagi. Nak lajak ke USS pulak. Tehee..