Thursday, May 30, 2019

2nd Pregnancy - First Checkup dan Supplement

Salam and Hai semua. 

Selepas 7 tahun dapat berita gembira yang selalu ditunggu-tunggu ni. 
Mulanya rasa biasa dan blur je sebab alahan kalini agak teruk. 
Tak macam first pregnancy. 
Masa mengandungkan Adam dulu memang suka manis2, takde morning sickness (just mild saje), bertenaga, rajin masak dan mood elok je. 
Kalini pulak aduhai macam2 rasa yang tak seronok sampai tak tahulah nak cerita macamana. 
Totally mood hilang. 
Aku lebih suka makanan masam2, morning sickness teruk dari pagi sampai ke malam sampai rasa nak berhenti keje, lesu dan cepat letih, tak boleh bau masakan walaupun nasi mendidih, mood kelaut dan malas sangat. 
Memang asyik nak berbaring sepanjang hari tengok TV je. Haha. 
Teruk betul kalini. 
Syukur alhamdulillah husband banyak membantu buat kerja rumah dari mengemas - sapu sampah - mop lantai - basuh baju - sidai baju - angkat baju semua dia buat. 

Selama 7 tahun ni memang period aku tak teratur tapi tetap datang seperti biasa tak pernah missed cuma cycle aku memang lama antara 30-36 hari. 
So bila period lambat kalini aku buat macam biasa je. 
Tak expect langsung. 
Bila lama sangat dalam 2 minggu lewat period, saje la beli pregnancy test kat Watsons. 
Beli pulak yang paling mahal tu Clear Blue. 
Balik rumah malamnya terus check tak tunggu pagi dah. Sekali test error pulak. Kehkeh. 
Aku rasa urine kurang kena kat situ. 
Takpelah nanti2 la beli baru test lagi. 
Mana tau esok2 period keluar ke kan. 
Tunggu2 tak jugak period. 
Pegi la beli lagi UPT kat Watsons kalini beli yang murah je. 
Yang kena titiskan urine kat UPT. 
Test awal pagi Subuh tu. 
Sekali naik dua line terang. 
Macam tak percaya je. 

Ingat nak ke klinik minggu tu tapi tersangatlah busy dengan company trip. 
As committee kena la buat semua preparation. 
So tak jadilah ke klinik. 
Time ni dah start alahan. 
Gosok gigi tu macam satu trauma kat aku. 
Belum gosok lagi baru nampak berus gigi aku dah rasa nak muntah. 
Kang tak gosok gigi lari pulak orang taknak bercakap dengan aku. Haha. 
Lepas setel company trip, aku ambik cuti sehari nak rehat tapi bukan untuk checkup. 
Sambil tu pegi KK Beranang nak set appointment. 
Dia bagi date dan balik rehat kat rumah. 

First checkup datang awal pagi pukul 7.30am ya ampun ramainya orang dah beratur. KK Beranang ni campur sekali pesakit luar dan klinik ibu dan anak. 
Memang crowded la. 
Aku dah start pening tak tau nak mula dari mana. 
Lepas ambik nombor, terus ke kaunter saringan minta nurse bagi buku pink untuk diisi. 
Lepas dah isi, letak balik kat kaunter tu tunggu nama dipanggil. 
Masa ni la aku tak tahan berdiri di tengah crowd tunggu nama dipanggil dalam keadaan ramai giler orang berkumpul kat situ. 
Husband suruh aku duduk dia pegi tunggu situ dengar nama aku. 
Tak lama lepas tu nama dipanggil check berat dan tinggi - ambik ujian darah - check air kencing - dan baru sesi jumpa nurse. 
Legaaa. 
Ada lagi lepas tu jumpa doktor pulak untuk scan baby dan doktor bagi MC yuhuu sebab tengok muka aku pucat dan lemah giler. 
Iyela aku memang tengah alahan, duduk dalam keadaan orang ramai lagi la rasa nak pitam. 
Sebenarnya aku dah ambik cuti halfday tapi tak sangka dapat MC pulak. 
Boleh la rehat kat rumah, husband lepas hantar aku balik dia terus masuk keje.

Oh lupa masa kat klinik dapat vitamin zincofer dan ubat loya muntah. 
Tapi dua2 ubat tu aku takleh telan. 
Malam first makan zincofer tu terus termuntah sampai 2-3 jam tak henti. 
Takleh tido. 
Azab betul rasanya. 
Doctor memang advice makan malam sebelum tido supaya tak rasa nak muntah. 
Kalau tak ok jugak nanti next appointment doctor akan tukar ubat. T
rauma lagi aku tengok ubat tu. 
Sekarang yang aku boleh telan hanyalah asid folik yg beli kat farmasi kecik2 tu. 
Yang lain no no no.

Next appoinment aku kena minum air gula, ada 2 sebab :
1. BMI aku overweight.
2. Umur dah lebih 30 tahun.
Pasrah la ye. 
Alahan tak habes lagi aku tak tau la camne rasa minum air gula tu. 
First pregnancy tak kena minum.



Minggu ni dah masuk trimester kedua tapi nampak gaya alahan tu masih ada. 
Mood raya pun belum sampai lagi sebab puasa pun kelaut. 
Lemah betul kalini. 
Pregnantkan Adam dulu puasa penuh sebab dah 8 bulan. 
Rasa kuat lagi. 
Takpe lah anggap je ujian Allah nak bagi setelah lama menanti kan. 
Sabarrr. 
Adam pulak kesian asyik tanya2 bila nak beli baju raya. 
Sempat beli baju tshirt jalan je, baju melayu tak larat nak pi cari lagi. 
Kita redah Gene Martino jela nanti sonang. 
Dah siap sedondon kot.


No comments:

Post a Comment