Sunday, September 28, 2014

SusunAtur Ruang Rumah : Playroom Adam

Tak tau nak panggil playroom ke ape..

Sebab bilik ni tak digunakan sepenuhnya untuk aktiviti Adam.. Kadang kadang Adam banyak bawak keluar mainan dia main kat keluar.. Mungkin dia bosan kot main sorang2 dalam bilik.. yela kan..ummi daddy pun kadang2 mood malas tu datang nak teman Adam main dalam bilik dia..hehe..

Ni bilik kedua.. Agak luas untuk jadi playroom sahaja.. So untuk sementara waktu letak jugak hadiah2 kawen dulu. Ruang dalam bilik lain tak cukup..

Playroom Adam takde konsep ape2 pun.. Warna warni lah kiranya.. Sebab aku bila shoping barang2 ni main beli je ape yang aku rasa cantik dimata..haha dan murah..tu aku amik kira jugak.. kebanyakan barang2 ni time murah ada sales baru aku beli.. Sanggup tunggu sampai price cut.. Kalau tak aku bolayan jer..

Tu rak buku 3 tingkat..aku transform jadi rak mainan..pastu letak box kecik2 dalam dia..

Time bersepah macam tongkang pecah..adehh..

Tu jela mainan yang dia paling suka..drum..sebab bole ketuk2..


Kalau dah bosan dia ketuk ummi dia pulak

Kalau ada satu lagi evamat lagi ok kan...

Tempat Adam melukis kat meja merah tu..

Rumah ni 3 bilik je.. Satu blik tidur utama.. Bilik kedua playroom Adam.. Bilik ketiga *kecik sket dari bilik yang lain* hasben dah jadikan bilik gaming dia.. Memang terhad sangat ruang tu.. Bilik gaming tu jadikan tempat simpan barang jugak..macam stor..hehe..

Tu je mainan yang ada selepas dah dikelaskan dan dibuang mana yang dah rosak.. Lega sikit mata ni tengok mainan yang betul2 digunakan je ada dalam kotak tu..

Playroom Adam yang caca merba.. Tengah pikir lagi kalau letak wallpaper pun ok jugak..hihi...

Wednesday, September 24, 2014

WW : Adam's Band


    





Dah lama tak bergambar camni...

Pelik je mood malam ni..
Tetiba je rasa rajin nak update blog..haha..

Ada masa terluang sikit...

Ni gambar masa kat Annual Dinner ofis hasben haritu..
Tema nye 'The Night of Movie Characters'...
Buat kat Vivatel..

Layan jela..

 

Kasi chan ummi ngan daddy Adam photoshoot dlm photobooth tu kejap kannn.. Bila lagi.. Hihi...

Adam kena tinggal ngan babysitter masa ni.. Kesian dia.. Babysitter cakap asal orang ketuk pintu je dia la yang dulu lari gi kat pintu.. Sekali tengok orang lain yang datang..

Tapi kitorang balik awal malam tu.. Pukul 10 malam terus chow balik.. Nasib la number lucky draw dah keluar awal2 lagi.. Rezeki..dapat voucher Aeon RM200.. Hehe..

Ok tu je..Adam pun dah rengek nak tido la tu..

Monday, September 15, 2014

Alamak..dah ter 'wean off' la pulak...

Tak lama lagi Adam dah 2 tahun. Bulan depan je ni.. Cepat sangat masa berlalu.. Tak sempat daku nak mengejar.. Selaju Adam dah boleh berlari skang terkedek kedek mak dia ni semput kalau kat pasaraya..letih hoi! Hahaha.. Last2 biar daddynye pulak yang kejar..

Nak cite pasal perjalanan breastfeed Adam.. Sebenarnya aku sempat fully breastfeed Adam sampai 8bulan je.. tu betol2 belum campur FM.. gigih mengepam masa kat office (dulu keje kat Maybank) kejenye ya ampun terlampau banyak.. sambil buat keje sambil pam.. aku pam kat meja sendiri.. bawah meja ade plug point so bole la nak sorok2 pam.. nak naik pam kat surau memang tak sempat.. dulu pakai Spectra 3 senyap je.. jiran meja pun xperasan aku tengah pam..hehe.. tapi nak bawak ke ofis tu yang tak tahan.. berat ya amat.. ape pun aku bersyukur sebab pam tu banyak berjasa kat aku.. tak pernah buat hal..

Then masa hujung2 Adam 8 bulan aku dah goyang.. tak larat dah nak mengepam.. kudrat tak cukup..hihi.. sekarang bila pikir balik rasa menyesal.. tapi takpe la.. aku buat keputusan tu pun sebab pikirkan diri aku jugak.. kalau aku penat, letih stress aku jugak yang susah.. badan terlampau penat pastu aku akan mula emo pastu aku rasa nak marah semua orang.. tulah dugaan mak mak bekerja ni.. tu aku la.. orang lain aku tak tau camne.. badan masing2... aku nak ada masa dengan diri sendiri..haa gitu..

So bermula la bagi Adam FM.. try susu Anmum la, S-26 la, Dutch Lady la.. semua dah try.. yang dia okay susu Anmum.. tapi tak terlarat nak beli la pulak.. Adam kuat menyusu.. makan pun banyak.. kadang2 lepas makan nasi/bubur tu dia nak susu lagi.. Adam dengan susu Anmum lama jugak la.. pastu aku tukar susu Dugro pulak masa dia setahun lebih camtu.. perisa asli je.. aku tengok Dugro pun sama company dengan Anmum..Fonterra kan.. so alhamdulillah serasi dengan Adam..

Walaupun aku dah stop mengepam, tapi malam2 Adam still breastfeed.. siang je dia dengan babysitter dia minum FM.. mengempeng tu wajib..haha.. kalau weekend memang tu jela keje dia.. dah mak dia ni ade kat rumah kannnn...

Sampai la satu masa Adam setahun 10 bulan.. means baru2 ni la.. aku try letak asam jawa kat situ... sekali dia tak nak pulak.. aku acah2 jer letak.. haa amik ko.. terus dia tak nak.. buat muka geli...eeee...eeee...

Adoi kesian Adam.. ingat nak bagi cukup 2 tahun baru nak betol2 stop.. sekali terawal la pulak.. Hasben aku dah bising.. cakap aku tak kesian anak la.. anak nak ngempeng lagi tapi tak nak bagi..
hahaha.. Daddy sangat dia tu...nyampah aku..pentingkan anak lagi dari bini dia ni.. takde la... saje aku nak sentap pulak... Bukan aku kejam pun dengan anak kan.. Adam okay jer..

So skang ni dah bole tido gaya kuak lentang ke gaya apepun semua bole tibai.. Bahagia betol.. tapi kadang2 tu rasa 'free' sangat la pulak.. Malam2 tercari cari Adam.. padahal tido satu katil je..haha.. Dah terbiasa kan...

Notakecik: Rezeki anak..masing2 lain..jangan pertikaikan..aku dah cuba sedaya upaya kudrat aku.. ikut kemampuan aku.. Tapi aku pun ada keinginan nak fully breastfeed adik2 Adam sampai 2 tahun..insyaAllah..belajar dari pengalaman..

Wednesday, September 3, 2014

SusunAtur Ruang Rumah : Pantry 'Merdeka' ku.

Hai.

Pantry Merdeka ni dah letak dulu kat group susunatur haritu. Eksaited sangat sampai tak nyempat nak update kat blog.

Thanks pada semua ahli group yang ada bagi cadangan, idea dan kongsi pasal susunatur ni.

Sebelum tu pun kat rumah dah pernah bincang dengan hasben. Dia ada cakap nak belikan rak dapur baru untuk aku sebab kesian katanya aku duk susun barang pakai rak buku je. Dah itu je rak yang ade kan. Aku guna jela. Nak beli tapi bajet takdak la pulak. Lagipun aku ni berkira kira sikit kalau kena pakai duit sendiri. Saiyang. Haha.

Dia cakap kalau dapat range harga dalam 150-200 tu dia boleh la belikan. So aku pun mula mencari cari jugak kedai mana yang ade jual rak pantry ni. Dah gi tengok kat kedai perabot area Sg.Besi tapi mahalnye la dalam RM200 camtu. Tu pun boleh kurang sampai RM180 je. Takpe kita survey lagi mana tau dapat yang lagi murah ke. Nak membeli ni kena survey habes dulu. Jangan gopoh sangat.

Sehari sebelum merdeka tu saje la gi jenjalan kat Tesco. Lagipun nak beli diapers Adam jugak. Kebetulan ade merdeka sales. Harga memang betol2 murah giler. Ape lagi mengelupur la aku kat situ (percaya ke?). Aku buat2 cool bila tengok rak ni. Hasben pulak yang eksaited suh amik.

Rak 5 tingkat

Dimension

Sampai je rumah terus pasang. Gigih hasbenku memasang bendalah ni. Nasib baik senang je. Tapi kena pegang dua orang jugak untuk dirikan tiang tu.


View dari depan. Perghh label bekas sebesar alam. Dari jauh boleh nampak. Khas untuk orang rabun. 

View dari tepi

Boleh la letak microwave aku tu. Sebelum ni letak atas rak biasa sampai melendut jadinya. 2 tahun duk situ mana tak melendut.



Abaikan susunan barang2 kat situ ye. Aku main letak je. Bercampur campur dengan tin biskut dengan susu Adam lagi. Coffee 3in 1 la semua aku bantai letak sekali. Janji senang amik. Hehe.



Ni pun banyak kekurangan lagi. Nak kena menyoping bakul/bekas2 untuk 'rumah'kan barang2 tu ikut jenis. Baru nampak teratur sikit. Tu nanti2 la aku buat entry baru pulak bila dah siap nanti. Tak tau la bilaaa...

Tuesday, September 2, 2014

Homemade French Fries ala-ala McD

Hai.

Haritu tengok dalam peti ais ada ubi kentang..
Lebihan masak sambal kentang dengan ikan bilis.. so kepala pun mula la ligat berpikir nak buat apela dengan kentang ni..

Selalu malam kitorang jarang makan malam sebab balik keje pun dah penat kan..
Beli makanan untuk Adam jer la..
Dia suka makan macam popia, nugget, kentang goreng ke memalam ni.. 
Nasi sume memang tak nak la dia..

Tetiba hasben tanya ''Eh, kentang tu kalau buat kentang goreng boleh ke?teringin pulak nak makan..''
Terus dapat idea nak buat french fries..Thank you hasben sebab bagi idea..hihi..

Maka terjadi la French Fries buatan tangan sendiri..

Selalu beli je yang frozen pastu balik goreng dah siap boleh terus makan..

Resepi ni google je tak ingat blog mana tapi aku buat ikut bahan ape yang ada je kat rumah..
Malu sebenarnye nak letak resepi ni pasal cikai2 je..haha..
Semua orang pun tau kot nak buat...tapi takpe Sharing is Caring... *giggles

Bahan-bahan - untuk 3orang makan :
5 biji ubi kentang
1 pek 250g tepung goreng Adabi.*pakai tepung beras pun boleh campur dengan soda bikarbonat sikit*
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng (kuantiti yang banyak)

Cara masak : 
Mula-mula kupas ubi kentang dan basuh sampai bersih. 
Potong ubi kentang ikut macam bentuk kentang McD ke KFC ke supaya kentang masak sama rata...

Potong memanjang camni.

Rebus kentang dalam periuk sampai separuh masak. Jangan terlalu lama sebab nanti nak goreng pulak dah jadi lembik kan.

Tips : Sebelum rebus tu, kalau boleh rendam kentang dalam air kapur tapi aku tak rendam pon. Tujuannya nak bagi kentang tu lagi rangup..

Rebus kentang dalam periuk.

Sampai separuh masak. 

Bila dah separuh masak, angkat dan toskan sampai betol2 kering. Tunggu kentang sejuk sedikit..

Toskan dalam penapis sampai betul2 kering.

Dah sejuk sedikit, gaulkan kentang dengan tepung goreng Adabi. Kalau taknak guna tepung ni boleh jugak guna tepung beras.

Gaul rata. Taburkan sedikit garam dalam tepung tu. Gaul sebati.



Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak banyak dan  goreng kentang bagi tenggelam. Goreng sampai kekuning kuningan dan angkat. 

Taraaa dah siap!

Okay mari mencicah dengan sos cili lagi bertambah umphh.. hehe..Adam pun dah pandai mencicah skang ni.. Dua pinggan licin.

Selamat mencuba!