Saturday, November 25, 2023

Doa Untuk Anak

 Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya. 


Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita. 


1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.


2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab. 


3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor. 


4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.


5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.


6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.


7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.


8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya. 


9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.


10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari. 


Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).


Credit to -


Saya berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak di Channel Telegram setiap hari 👉🏻https://t.me/NotaRedzaZainol

Tuesday, January 26, 2021

Pdpr 2021 Adam

Assalamualaikum dan Hai semua!

Sedih baca luahan ibu bapa dan guru yg struggle pdpr.
Semoga kita semua dipermudahkan urusan.
Kami anak sorang sekolah ni pun tak cukup kaki tangan nak handle apatah lagi yg anak ramai. 
Hari ni setel urusan pemulangan buku teks n bayar yuran kafa. 
Baru tau jugak Adam jadi pengawas hahah
Xtau pulak kafa pun ada pengawas.
Dia pun boleh xtau, bertuah sungguh 😆
Jumaat sek keb pulak. 
Lega sikit pdpr tahun ni group whatsapp cikgu dah set only admin can send messages.
Kalau takkk memang serabut la. 
Video cikgu ajar melalui google meet, kalau tak dapat join cikgu record.
Task masuk kat google classroom.
Lebih organise. 
Ada masa buat..
Punyala banyak sampai Adam kata otak dah cair ummi.
Kalau main games berejam elok pulak ek otak tu 🤭
Malam tido awal rehatkan mata tu. 
Kalau hari ummi wfo, anak2 duduk rumah pengasuh jadi buat la aktiviti bebas sebab malam kena buat homework yg banyak. 

#staysafe 
#fightcovid19
#newnormal

Tuesday, December 22, 2020

Dah bersalin anak kedua

Salam PKPB semua! 

Laa 2020 dah nak habis ke..Baru nak up cerita bersalin tahun lepas. 
Baby pun dah besar. Kejapnya kan masa berlalu. 
Tahu2 dah lama betul kena kurung dalam rumah Haha. 

Tahu2 je my second born dah genap setahun 😂

Sebenarnya perjalanan mengandung dan bersalin anak kedua ni agak susah dari awal sampai la bersalin tapiii Allah tu Maha Pengasih, baby Khayla ni memang mudah dijaga. Tak banyak kerenah. Syukur! 
Ingat lagi sebaik je tahu mengandungkan Khayla terus alahan teruk, takleh makan apepun selain ikan dan laksa. 
Bayangkan sebut je ayam pun aku dah termuntah pening. 
Bulan puasa tahun lepas aku dapat puasa 4 hari je. Fuh jenuh nak ganti ler. 
Memang takleh nak puasa sebab badan rasa lembik dan pagi2 aku takleh telan apepun. 
Macamana la nak puasa. 

Ada satu kejadian tu masa balik kampung Kedah beberapa hari je lagi nak raya, suruh adik2 aku beli makanan berbuka kat bazar aku dah cakap kalau takde ikan jangan beli, mak memang ada masak jugak tapi entah la aku nak jugak makanan bazar. 

Tapi adik2 aku bawak balik jugak ayam percik ke ayam bakar ntah, memang menyirap la aku nangis2 aku tak nak makan lansung sampai mak aku pun emosi skali. 
Aku rasa macam semua orang tak faham aku. Haha..Sampai last trimester kot baru aku ok sikit. 
Time mengandung Khayla aku paling suka buah masam2 especially nenas dan mangga. 
Eh durian pun suka makan jugak.
 
Ok habis citer pasal mengandung. 
---

Aku bersalin awal beberapa hari je dari EDD. Sepatutnya 1 Dec 2019 tapi bersalin 27 Nov 2019. 
Aku pulak ada GDM on diet masa mengandung so takleh lebih EDD takut baby besar. 
Tarikh bersalin tu pun sama dengan birthday mak mertua Johor.
Masin mulut mak! 
Sebab masa balik Muar sebelum bersalin tu mak pernah cakap nanti bersalin sama birthday mak la. Time tu baru tahu birthday mak bila haha. 
Sebelum ni tahu bulan Nov tapi exact date tak ingat. 
Sekali betul sama bolehla sambut sama2 nanti.
 
Dua tiga hari sebelum bersalin tu aku dah start keluar air jernih tapi tak sakit apepun. 
Keluar sikit2 gitu je. Sampai la pagi subuh 27 Nov tu start keluar darah campur lendir. 
Bangun mandi macam biasa belum start sakit. 
Husband dah ajak pegi hospital tapi aku taknak lagi. 
Suruh Adam siap2, husband pack baju dan hantar Adam kat rumah pengasuh lama di KL sebab aku kan nak bersalin kat HUKM. 
Satu jalan je, ape2 senang nak amik dia. 
First time berjauhan dengan Adam ni. Huhu sedih. 

Bagitau boss aku tak masuk keje haritu sebab dah keluar tanda. 
Lepas hantar Adam kitorang gerak ke HUKM tapi tak check in lagi. 
Pegi breakfast siap2 kat cafe hospital. 
Aku makan macaroni goreng dengan milo ais. 
Konon nak bagi tenaga la sebab dah tahu nanti kalau start sakit mesti aku tak lalu makan dah. 
So makan kenyang2 siap2. 
Pukul 10 macam tu baru pegi check in, doc check bukaan dah 3cm ok masuk wad dulu. 
Masa ni dah start rasa sakit tapi biasa2 je. 
Jalan2 round wad, pastu call mak abah, Whatsapp dengan kawan2 sampai tak tahu nak buat ape dah. Tido kejap pastu husband datang hantar makanan. 
Check bukaan lagi lepas 4 jam baru 4cm je dari pagi tadi tu. 
Petang pukul 5 camtu check dah buka 5cm terus masuk labour room. 





Masa kat labour room husband teman. 
Tetiba aku start demam tinggi. 
Nurse bagi panadol pastu suruh husband jerlumkan sampai reda. 





Mungkin dah lama tak bersalin (gap 7 tahun tu) buatkan aku neves sampai demam. 
Setiap kali contraction datang aku boleh tahan lagi sampai la nurse drip air (induce) tu aku rasa teruk sangat sakit yang tak boleh tahan. 

Cek bukaan baru 6cm tapi aku dah nak teran sangat. 
Epidural pun tak sempat ambik. 
Time ni husband masih dok baca brochure dari nurse pasal epidural. Haha.   
Kelam kabut husband panggil nurse and doc sebab aku kata nak beranak dah ni 😓
Masa nak prepare tu aku memang dah teran aku rasa dan dalam kelam kabut tu 3x push keluar la Khayla. 
Berat 3.29kg. Agak besar bagi aku. Adam dulu 2.93kg je. 

Then, tiba masa untuk jahit pulak.
Part ni memang mengejutkan bila doc kata takleh jahit biasa kena masuk bilik bedah sebab aku 3rd degree tear and koyakan agak complicated. 
Terus husband kena sign surat and aku dibawak ke bilik bedah. 
Husband pun tak sempat nak iqamatkan baby lagi. 

Pengalaman kat bilik ot ni ya Allah memang sejuk giler sampai ke tulang dalam.
Sejuk dia tu aku sampai terketar ketap bibir, memang dah gigit bibir dah. 
Lepas pakar bius briefing semua, aku peluk bantal dan start cucuk tulang belakang. 
Tak rasa apapun, sakit lagi beranak tu haha..
Bius separuh badan je so aku boleh nampak dorang buat keje. Tergerak-gerak badan aku. 
Dalam sejam settle. Tapi aku masih menggigil kesejukan walaupun dah masuk serombong haba kat dalam baju. 
Pakar bius cucuk ubat lagi untuk hilangkan kesejukan tu. 
Then tunggu nak masuk wad balik. 
Masa ni belum tengok Khayla. Dapat tengok sekejap je tadi masa lepas bersalin nurse letak kat dada sebelum masuk bilik bedah. 

Husband datang hantar barang pastu dia balik rumah pukul 3 pagi. 
Esoknya aku boleh bangun macam biasa, cabut tiub kencing pastu aku pegi mandi. 
Berlengas rasa badan. Lepas dah siap mandi sarapan dan tunggu waktu melawat. 
Tak sabarnya nak jumpa Adam. 
Tak tau kenapa rinduuu sangat dengan dia. 



Adam first meet adik. Seronok tak kira dia tu 😂




       


Next day bersalin tu, aku balik rumah adik dulu kat HKL. 
Tunggu mak sampai, lepas tu baru balik Kedah sama2 dengan mak. 
Pantang kat sana. 
Khayla pun alhamdulillah sihat. Menyusu macam biasa. 
Jaundis je ada sikit kena ulang alik klinik. Tapi takde la sampai admitted macam Adam dulu. 
Husband pun dapat cuti 2 minggu. Lega sikit. 

Tamatlah kisah bersalinkan anak kedua. Rasa macam nak tutup kilang dah. 
Tak taula trauma betul beranak kalini 😆



Khayla Aisyah Binti Mohd Khairuddin
Berat : 3.29kg
Panjang : 50cm
Lahir 27 November 2019

Tuesday, September 8, 2020

Kesilapan yang aku takkan ulang



Hello! Eh lamanya tak masuk sini menulis...
Banyaknya benda nak cerita. Sekarang kat IG senang dan pantas kalau nak update apa2. 

Ni saje la nak warm up sikit. Kita post yang simple2 jela. 
Kalau rajin baca lah 😂

----
Bila kita buat silap tak kisah la pasal kerja kat office ke, buat silap dengan kawan2 ke dengan suami atau anak2 pun mesti rasa tak best dah hari kita masa tu. Asyik teringat ingat walaupun masalah dah settle tetap rasa nak cepatkan je masa biar berlalu terus dan kita pun terlupa apa yang kita buat tu.
Tapi nak buat macam mana kan kena lalui jugak walaupun perit.

Aku ada kisah tersendiri pasal buat silap sepanjang hidup ni. Dan harapnya takkan ulang lagi kesilapan tu. Taknak dah. Full stop.

1. Pakai kad kredit
Aku jenis yang boros tak pandai manage duit. Orang saving dulu baru spending ape yang tinggal. Aku tak. Spend dulu baru aku ingat nak saving. Tak pernah lekat duitnya. Disogok pulak dengan kad paling jahat tu. Terus di awangan aku.
Kad tu tak jahat, aku yang tak pandai guna. Mula2 pakai bayar full nih. Adalah dalam setahun bayar full. Dapat gaji je bayar terus full sampai la ke tahap "takpe kot bayar minimum dulu. Nanti dapat bonus ke dapat duit lebih bayar je lumpsum. Bila dapat duit lebih eh eh terus lupa diri kau. Beli benda lain, kad kredit tak jugak bayar habes. Itulah aku.

Jadi, aku dah selamat setelkan kad kredit aku dengan mencagarkan barang kemas aku kat Ar Rahnu. Dapat duit aku setelkan hutang kad kredit dan terus close account. Lantak la orang nak kata pakai kad kredit ni untung dapat point banyak bila isi minyak bila shopping groceries nanti boleh redeem macam2. Argh abaikan je. Tak berbaloi sangat pun redeem barang nak banding dengan hutang membukit tu.

Nak tebus balik barang kemas aku bayar bulan2 jugak tapi takdela interest macam kad kredit tu. Kena bayar upah je sikit tapi masih sangat rendah dari interest kad kredit tu. Barang kemas pun aku dah tebus balik. Lega sangat rasa. Savings pun dah makin banyak sejak potong kad kredit. Bila shopping aku pakai kad debit je. Berapa yang ada lepas tolak saving tolak expenses balance itulah jumlah barang yang aku beli. Takde tersasar dari jalan yang lurus walaupun pahit sebenarnya nak tinggalkan habit tu. Haha.

2. Sia-siakan tawaran kerja
Aku pernah ditawarkan kerja lab pada tahun 2009 sebaik saje grad tapiii aku lepaskan peluang tu macam tu saje sebab malas nak usaha sikit. Gaji pun ok sangat time tu. 

Ok macam ni. Kerja tu dapat dari kawan bakal husband (now husband la 😁) ganti tempat dia sebab dia nak transfer ke JB kampung dia. So nak senangkan kerja dia, dia bagitau boss dah ada pengganti tinggal nak interview buat syarat je. Dan aku masa dia suruh datang interview tu aku kat rumah sepupu kat Mindef, takde orang nak hantar ke sana. Semua tengah kerja. 

Aku terus cakap takpe lah takde rezeki aku. Lepas dari tu memang susah nak cari kerja. Menyesal giler!
Padahal sesuai sangat kerja tu dengan aku sebab aku graduate in Science, semua fresh lagi. 
Sekarang dah menyimpang ke Accounts pulak. Haha.

3. Menipu 
Aku memang takleh menipu atau buat jahat mesti akan perangkap diri sendiri. Ye tahu tak baik buat benda macam tu tapi kadang tu dah terdesak nak jaga hati ke apa2 ke mesti terbuat jugak. Bila dah kantoi aku rasa macam loser giler. 


Setakat ni tu jela... 


   

Friday, September 13, 2019

Third Trimester dan Jerebu

Assalamualaikum dan Halluuu...

Koh..Koh..Kong..Kong.. (bunyi batuk haha)... Intro kena ikut situasi semasa. Jerebu datang lagiiii. Dah macam acara tahunan ye dak. Kena pulak kalini aku tengah mengandung. Ya ampun hazabnya tuhan je yang tahu. Perit tekak. Pakej sekali demam, selsema, batuk, gusi bengkak dan macam2 sakit sampingan yang lain la. Dugaan betul. 

Hari Sabtu baru ni aku dah start tak sedap badan. Ahad pegi klinik check memang demam semua la. So duduk jela melepek kat rumah anak beranak. Isnin cuti lagi sempena keputeraan Agong. Tiga hari la duduk rumah je tak ke mana. Kesian Adam tak keluar jalan-jalan. Dia pegi main taman je dengan daddy. Jadiklaaa. Selasa aku makin teruk. Nak bangun tak larat dah ni. Pegi klinik pun dalam pukul 10 camtu gagahkan diri jugak nak ambik MC. Doktor bagi MC 2 hari terus sebab nampak aku dah teruk sangat. Kesian dia kata mengandung pulak tu. 

Minggu ni dah masuk 28 weeks, 7 bulan. Trimester ketiga. Bawah perut dah start sakit. Makin memberat agaknya. Bila kena demam selsema pulak lagi la bertambah sakit. Dengan cuaca tak elok, panas membahang. Duduk tak kena. Baring tak kena. Kipas hala atas bawah dengan air cooler lagi pun tak membantu. Panas dia tu kira macam orang normal level 3, orang mengandung level 10. Haa gituu. Bila batuk tu yang seksa jugak. Perut pun terhenjut sekali.

Next week checkup lagi kat KK. Kena minum air gula buat kali kedua. Harap semua berjalan lancar. 

Wednesday, August 28, 2019

Second Trimester


Assalamualaikum semua!

Lagi seminggu dah nak masuk trimester ketiga. This week to be exact 26 weeks. Rasa semakin cepat pulak. Mana taknya selera makan tersangatla tinggi tapi bukan boleh makan banyak pun. Sepinggan nasi je dah kenyang. Cepat kenyang dan cepat lapar hehe. 

Sebenarnya nak update pasal conversation Adam during pregnant ni. Saje la nak buat kenangan words si abang before adik keluar. Kehkeh. 

Setiap hari dia akan tanya, "Ummi, baby dah besar buah ape? Laici ke stoberi?" Mula2 pelik jugak kenapa la Adam tanya macam tu rupanya dia selalu tengok aku browse app BabyCenter kat handphone. Kan ada perbandingan saiz baby ikut saiz buah so senang kita nak tahu. 

Another situation, perut selalu mengeras tambah2 time skarang perut dah makin besar. Sampai senak perut menahan. Bila aku ter aduh aduh sebab mengeras Adam pun datang cakap "Ummi ummi ok ke ni? Ish kesian ummi kalau macam tu ummi tak payah mengandung la. Nanti takde la ummi sakit" So cute la Adam. Concern sangat dengan ummi. 

Bila ummi penat or sakit2 badan, Adam akan cakap dengan daddy mintak urutkan ummi. Tapi kalau daddy tengah busy buat keje kat rumah, dia sendiri yang akan offerkan diri picit badan ummi. Thank you so much Adam. You are such a great boy. Ummi love you forever. Nanti adik dah keluar Adam tolong ummi jaga adik pulak ye. Hehe. 

Next month dah September. Ada 2 appointment checkup. 3 Sept dengan HUKM dan 17 Sept dengan KK macam biasa. Checkup dengan HUKM is for booking bersalin nanti. At least satu kali checkup dia kata. Mesti ambik masa 1 hari tu. Malasnya nak tunggu.  

Checkup dengan KK pulak kena minum air gula untuk kali kedua. First result dulu ok takde masalah. This time pun harapnya takde masalah. Tapi peritnya minum air gula tu ai is tak suka la. Rasa nak muntah sangat. Pedih tekak ni bila air gula tu lalu. 

Eh pening pulak menaip kalini. Mood swing betul la. Dah la tu je nak update story perkembangan 2nd pregnancy ni. Bye!


Thursday, May 30, 2019

2nd Pregnancy - First Checkup dan Supplement

Salam and Hai semua. 

Selepas 7 tahun dapat berita gembira yang selalu ditunggu-tunggu ni. 
Mulanya rasa biasa dan blur je sebab alahan kalini agak teruk. 
Tak macam first pregnancy. 
Masa mengandungkan Adam dulu memang suka manis2, takde morning sickness (just mild saje), bertenaga, rajin masak dan mood elok je. 
Kalini pulak aduhai macam2 rasa yang tak seronok sampai tak tahulah nak cerita macamana. 
Totally mood hilang. 
Aku lebih suka makanan masam2, morning sickness teruk dari pagi sampai ke malam sampai rasa nak berhenti keje, lesu dan cepat letih, tak boleh bau masakan walaupun nasi mendidih, mood kelaut dan malas sangat. 
Memang asyik nak berbaring sepanjang hari tengok TV je. Haha. 
Teruk betul kalini. 
Syukur alhamdulillah husband banyak membantu buat kerja rumah dari mengemas - sapu sampah - mop lantai - basuh baju - sidai baju - angkat baju semua dia buat. 

Selama 7 tahun ni memang period aku tak teratur tapi tetap datang seperti biasa tak pernah missed cuma cycle aku memang lama antara 30-36 hari. 
So bila period lambat kalini aku buat macam biasa je. 
Tak expect langsung. 
Bila lama sangat dalam 2 minggu lewat period, saje la beli pregnancy test kat Watsons. 
Beli pulak yang paling mahal tu Clear Blue. 
Balik rumah malamnya terus check tak tunggu pagi dah. Sekali test error pulak. Kehkeh. 
Aku rasa urine kurang kena kat situ. 
Takpelah nanti2 la beli baru test lagi. 
Mana tau esok2 period keluar ke kan. 
Tunggu2 tak jugak period. 
Pegi la beli lagi UPT kat Watsons kalini beli yang murah je. 
Yang kena titiskan urine kat UPT. 
Test awal pagi Subuh tu. 
Sekali naik dua line terang. 
Macam tak percaya je. 

Ingat nak ke klinik minggu tu tapi tersangatlah busy dengan company trip. 
As committee kena la buat semua preparation. 
So tak jadilah ke klinik. 
Time ni dah start alahan. 
Gosok gigi tu macam satu trauma kat aku. 
Belum gosok lagi baru nampak berus gigi aku dah rasa nak muntah. 
Kang tak gosok gigi lari pulak orang taknak bercakap dengan aku. Haha. 
Lepas setel company trip, aku ambik cuti sehari nak rehat tapi bukan untuk checkup. 
Sambil tu pegi KK Beranang nak set appointment. 
Dia bagi date dan balik rehat kat rumah. 

First checkup datang awal pagi pukul 7.30am ya ampun ramainya orang dah beratur. KK Beranang ni campur sekali pesakit luar dan klinik ibu dan anak. 
Memang crowded la. 
Aku dah start pening tak tau nak mula dari mana. 
Lepas ambik nombor, terus ke kaunter saringan minta nurse bagi buku pink untuk diisi. 
Lepas dah isi, letak balik kat kaunter tu tunggu nama dipanggil. 
Masa ni la aku tak tahan berdiri di tengah crowd tunggu nama dipanggil dalam keadaan ramai giler orang berkumpul kat situ. 
Husband suruh aku duduk dia pegi tunggu situ dengar nama aku. 
Tak lama lepas tu nama dipanggil check berat dan tinggi - ambik ujian darah - check air kencing - dan baru sesi jumpa nurse. 
Legaaa. 
Ada lagi lepas tu jumpa doktor pulak untuk scan baby dan doktor bagi MC yuhuu sebab tengok muka aku pucat dan lemah giler. 
Iyela aku memang tengah alahan, duduk dalam keadaan orang ramai lagi la rasa nak pitam. 
Sebenarnya aku dah ambik cuti halfday tapi tak sangka dapat MC pulak. 
Boleh la rehat kat rumah, husband lepas hantar aku balik dia terus masuk keje.

Oh lupa masa kat klinik dapat vitamin zincofer dan ubat loya muntah. 
Tapi dua2 ubat tu aku takleh telan. 
Malam first makan zincofer tu terus termuntah sampai 2-3 jam tak henti. 
Takleh tido. 
Azab betul rasanya. 
Doctor memang advice makan malam sebelum tido supaya tak rasa nak muntah. 
Kalau tak ok jugak nanti next appointment doctor akan tukar ubat. T
rauma lagi aku tengok ubat tu. 
Sekarang yang aku boleh telan hanyalah asid folik yg beli kat farmasi kecik2 tu. 
Yang lain no no no.

Next appoinment aku kena minum air gula, ada 2 sebab :
1. BMI aku overweight.
2. Umur dah lebih 30 tahun.
Pasrah la ye. 
Alahan tak habes lagi aku tak tau la camne rasa minum air gula tu. 
First pregnancy tak kena minum.



Minggu ni dah masuk trimester kedua tapi nampak gaya alahan tu masih ada. 
Mood raya pun belum sampai lagi sebab puasa pun kelaut. 
Lemah betul kalini. 
Pregnantkan Adam dulu puasa penuh sebab dah 8 bulan. 
Rasa kuat lagi. 
Takpe lah anggap je ujian Allah nak bagi setelah lama menanti kan. 
Sabarrr. 
Adam pulak kesian asyik tanya2 bila nak beli baju raya. 
Sempat beli baju tshirt jalan je, baju melayu tak larat nak pi cari lagi. 
Kita redah Gene Martino jela nanti sonang. 
Dah siap sedondon kot.